#001 : HARI PERMULAAN (1.1)

2 0 0
                                    

Aku menelan roti yang berintikan kaya, yang dibuat oleh Mak sebentar tadi. Aku turut ditemani Sofia yang dari tadi sibuk membelek-belek telefon bimbitnya. Mungkin dia sedang sibuk stalk Instagram crushnya. Biasalah orang muda, kalau tak ada crush, tak sah.

“Jadi kau pilih mana satu? Nak masuk STPM atau diploma?” tanya Mak yang tiba-tiba datang menemani kami adik beradik untuk bersarapan

“Ha'ah bang, adik nak tau juga abang pilih apa, dari hari tu berahsia sangat,” kata Sofia yang tiba-tiba menyampuk perbualan aku dan Mak. Aku menarik nafas panjang. “Itulah Mak, Edgar dah fikir dah. Edgar rasa Edgar nak masuk STPM rasanya ni. Sebab kalau masuk diploma nanti belanja pun tinggi Mak, mak kena pinjam PTPTN  lagi. Kalau harapkan biasiswa, belum tentu boleh dapat sebab saingan pun ramai sekarang ni,” kata aku sambil meneguk air susu suam yang dihidangkan di hadapan aku.

Mak hanya tersenyum. “Mak tak kisah Edgar, mana-mana kau nak pergi, Mak setuju. Sebab Mak tahu, kau tahu apa yang terbaik untuk kau.” Mak memang seorang yang supportive dari aku kecik dahulu hinggalah sekarang. Mungkin kerna itu juga aku sangat rapat dengan Mak berbanding arwah Abah dahulu.

“Jap bang jap, jadi abang nak pilih masuk sekolah mana?” tanya Sofia tiba-tiba. “Kau ni mesti nak menyibuk kan dik, menyampah betul aku, kau habiskan dululah PMR kau, baru nak sibuk hal orang tua. Ini tengaht PMR, masa tulah sibuk nak stalk crush lah, apalah,” aku mengusik Sofia. Aku memang suka mengusik Sofia sejak dia dari kecil lagi.

Eh mana ada,” kata Sofia sambil muncungkan mulutnya. “Tak adalah bang, nak juga tahu. Abang nak masuk sekolah adik tak? Sekolah adik pun ada Form 6 tau,” Sofi memberikan cadangan.

Aku berfikir seketika. “Tak ada kerjalah nak satu sekolah dengan adik, menyusahkan abang je. Nanti nak kena ambil adik, nak kena hantar adik balik rumahlah, malaslah abang. Tak ada kerja,” kata aku sambil tersengih kecil. Mak hanya tersenyum melihat gelagat aku dan Sofia.

“Tengok perangai abang ni Mak, dengan adik sendiri pun nak berkira, dia tak tahu ke tolong adik tu akan dapat pahala?” seperti biasa, Sofia muncungkan mulutnya. Memang habit Sofia begitu, jika rasa tak puas jati atau ada perkara yang tidak menyenangkan hatinya, dia akan muncungkan mulutnya tanda protes.

“Kan seronok kan Mak, kalau Abah ada dekat sini. Bolehlah dia sama-sama fikir dekat mana abang nak belajar,” kata Sofia secara tiba-tiba. Mukanya terus berubah sayu. Sofi memandang ke pinggannya dan menguis-nguis makanannya. Spoil betul si Sofia ni, mood tengah ok-ok tadi, tiba-tiba terus jadi seakan suram.

AMBIVALENWhere stories live. Discover now