#001 : HARI PERMULAAN (1.4)

1 0 0
                                    

[ HARI PENDAFTARAN TINGKATAN ENAM ]

Mak memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu sekolah. Mak kata, Mak mahu hantar aku untuk hari pertama persekolahan aku. Mungkin kerana Mak mahu tunjukkan sokongannya pada aku agar aku lebih bersemangat untuk ke sekolah.

"Sebelum kau masuk sekolah, baca doa banyak-banyak. Mintak pada Allah untuk segala urusan kau dipermudahkan," kata Mak yang sedang duduk di kerusi bahagian pemandu.

"Ok Mak, don't worry. Anakmu yang handsome ini memang selalu berdoa punyalah," kata aku sambil tersenyum riak.

Aku keluar dari kereta dan terus melulu ke pintu utama sekolah selepas mencium tangan Mak. Kelihatan ramai budak sekolah aku mula bercampur-baur. Perasaan gementar mula wujud. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku sakit perut, setiap kali perasaan gementar mula wujud dalam diri aku.

"Time-time macam inilah perut nak sakit," aku mula mengeluh dalam hati.

Aku berjalan tanpa hala tuju sebenarnya. Sekolah itu kelihatan amat ganjil buat aku. Aku berjalan perlahan sehingga ternampak satu ruang di mana ramai pelajarnya berpakaian seperti aku. Bagi yang tak tahu, pelajar Tingkatan Enam berpakaian baju putih berlengan panjang dan juga berseluar berwarna kuning cair.

"Pendaftaran budak Form 6 mesti dekat sini. Tengok sama spesis je dengan aku semua ni, baju seluar sama lebih kurang," aku mengomel sendirian.

Aku menuju ke ruangan pendaftaran itu. Kelihatan sudah ramai yang beratur menunggu giliran mereka untuk menghantar borang-borang tertentu. Aku beratur dibarisan belakang sekali. Tiada muka yang aku kenal di situ setakat ini. Sedang aku duduk sendirian, tiba-tiba aku ditepuk dari belakang dengan kekuatan yang biasa-biasa. Aku tersentak.

"Hoi, kau sikit pun tak tunggu aku dekat pintu pagar kan," sapa Radhi kepada aku.

"Alamak Radhi, aku terlupa sangat. Aku datang lambat tadi, ingatkan aku yang paling lambat. Sebab tu aku melulu terus masuk. Tak sangka pula kau lagi lembab dari aku," balas aku kepada Radhi.

Radhi merupakan kawan baik aku sejak Tingkatan 4 lagi. Pada mulanya, Rashi merupakan orang yang paling aku menyampah sekali. Caranya yang kasar dan percakapan yang meninggi diri sudah cukup buatkan aku meluat melihatnya pada kali pertama kami menjadi rakan sekelas. Tapi semakin lama, semakin aku suka berkawan dengan dia. Persepri awal aku mengenainya jauh menyongsang apabila aku mula nampak personaliti Radhi berlawanan dari apa yang aku lihat pada awal-awal perkenalan kami.

Tiba-tiba aku dan Radhi mula ternampak kawan kami yang turut sama berjanji ingin masuk ke Tingkatan Enam bersama

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AMBIVALENWhere stories live. Discover now