Di pagi hari mata indah yang tertutup buat semalam akhirnya terbuka juga. Hari yang sepatutnya dimulakan dengan senyuman.
Namun tidak dengan sosok remaja yang kian menatap kosong dinding di hadapannya.
Ia masih berharap salah satu orang tuanya untuk datang ke sekolah dengan bertujuan mengambil report card yang biasanya ditakuti para-para murid.
Tetapi tidak bagi Ezra Ian Noah yang selalu menjadi top student selama bertahun-tahun.
Ayahnya selalu berpesan, rajin-rajinkan diri untuk belajar supaya masa depan kita lebih cerah dari apa yang kita bayangkan sekarang.
Walau begitu, sosok lelaki berbadan tegap itu masih tidak mahu mendatangi hari yang paling Noah gemar.
Jika bertanya apakah alasan yang kukuh untuk tidak menghadiri hari pengambilan kad laporan, maka jawapan yang sering dilontarkan ialah "Papa kena wakil untuk Nathan, minta dengan mama kan boleh?" dan jawapan dari ibunya sudah tentulah wanita itu perlu menghadirkan diri untuk adiknya, Effie.
Noah memutuskan untuk membersihkan diri lalu menyantap makanan yang telah dihidang oleh pembantu rumahnya, Bibi Jiha.
"Bibi, yang lain dah pergi ke? Noah tak nampak lagi batang hidung Effie," Noah memulakan perbualan setelah sekian lama ia mendiamkan diri dengan pelbagai pertanyaan di kepalanya.
"Oh, mereka tadi sudah pergi di pagi hari, keliatan buru-buru banget, emangnya hari ini hari apa dek Noah?" tanya pula Bibi Jiha kepada Noah.
Ya, Bibi Jiha ialah orang Indonesia tetapi itu tidak menjadi masalah untuk keluarga mereka kerana mereka masih boleh memahami bahasa Indonesia.
"Harini hari untuk ambil kad laporan," ucap Noah sambil memberi senyuman tipis kepada Bibinya.
"Emangnya dek Noah tidak menjemput Tuan Adriel sama Puan Edwina sekali? Soalnya mereka terus pergi ke sekolah nya Nathan sama Effie," tanya Bibi Jiha yang kelihatan keliru dengan majikannya seorang ini. Memang Bibi Jiha baru sahaja bermula menjadi pembantu rumahnya jadi ia belum tahu apa yang terjadi sebelum ia menjadi pekerja di sini.
"Tak ada apalah, saya cuma malas nak ajak mak ayah saya. Saya lebih suka balik lewat sedikit jadi bolehlah main dengan kawan yang lain," Bohong Noah sambil terkekeh sedikit supaya tidak kelihatan seperti berbohong.
Nyatanya Noah letih untuk menceritanya selok belok cerita keluarganya kepada sesiapa termasuklah kepada pembantu rumah nya.
Biarlah Bibi Jiha tahu sendiri. "Okeylah, saya pergi dulu bibi, assalamualaikum," Noah memberi salam dan terus berlari kecil ke arah motosikal kesayangan nya.
Akhirnya Noah telah tiba di destinasi yang dituju iaitu sekolahnya. Ia sedikit terperanjat mendengar teriakan daripada arah belakang dan memilih untuk berpaling supaya dapat dilihat orang di belakangnya.
"Whats up bro, awal kau mari harini, dah tak sabar nak ambil report card ke?" tanya seorang pemuda yang dikenali sebagai kawan baik Noah melulu. "Kau dah tak pandai nak bagi salam ke Nawaf? Berapa kali dah kau terkejutkan aku, silap hari bulan kena serangan jantung aku ni," marah Noah yang kesal dengan kawan baiknya ini.
"Aip, rilex lah Noah. Kau pagi-pagi dah marah-marah macam mana rezeki nak masuk?" Datang pula seorang pemuda yang kelihatan lebih tinggi dari dua pemuda dihadapannya.
Bukan nak berlagak tapi memang belagak.
