Angin sepoi-sepoi memasuki ruangan bilik belajar Airell. Alunan muzik menyapa telinga membuatkan Airell berasa semakin mengantuk.
"Hua..." Airell menggeliat seraya menggosok mata nya yang sakit menahan kantuk. Mata Airell menuju ke arah jam digital yang berada di hadapannya.
"Hmm.. Baru pukul 11, assignment aku pun belum siap lagi." Airell terus angkat lalu melangkah perlahan ke arah koridor apartment nya.
Rambut panjangnya yang sehingga paras bahu dibiarkan bertebangan dibawa angin lalu. Sungguh sejuk angin dimalam itu, ditambahkan lagi dengan lampu-lampu di sekitar bandar Paris itu.
Seketika, Airell menoleh kebelakang.
"Hmm, Miko.. Lena nya kau tidur, seronok kan jadi kau." Airell meandang ke arah kucing jantannya yang bernama Miko itu, macam bercakap sendiri kan? Memang pun, Miko tengah tidur dah lena masuk mimpi.
Selesai menikmati angin luar, Airell melangkah kembali ke dalam bilik lalu menutup pintu koridor. Dia menyambung semula assignment yang diberikan oleh Prof. George.
"Ok, tambah yang ni, pastu ni." Matanya hanya tertumpu ke arah skrin laptop, kekal fokus.
Meow.. Meow.. Slurp, slurp.
"Ermm, Miko.. Jangan ganggu aku.."
"Meeeoww... Slurp, slurp"
"Miko! Ya Allah Miko! Dah nak pukul 8!" Airell bergegas ke bilik mandi, dia hanya mencuci muka dan memberus gigi tanpa basa basi dia terus memakai pakaian yang sesuai.
Kaki dengan lajunya melangkah lalu menggapai kunci kereta yang berada di sebelah pintu. Airell menapak masuk kedalam perut kereta lalu memandu dengan laju.
"Airell, why late? You never been late all this time. Since the first year until now." Prof. Adelyn bercekak pinggang dengan menayang kan kerut di kening.
"I am so sorry Madam. I slept late last night and-" Belum habis apa yang hendak disampaikan, Prof. Adelyn terus memotong.
"Looks Airell Osman. I don't have much time to scold you or other else. Just come in, I forgive you because this is your first time being late and don't repeat it again. Even once." Selesai berkata Prof Adelyn terus berlalu dan kembali menyambung pelajaran.
"Thank you so much Madam." Airell melangkah masuk ke dalam bilik kelas, lalu mengambil tempat di sebelah seorang gadis.
"Hai Airell? Macam mana kau boleh lambat?" Gadis itu memulakan percakapan sebaik saja Aurell merehatkan punggungnya di bangku.
"Nanti nantilah aku cite." Malas melayan pertanyaan gadis itu, Airell memulakan fokus nya kepada Prof. Adelyn di hadapan.
"Everyone understand? Any question?"
"No madam." Jawab seisi kelas itu.
"Hey, tell me." Tubuh terus dipaling sebaik sahaja Prof. Adelyn keluar.
"Macam biasa, aku buat assignment sampai tengah malam." Singkat, padat dan tepat.
"We kau tunggu aku la!" Tanpa menghiraukan sahabatnya itu, Airell melangkahkan kaki. Dengan sekelip mata, Airell berlanggar dengan seorang lelaki.
"First day bro, dah main langgar?"
"Aih, tak sengaja lah ngok."
"Lain kali buka mata besar besar sampai terkeluar biji mata." Lelaki itu hanya mendecit, mendengar Airell.
"Kau pun satu, kalau nak keluar bagi signal. Lepastu orang lain salah, apalah."
"Eh engkau ni Firdaus, aku hempuk kang!" Tanpa mengendahkan Airell, Firdaus hanya menutup telinga usai mengutip buku-buku nya.
YOU ARE READING
Airell
RomanceAirell. Seorang gadis yang berada jauh dari tanah air dan tempat kelahirannya. Dia menghilangkan diri sejenak kerana ingin mengubat luka di hati. "Awak? Awak buat apa ni? Awak sedar tak awak buat apa?" -AIRELL IRDINA "Airell? Sejak bila awak ada kat...