#001 : HARI PERMULAAN (1.2)

1 1 0
                                    

“Heh, siapa cakap Abah tak ada dekat sini? Abah ada dekat sini dengan kita, korang je tak nampak. Abah sentiasa ada dekat hati kita dan walau apa-apa kita buat, Abah mesti sokong selagi benda tu tak salah dan terbaik buat kita,” Mak hanya tersenyum. Aku tahu Mak juga sebak dengan kata-kata Sofia yang muncul secara tiba-tiba tu, tapi Mak pandai mengawal keadaan.

Abah telah pergi sejak setahun yang lepas tapi bahang kehilangan Abah masih terasa sehingga sekarang. Mungkin kerna Abahlah penyeri dalam keluarga, selalu buat lawak di sana sini, suka menyakat dan mengenakan orang. Mungkin kerna itu rumah kelihatan sunyi, kerna mungkin kita sudah hilang seri utamanya.

“Dik, kau ni pun satu. Abah ada tu ha, kau je yang tak selalu doa untuk Abah, itu yang kau selalu rasa Abah tak ada,” aku cuba menukarkan mood suasana.

“Eh sorry sikit ok, adik selalu doa untuk Abah ok. Hari-hari adik doa. Abang je yang selalu tak doa. Selalu terperuk dalam bilik, menulis apa entah apa-apa,” Sofia cuba membalas kenyataan aku yang mencarik pasal.

Aku terus mencubit Sofia di tangannya.
“Adoiiii, sakitlah bang!” Sofia mengerang kesakitan.
“Mak, tengok abang ni, suka hati dia je mak cubit-cubit adik,” Sofia cuba mendapatkan simpati daripada Mak.

“Hafiz, tak baik buat Sofia macam tu. Kesian dia,” Mak menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil.

“Ala Mak ni, manjakan sangat budak ni. Mentang-mentanglah dia anak bongsu. Cubit sikit pun nak mengadu,” aku seperti tidak puas hati

Ting tongggg ~

Kedengaran bunyi loceng rumah tiba tiba berbunyi

“Hafiz, pergi tengok depan, siapa yang datang tu,” kata Mak yang terus mendapatkan tudung berhampiran. Biasalah perempuan, kalau orang datang rumah secara tiba-tiba, dia punya mencari tudung, memang gabra habis. Hahaha

Aku terus ke hadapan dan melihat siapalah gerangan manusia yang datang di awal-awal pagi ni. Aku terus membuka pintu.
“Err cari siapa?” tanya aku
Kelihatan seorang lelaki dalam umur 50-an berdiri tegak di hadapan pintu sambil tersenyum.

“Assalamualaikum, Mak ada?” tanya lelaki itu

“Yup ada, kejap ya pakcik,” aku terus memanggil Mak. Mak terus melulu datang ke hadapan salam keadaan tergesa-gesa. Lelaki itu terus tersenyum sebaik sahaja nampak Mak.
“Lama tak nampak awak Zah,” kata lelaki itu dengan lembut sambil tersenyum.

Lahh kau Johan, lama tak nampak, baru balik Malaysia?” itu kata-kata Mak sejurus mendengar suara lelaki itu.

“Eh masuk, masuk,” Mak terus menjemput Uncle Johan masuk dan terus ke ruang ramu. Mak ke belakang sebentar menyuruh Sofia membuat air untuk Uncle Johan.
So macam mana keadaan kau sekarang Zah? Ok?” tanya Uncle Johan

“Alhamdullilah Johan, aku macam inilah, sejak arwan Mat pergi, aku teruskan kehidupan demi anak-anak aku. Kau macam mana sekarang? Ni apa mimpi tiba-tiba balik ke Malaysia? Ingatkan dah lupa tanah air,” Mak ku dengan slumber menyindir Uncle Johan

-1.3-

AMBIVALENWhere stories live. Discover now