Dia dikenali sebagai Tariq Ebrahim yang menjadi pemerhatian kepada semua gadis-gadis di sekolah itu. Benar, jika dilihat dari paras wajahnya Tariq kelihatan memiliki tubuh yang lebih tegap, bahu yang sedikit bidang, paras wajah menawan yang jika dilihat saja sudah cair, kemudian tinggi yang sesuai dengannya.
Berbanding dengan Noah yang lebih rendah, tubuhnya tidak terlalu tegap, tetapi ia memiliki paras wajah yang boleh dikatakan sedap dipandang. Noah sama sahaja seperti Nawaf Ghazi
Bibir merah, kening yang sedikit tebal, dan yang paling disukai ialah mata yang indah dengan warna yang indah iaitu warna hazel Tidaklah terlalu unik tetapi jarang orang mendapat warna sebegitu indah.
Dan yang paling penting Noah memiliki darah Sabah yang dituruni oleh Adryan. Manakala Edwina ibunya pula berasal dari Perak.
"Let's go guys i think this guy dah tak sabar nak belajar favourite subject dia," celah Nawaf yang sadar akan emosi Noah senang diganggu jika ia sedang mengalami masalah.
BRAK
Noah cukup benci akan bunyi yang kuat, dia terlalu senang terkejut.
"Apa masalah kau, mari-mari hempap meja orang, mental ke!" Tuntas Nawaf yang tidak terima jika temannya diperlaku begitu. "Siapa yang bermasalah?! Dia ke aku? Aku dah cakap kan jangan dekat dengan Aurea apa yang tak reti bahasa sangat kawan kau ni!" Lantang Emir bersuara.
"Pasal tu je kau nak mari-mari hempap meja dia? Oi nenek aku kalauade ni memang dia cubit kau dah ni, kau ni yang menggelepar macam ikan tak bernyawa kenapa?"
Celah pula Tariq yang memang tidak akan menaikkan oktaf suaranya. Dia amat tenang menangani setiap masalah.
"Lagipun apa pulak kaitan kau dengan Aurea? Dia yang terhegeh-hegeh kejar Noah. Ke kau cemburu, Mir?" Sambungnya lagi.
Emir yang tidak terima terus beredar dari meja Noah.
"Bapak pengecut si Emir ni, psycho eh datang-datang mengamuk pasal perempuan tu."
Noah dengan hati yang sedikit panas ikut beredar dari mejanya dengan langkah besar. "Oi Noah kau nak pergi mana, favourite subject kau dah nak mula ni!" Jerit Tariq yang sedari tadi pelik akan perangai Noah.
Pelajaran berlangsung hingga waktu rehat. Noah yang menghilang sebelum pelajaran tadi sudah pun masuk semula dengan muka yang sedikit basah mungkin membasuh muka untuk mengurangkan emosi yang menggeledak.
Mereka bertiga memilih untuk berehat dan menyantap makanan di kerusi bawah pokok. Memang disitu tempat mereka. Bahkan jika dibenarkan untuk menulis nama, mereka bertiga bersetuju dengan cadangan itu.
"Parents kau still tak nak mari ke ambil report card lepas rehat ni?"
Sunyi yang menemani tadi sudah disapa oleh Nawaf. Dia hanya ingin tahu adakah ibu dan ayah Noah akan hadir? Dia sendiri bingung dengan sikap mereka. Apatah lagi Noah sendiri.
"Tak, dan jangan tanya. Aku takkan pernah tahu kenapa diorang tak nak mari."
Tariq mencuit sedikit peha Nawaf yang selalu sahaja melulu bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Nawaf yang kesakitan terperanjat dan menjerit sedikit kemudian ia malu kerana pelajar lain mengalihkan pandangan padanya.
YOU ARE READING
EZRA IAN NOAH [OG]
Teen FictionEZRA IAN NOAH Percintaan yang hampir tidak terjadi jika Noah tetap menolak Aurea walaupun di dasar hatinya dia sangat menginginkan Aurea. Hanya saja dia pengecut. Dia takut jika Aurea tidak menerima kelemahannya. Dia lemah dalam banyak hal. Bagaiman...