TELEFON milik Davira berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Nama Dareeq tertera di skrin telefon.
"Hmm, nak apa?" ujar Davira malas, sambil menyentuh skrin untuk menjawab.
"Dah bangun belum?" soal Dareeq, suara ceria meskipun matanya sibuk melihat jam di pergelangan tangan.
"Kalau belum bangun, adik tak angkat call abang," balas Davira dengan nada sinis, masih menguap.
Dareeq ketawa. "Garangnya adik abang. Abang kat bawah ni, jom keluar."
Membulat mata Davira mendengar itu. Tanpa disangka, dia terbangun dengan cepat. "Hah? Adik ada kelas lah hari ni!"
"Pukul berapa?" soal Dareeq.
"Pukul dua," jawab Davira sambil melihat jam di dinding biliknya.
"Sempat lah tu. Cepat bersiap, abang tunggu kat bawah."
"Yalah," balas Davira sambil mula bergerak untuk bersiap.
Mungkin keluar dengan abang sekejap akan dapat menghilangkan bebanan di fikirannya.
Sambil menunggu Davira turun dari biliknya, Dareeq melabuhkan punggung di kerusi yang ada di bawah pokok rendang. Dia menatap skrin telefonnya, jari-jemarinya ligat membalas mesej dari seseorang yang sudah mencuri hatinya.
Tiba-tiba, sebuah suara memecah keheningan. "Eh, abang Davira kan?"
Dareeq mengangkat muka, sedikit terkejut dengan kehadiran itu. Matanya bertemu sepasang mata ceria yang tidak asing. "Ya, saya dan awak..."
"Oh, saya Syahira. Housemate Vira," jelas gadis itu sambil tersenyum mesra.
"Oh, ya ya. Vira pernah cerita pasal awak," balas Dareeq, senyum terukir di wajahnya.
"Duduklah," pelawanya, menunjukkan kerusi di hadapannya.
Syahira segera melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Dareeq. Matanya tidak dapat berpaling, terpesona oleh rupa dan karisma yang dimiliki Dareeq. Wajahnya mengingatkan dia kepada Davira. Keduanya memang keturunan visual yang menarik perhatian.
Menyedari tatapan Syahira yang penuh minat itu, Dareeq berdehem untuk memecah kesunyian. "Dari mana?" soalnya sekadar berbasa-basi.
"Dari library tadi, cari bahan sikit untuk buat assignment," jawab Syahira.
"Ambil sama kos dengan Vira ke?" Dareeq bertanya lagi, tidak mahu menimbulkan suasana janggal.
"Haah. Kami satu rumah semua sama kos. Senang sikit kalau ada apa-apa, kan? Boleh tanya kawan satu rumah saja."
Dareeq mengangguk, tersenyum dalam hati. Dia menyukai cara percakapan Syahira. Macam seorang yang punya etika dan adab yang tinggi.
"Betul lah tu. Kalau kos lain, susah pula nak tanya, kan? Ambil kos ni memang minat ke sebab parents suruh?" soal Dareeq lagi.
Syahira ketawa lembut, suaranya ceria. "Tak adalah. Memang minat. Walaupun bagi saya, kos ni susah jugak. Tapi saya suka, sebab mencabar minda."
Dareeq mengangguk, teruja dengan semangat Syahira. "Baguslah kalau macam tu. Nanti senang-senang boleh ajar Vira."
"Kami memang selalu study sama-sama. Tapi itulah, Vira jenis suka study sorang-sorang. Tapi kalau dia tak faham, dia ada je datang bilik saya untuk tanya," ujar Syahira, wajahnya berseri-seri saat bercerita tentang Davira.
"Ah, itu memang dia. Kadang-kadang suka buat hal sendiri, tapi sebenarnya dia sangat terbuka untuk belajar." Dareeq menyambut, mengenang sikap adiknya.
"Tadi cakap satu rumah kan? Satu rumah berapa orang?" soal Dareeq lagi, ingin tahu lebih lanjut.

YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan