🏀🧪 BAB 41

4.1K 240 35
                                    

DAVIRA memandang telefonnya lama. Nombor Ryaz dilihat berkali-kali, seolah-olah mencari keberanian yang hilang. Jarinya ragu-ragu, serba salah untuk menekan butang panggilan. Hatinya berat, tetapi fikiran menggesa untuk cuba juga.

Akhirnya, setelah menarik nafas panjang, Davira menekan nombor Ryaz.

Deringan pertama berlalu. Kemudian yang kedua. Selepas beberapa minit, akhirnya panggilan diangkat, tapi suara di hujung talian bukan suara yang dia harapkan.

Tanpa salam, suara Alara memecahkan keheningan.

"You pagi-pagi dah kacau Ryaz. You nak apa sebenarnya?" suara Alara kedengaran, serak seperti baru bangun tidur.

Davira terkedu. Lidahnya kelu. Bagaimana Alara yang boleh menjawab? Kenapa suaranya seperti baru sahaja bangun? Mereka...?

Davira menggeleng perlahan, cuba menepis fikiran negatif yang mula berputik. Dia menelan air liur, cuba mencari kekuatan untuk bercakap. "Saya nak cakap dengan abang Ryaz. Dia ada?"

Alara ketawa kecil, sinis. "You nak cakap apa lagi? Tak cukup ke you buang dia haritu, sekarang you terhegeh-hegeh pula nak ambil hati dia balik?"

Davira terkedu, hatinya tersayat.

"Hello, Miss Davira. He's mine now. You boleh back off kut."

Alara terus bersuara dengan nada sinis, seolah-olah mahu memastikan Davira benar-benar terasa.

"Seriously, Davira. Takkan tak faham lagi? Lepas you buang dia, tak ada ruang untuk you lagi dalam hidup Ryaz. Move on lah. Dia milik I sekarang."

Davira diam, tak mampu bersuara. Setiap perkataan Alara bagaikan pisau yang menyayat hatinya. Dia cuba menahan air mata, tak mahu suara sedihnya kedengaran. Tapi dadanya semakin sesak.

"Kalau I jadi you, I takkan terhegeh-hegeh macam ni. Malulah sikit. You patut biarkan dia bahagia dengan I."

Davira menelan perasaan yang makin menyesak. Sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, Alara menambah. "Oh dan satu lagi, jangan nak cuba-cuba kacau Ryaz lagi. Sebab kali ni, I takkan biarkan."

Panggilan dimatikan dengan kasar, meninggalkan Davira terdiam sambil memegang telefon di tangannya.

Hatinya seperti dipijak-pijak. Tubuhnya terasa kaku, dan tanpa dia sedar, air mata mengalir perlahan. Perasaannya terlalu sakit, terlalu terluka.

Setiap memori manis bersama Ryaz seolah-olah diputar kembali dalam fikirannya, tapi semuanya kini seperti bayang-bayang.

Tidak lagi dapat dia gapai.

Dia tak putus asa. Telefonnya dipegang kemas, jari-jarinya bergetar ketika dia menulis mesej. Setiap huruf yang ditekan penuh dengan harapan dan keraguan.

- Abang Ryaz, Vira nak jumpa abang Ryaz boleh? Kita jumpa kat Dream Cafe. Pukul 3 petang, Vira tunggu sana tau.

Pesanan telah pun dihantar dan Davira menghela nafas dalam-dalam. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap bertekad untuk bertemu Ryaz.

Hatinya penuh dengan rasa bersalah, namun ada keyakinan yang membara. Dia takkan membiarkan Ryaz pergi begitu sahaja.

Satu lagi pandangan diambil ke arah langit melalui tingkap. Hatinya berdebar-debar, merasakan saat pertemuan itu seperti satu peluang kedua. Takkan Ryaz boleh jumpa pengganti dia secepat itu, fikirnya.

Meskipun dia tahu keputusan dan kesilapan di pihaknya, harapannya untuk memperbaiki semuanya tetap menyala. Dia tidak akan berputus asa.

Pesanan sudah dibaca, tetapi langsung tiada balasan. Davira memandang skrin telefonnya berkali-kali, menanti satu notifikasi yang tak kunjung tiba. Hatinya berdegup kencang, setiap detik terasa seperti satu jam.

Amor Mio ©️Where stories live. Discover now