🏀🧪 BAB 31

6.5K 319 6
                                        

MEREKA melangkah keluar dari flight dan bergerak perlahan menuju pintu balai pelepasan.

Di depan mata, kelihatan barisan wartawan sudah bersedia dengan kamera, mikrofon, dan soalan-soalan panas. Sorotan lampu kamera sudah mula berkelip, menghangatkan suasana.

Ryaz mendengus kecil.

"Aduhh! Baru sampai dah macam ni," keluhan berat dilepaskan, langkahnya terasa sedikit terganggu.

"Kenapa kau serabut sangat?" Hadi menjeling.

"Aku nak cepat. Aku nak jumpa seseorang ni," jawab Ryaz sambil menggaru kepala, sedikit gelisah.

Hadi ketawa kecil, menepuk bahu Ryaz dari belakang. "Ceh! Tak sabar betul kau ni. Chill sikitlah, bro."

Farid yang berjalan di sebelah hanya tersenyum simpul, memahami kawan mereka yang memang tak boleh duduk diam kalau hal hati terlibat.

"Pergi pintu lain lah. Aku dengan Farid boleh cover kau," usul Hadi, dengan gaya konspirasi tersendiri.

Ryaz tersenyum, menayangkan barisan gigi. "Kau memang genius."

Tanpa menunggu lagi, Ryaz terus memecut ke arah pintu alternatif, mengelak pandangan mata para wartawan yang masih fokus pada pasukannya, yang kini terpaksa menjawab beberapa soalan demi melindungi rakan mereka.

Ryaz melangkah keluar dari pintu sisi balai pelepasan, jantungnya berdegup laju. Matanya cepat menangkap sebuah teksi yang baru berhenti. Dengan larian anak, dia segera menahan teksi itu sebelum ia bergerak lagi.

"Rumah saya, ya," ujar Ryaz dengan nada tergesa-gesa sambil memberi alamat rumah ibu bapanya.

Teksi itu mula bergerak perlahan keluar dari kawasan lapangan terbang, meninggalkan riuh-rendah wartawan di belakang.

Sepanjang perjalanan, Ryaz cuba menenangkan diri, memandang keluar tingkap, melihat pemandangan kota yang perlahan-lahan berubah ke kawasan lebih sunyi dan hijau. Fikirannya terus terarah kepada Davira.

Namun, sebelum bertemu Davira, dia tahu langkah pertama adalah untuk pulang ke rumah, jumpa ibu dan ayah. Itu perhentiannya sekarang.

Mata Ryaz merenung jauh, bibirnya tersungging dengan senyum kecil. Bayangan Davira yang selalu tenang terlintas di fikiran, membuatkan hatinya lebih bersemangat.

Dia tak sabar nak berikan apa yang dia simpan dari Jepun.

Sebaik sahaja Ryaz melangkah masuk ke dalam rumah, suasana damai menyambutnya. Udara di dalam terasa begitu tenang, seolah-olah rumah itu sendiri menyambut kepulangannya.

Dia berdiri di tengah halaman, menarik nafas panjang, lalu melepaskannya perlahan.

"Assalamualaikum! Ibu, ayah! Anak kamu dah balik," laungnya dengan semangat, suaranya bergema di halaman rumah.

Dari dalam ruang tamu, Riyadh dan Nadra saling berpandangan. Ada senyuman yang tidak mampu disembunyikan di wajah mereka.

Nadra bangkit perlahan, sambil Riyadh turut melangkah bersamanya menuju ke pintu. Mereka berdua melihat anak tunggal kesayangan yang kini sudah dewasa, berdiri di hadapan mereka dengan senyuman cerah.

"Dah balik buah hati ibu." Nadra mendekat, tangannya lembut memegang pipi Ryaz, lalu mencium kedua-dua belah pipi anaknya dengan penuh kasih sayang.

Ryaz tunduk, menyambut tangan ibunya lalu mencium tangan ayahnya dengan penuh hormat.

"Tahniah, Ryaz. Ayah bangga dengan kamu," ujar Riyadh sambil menepuk bahu anaknya, matanya bersinar dengan bangga.

Segala penat lelah yang Ryaz lalui untuk sampai ke tahap ini benar-benar dihargai oleh kedua-dua mereka.

Amor Mio ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang