SORAKAN dari penonton bergema kuat di stadium. Bendera Jepun dan Malaysia berkibar di segenap penjuru, mewarnai suasana yang tegang dan bersemangat. Di tengah gelanggang, Ryaz memandang sekeliling. Pandangannya tajam, fokus sepenuhnya pada permainan yang sedang berlangsung. Peluh menitis dari dahi, namun wajahnya kekal tenang.
Pasukan Jepun yang terkenal dengan kelajuan dan strategi mereka, mula menyusun langkah. Mereka menyerang dengan pantas, pemain-pemain mereka licik mengelak pertahanan Malaysia. Tapi Ryaz sudah bersedia. Dengan langkah pantas, dia menyelinap di antara dua pemain Jepun yang cuba menghalang. Bola di tangannya terasa seperti sambungan semulajadi tubuhnya.
Dia menapak sekali, dua kali, sebelum melontar bola kepada Hadi di sayap kiri. Pasukan Jepun cuba bertindak balas, tapi mereka terlambat. Hadi pantas menghantar bola kembali kepadanya. Ryaz mengangkat bola, matanya berfokus pada jaring di hadapan.
Seketika itu, segala bunyi bising di sekelilingnya seolah-olah hilang. Hanya ada dia, bola dan jaring. Dengan satu lompat tinggi, bola meluncur tepat masuk ke dalam jaring.
Three points!
Sorakan dari penonton Malaysia bergema lagi, seolah-olah menghantar gelombang semangat terus ke urat nadinya.
Jepun tak mengalah. Mereka bergerak balas dengan serangan kilat. Tapi Ryaz dan pasukannya kekal bertahan. Setiap kali pasukan Jepun cuba menyusup masuk, Ryaz ada untuk menghalang, mengelak dan menyerang balik dengan gerakan pantas dan bijak.
Masa semakin suntuk, namun pasukan Malaysia terus mendahului dengan tipis. Ryaz tahu setiap detik adalah penting.
Nafasnya semakin berat, otot-ototnya mula kejang, tapi dia tetap bertahan. Saat akhir permainan, Jepun cuba menyerang sekali lagi, tapi Ryaz berjaya mencuri bola. Tanpa membuang masa, dia melontarkan bola jauh ke arah Farid yang sudah menunggu di hujung gelanggang.
Saat bola jatuh ke tangan Farid, wisel penamat dibunyikan.
Malaysia menang!
Ryaz terduduk di tengah gelanggang, dengan senyuman puas di wajahnya, dikelilingi oleh sorakan dan tepukan gemuruh dari pasukan dan penyokongnya.
Sebaik wisel penamat berbunyi, pasukan Jepun mula bergerak ke arah Ryaz dan pasukannya untuk bersalaman.
Walaupun kalah, riak wajah mereka kekal tenang, penuh semangat kesukanan. Ryaz, walaupun keletihan, bangkit dan menyambut tangan mereka dengan hormat. Dia tahu, kemenangan ini bukan sekadar hasil usaha dia seorang, tetapi seluruh pasukan.
Hadi berjalan ke arah Ryaz, menepuk bahunya dengan senyuman lebar. "Kau memang gila hari ni, bro! Tiga point tu macam magik."
Ryaz ketawa kecil, masih cuba mengawal nafasnya yang tercungap. "Semangat Malaysia, beb."
Di tepi gelanggang, kamera media berkerdipan tanpa henti, mengambil gambar Ryaz dan pasukannya yang jelas gembira dengan kemenangan.
Tapi di sebalik senyuman, ada sedikit kerisauan di hatinya. Gosip yang baru-baru ini tular di media sosial masih bermain di fikiran. Dia tahu selepas perlawanan ini, soalan tentang perlawanan bukanlah satu-satunya yang akan diajukan kepadanya.
Namun, untuk sekarang, Ryaz hanya mahu menikmati kemenangan ini. Dia membiarkan segala gangguan di luar sana terbang seketika, fokus sepenuhnya pada momen kemenangan yang layak mereka raikan.
Tak lama selepas salam hormat dengan pasukan Jepun, beberapa perempuan dari penonton mula mendekati Ryaz. Wajah mereka jelas penuh teruja, mata bercahaya.
"Hey, D'Ace! Can we take a picture with you?" soal seorang gadis yang suaranya sedikit gementar.
Ryaz tersenyum manis, seperti biasa. "Of course, anything for my fans."
![](https://img.wattpad.com/cover/360263204-288-k879565.jpg)
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan