Perlahan langkah diayun apabila dia sudah tiba di hadapan pintu pagar. "Papa belum balik.." Kemudian bergegas memasuki pintu pagar tersebut. Tak sampai beberapa langkah kemudian bunyi satu kereta yang amat Noah kenal.
Kereta ayahnya. Ayahnya telah pulang.
Kereta tersehut memasuki perkarangan rumah mereka dengan Noah yang tak melepaskan pandangan dari kereta tersebut
"Mati aku." Ucap Noah perlahan tanpa ada yang dengar.
"Baru balik hm? Dah tak kenal jalan nak balik rumah ke tadi?" Adryan berjalan ke arah Noah dengan Nathan yang setia di belakang ayahnya. Noah masih mendiam diri sambil menunduk dalam.
"Jawablah, tak ada mulut pulak?" Ucapnya lagi. "Tak pa, ada," Sahut Noah perlahan yang sedari tadi masih takut. "Masuk. Bincang dekat dalam," Noah mengikut langkah besar Adryan.
"Apa yang susah sangat nak balik awal setiap kali ade temu murni? Papa dengan mama dah minta maaf kan kitaorang tak boleh nak datang. Balik ajelah lepas habis waktu sekolah tu. Susah ke, Noah?" Panjang lebar Adryan membebel.
Sedari tadi Nathan hanya menjadi penonton di tengah-tengah pergaduhan itu. Dia mula bersuara "Tak payah protes kalau papa dengan mama tak boleh datang. Bukan kau seorang je macam tu."
"Korang.. korang tak faham. Noah letih nak ulang benda sama tapi korang buat tak tahu. Noah tahu kita ada 2 orang penjaga sahaja tapi tak boleh berselang ke?" Tanya Noah
Miris. Dia sudah penat bergaduh dengan perkara tidak berfaedah sebegini.
"Masuk bilik. Malam ni jangan makan. Denda balik lewat," Tegas Adryan berkata padanya. "Nathan pon balik lambat pa.." Ia sesekali melirik ke arah Nathan yang acuh tak acuh dengannya.
"Papa bawak dia makan aje! Yang kamu ni papa mana lah tahu kamu melencong kemana lepas habis sekolah." Protes Adryan tidak menerima ucapan yang dilontarkan dari putra ke-duanya.
"Fine, pa." Ucapnya berputus asa dan melangkah menjauhi ruang utama mereka.
Jejak sahaja kakinya di dalam bilik yang dapat dirasa tiada kehangatan yang di sambut. Kemudian menghembaskan diri ke katil. Beg, tali leher dan stokin di lempar ke sebarang arah.
"Aku lupa.. harini ada latihan berenang, macam mana aku nak berenang kalau tak makan lagi," Bisiknya entah kepada siapa. Akhirnya Noah memutuskan untuk bersiap dan bergegas ke tempat latihan. Lantak pi lah dengan perut dia yang berbunyi.
Memang setiap kali habis sesi persekolah dan temu murni yang tidak diiringi dengan Adryan dan Edwina, Noah akan pergi menenangkan hati dan dirinya ke tempat nyaman, tenang, aman.
Pantai. Lembut angin menampar pipi yang dimiliki oleh pemuda berkulit cerah itu.
Bunyi ombak yang masuk ke indra pendengaran tidak akan mengecawakan hati yang boleh dikatakan tidak baik-baik sahaja.
"Noah pergi latihan dulu bibi," Terdengar suara yang datang dari arah tangga, Bibi Jiha mengalihkan pandangan tuju ke Noah.
"Iya hati-hati ya dek Noah latihannya jangan sampai lecet," Pesan Bibi Jiha.
Nathan memperhatikan gerak gerik kembarnya yang satu ini. Meski muka mereka sama tetapi dari segi kulit mereka sangat lah berbeza. Nathan memiliki kulit yang sedikit gelap dan Noah memiliki kulit yang cerah.
Sampai sahaja ke tempat latihan, Noah bergegas ke arah loker dan meletakkan barang-barangnya dia sana. Namun nahas, muncul pula seorang pemuda yang paling Noah anti, Emir Katib.
"Apa lagi kau nak? Kau tak puas ke aku dah palau buah hati kau tu," Ujarnya malas. Buah hati yang dimaksudkan ialah Nurul Ariana Camelia Aurea.
Cantik namanya. Seperti tuannya.
Mereka berdua saling menyukai orang yang sama, oleh sebab itu mereka memutuskan untuk menjadi musuh.
Sepatutnya jadi kawan mungkin.. "Saja, aku cuma takut kau tercatch feeling lagi. Mana lah tahu hati ni mane boleh ubah," Usik Emir. "Eh diamlah! aku dah tak bercakap maksudnya tak suka sudah lah," Marahnya.
"Woo okey kita tengok siapa yang dapat Aurea, aku tengok macam kau belum dapat lupakan dia. Deal tak?" Perjanjian bodoh apa pulak yang mamat ni nak buat. Sudah cukup muak mendengar pertuturan pemuda di depannya ini.
Ingin sesekali ia tarik rambutnya.
"Ikut kau lah janji tak kacau aku. Tepi sikit aku nak berenang," Perintah Noah. Selang beberapa minit ia berenang tiba-tiba seorang memanggil.
"Noah!" Panggil Emir. "Apa dia gila!" Sahut Noah tidak mahu kalah dengan mamat aneh itu. Air berceceran di lantai menandakan Noah sedang menghampiri Emir.
"Kau betul-betul nak Aurea? Aku dah buat keputusan. Lagipun lepasni korang dah tak nampak aku," Sambil terkekeh Emir berkata.
Tak nampak? Emir pergi mana? Soalan berlegar-legar di benak pikirannya namun ia biar tersimpan.
Seakan membaca fikiran, Emir berterus terang yang sebenarnya dia harus berpindah dan sekolah di Kuala Terengganu atas sebab ibu bapanya yang bekerja di sana.
"Lepastu kau nak aku buat apa?"
"Kau jaga Aurea. Kau dengan aku sama saja, suka pon dekat orang yang sama. Aku dah give up. you win, Noah," Dengan nada yang berputus asa dia menepuk tangan setelah itu. "Pelik. Kau. Pelik."
Noah menekan perkataan 'pelik' kerana memang Emir pelik!
Noah memandang Emir dengan pandangan yang sulit diartikan.
Setelah selesai latihan Noah tidak membuang masa terus pulang dan bersedia untuk tidur. Sehari ini dia masih belum berjumpa dengan Edwina dan adiknya tercinta, Effie.
Tapi tidak mengapa, besok hari masih terang. Boleh jumpa juga.
Mata indah yang pada petang tadi menikmati permandangan indah, telinga yang setia mendengar ombak deras, dan seluruh tubuhnya yang diserpa oleh angin sempoi-sempoi bahasa sekarang sedang tidur.
Atau kata lain, merehatkan diri setelah seharian kepenatan. Entah dari segi berbual, perbuatannya yang meletihkan tambahan pula ia masih belum makan malam.
Semua itu sudah biasa tetapi rasa sakit di hati tidak akan menghilang begitu sahaja. Dengan menutup mata ia berharap agar dapat bermimpi sosok perempuan yang amat dia sukai, jika boleh ditatap lama-lama.
Ia sanggup.
YOU ARE READING
EZRA IAN NOAH [OG]
أدب المراهقينEZRA IAN NOAH Percintaan yang hampir tidak terjadi jika Noah tetap menolak Aurea walaupun di dasar hatinya dia sangat menginginkan Aurea. Hanya saja dia pengecut. Dia takut jika Aurea tidak menerima kelemahannya. Dia lemah dalam banyak hal. Bagaiman...