Qarizh dalam posisi melutut dan dirantai oleh Koishi pada dinding. Kedua-dua belah tangan Qarizh dirantai di belakang tubuhnya lalu ada rantai yang bersambung pada dinding. Tidak cukup dengan itu, kaki Qarizh juga dirantai ke dinding. Keadaan tersebut menyulitkan Qarizh untuk bergerak. Luka pada perut Qarizh telah dirawat oleh dokter Jepun yang dibawa oleh Koishi untuk merawatnya.
Pintu bilik tersebut dibuka, Qarizh terkejut. "Masa kau dah tamat, Qarizh." kata Koishi lalu menghampiri Qarizh. Qarizh tak boleh bergerak seinci pun disebabkan dia dirantai. Qarizh menatap Koishi tanpa sebarang reaksi. Koishi membuka rantai di kaki Qarizh lalu memaksa Qarizh untuk berdiri. Selepas itu, Koishi membuka rantai yang bersambung dengan rantai yang diikat pada tangan Qarizh.
Koishi memegang rantai tersebut, "Selesa?" soalnya. Qarizh mencuba untuk menggerakkan tangannya sedikit, "Sikit." balasnya. Koishi berdiri di belakang Qarizh, dia mengeluarkan pistolnya lalu diacukan ke belakang Qarizh. Qarizh dapat merasakannya, "Apa lagi yang kau nak buat pada aku?" soal Qarizh tanpa rasa takut. Koishi menarik rantai tangan Qarizh dengan kuat, Qarizh mengetap giginya. "Kau tak perlu tahu." balas Koishi lalu menolak belakang Qarizh. "Jalan, aku tak ada masa nak layan kau hari ni." kata Koishi.
Qarizh berjalan keluar sambil diiringi oleh lima orang askar Jepun dan Leftenan Jeneral Koishi. Mereka tiba di dataran pangkalan tersebut. Koishi menanggalkan semua rantai daripada tangan Qarizh lalu menolak Qarizh ke tengah-tengah dataran itu. Qarizh dapat mengawal keseimbangan badannya daripada terjatuh. Qarizh melihat sekelilingnya, "Kau nak buat apa dengan aku, Koishi?" soal Qarizh setelah melihat seramai 10 orang tentera Jepun sedang mengelilinginya. Koishi tersenyum sinis, "Ini seksaan kau yang seterusnya, Qarizh." kata Koishi.
Qarizh mengetap giginya, takkan dia perlu hadap 10 orang terus. Ramai tu! Koishi melempar sebilah pisau kepada Qarizh. Qarizh menoleh ke arah Koishi, "Apa sebenarnya permainan kau, Koishi?" soal Qarizh. Koishi hanya tersenyum sinis. Qarizh mengambil pisau tersebut lalu melihat ke arah semua askar Jepun yang mengelilinginya. Qarizh menutup matanya sambil menghela nafas panjang. Dia membuka matanya kemudian dia menerkam seorang askar Jepun dengan laju.
Mata Koishi membesar melihat Qarizh bergerak selaju itu. Qarizh membunuh dengan sangat laju hingga tiada seorang daripada askar Jepun itu dapat melihat kelibat Qarizh. Apabila seorang askar Jepun mencuba untuk menikam Qarizh dengan pisau Qarizh dengan pantas membunuhnya terlebih dahulu. Qarizh mengelar leher askar Jepun yang terakhir, kemudian dia berpusing menghadap Koishi. Nafas Qarizh turun naik, dia menggenggam erat pisau di tangannya.
"Kalau setakat ini yang kau mampu Koishi, sekarang pun aku sanggup hadap maut untuk bunuh kau." kata Qarizh. Koishi hanya mengukir senyuman lalu memetik jarinya. Tiba-tiba seorang juggernaut Jepun mencekik leher Qarizh dari belakang. Tangan kanan juggernaut itu mencekik leher Qarizh manakala tangan kiri juggernaut itu memeluk kedua-dua tangan dan perut Qarizh. Qarizh mencuba untuk melepaskan diri tetapi juggernaut itu lebih kuat daripadanya. Koishi berjalan ke arah Qarizh.
"Kesemua 10 orang askar aku yang kau bunuh tadi hanya untuk menguji seberapa kuat dan laju kau membunuh. Hasilnya cukup memuaskan, aku memang dah lama cari orang macam kau." kata Koishi. "Kalau kau fikir yang aku akan berkhidmat untuk kau, mimpi kau lah!" jerit Qarizh. Seorang medic mendekati mereka, Koishi berpaling lalu mengambil satu jarum suntikan yang kosong. Dia menoleh semula ke arah Qarizh, "Lepaskan tangan kanannya." arah Koishi. Juggernaut itu melepaskan tangan kanan Qarizh, seorang askar Jepun berjalan ke arah Qarizh lalu memegang tangan kanan Qarizh.
Koishi menusukkan jarum suntik ke dalam pergelangan tangan Qarizh lalu menyedut darah sehingga penuh satu jarum tersebut. Koishi memberikan jarum suntik tersebut kepada medic di sebelahnya. Koishi membalut pergelangan tangan Qarizh yang disuntik tadi dengan sehelai kain. "Kau nak buat apa dengan darah aku?" soal Qarizh. "Cuma nak jalankan sedikit kajian." balas Koishi sambil tersenyum sinis. Koishi mengambil sebatang kayu yang telah diletakkan paku-paku tajam pada hujungnya.
Mata Qarizh membesar, "A-Apa kau nak buat dengan benda tu?" soalnya sedikit takut. Koishi mencengkam rambut Qarizh, "Ini apa yang aku nak buat pada kau." bisik Koishi lalu melepaskan rambut Qarizh. Koishi menghayunkan kayu tersebut ke bahagian dada hingga ke perut Qarizh. Qarizh mengerang kesakitan setiap kali menerima pukulan daripada Koishi. Selepas 30 pukulan diterima oleh Qarizh, Koishi berhenti lalu mencampakkan kayu tersebut jauh daripadanya. Qarizh menatap Koishi dengan tatapan penuh kebencian.
Koishi mengeluarkan pedang katananya lalu diletakkan pada leher Qarizh. "Beritahu aku tentang senjata rahsia tu, Qarizh." kata Koishi. "Aku takkan beritahu kau apa-apa. Kau seksa la aku selama mana yang kau nak. Aku tetap takkan beritahu." balas Qarizh. Koishi memberi isyarat kepada juggernautnya untuk melepaskan Qarizh. Koishi mengalihkan pedang katananya ke perut Qarizh. Qarizh tidak beranjak sedikitpun. Koishi menusuk laju katananya ke perut Qarizh hingga tembus ke belakang badan. Qarizh memuntahkan darah yang agak banyak. Koishi mencabut pedang katananya, "Kau akan sentiasa jadi tawanan yang diseksa oleh aku sendiri, Qarizh." kata Koishi lalu memberi isyarat kepada dua orang askar Jepun untuk membawa Qarizh masuk semula ke biliknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/376885045-288-k818503.jpg)
YOU ARE READING
TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)
Misterio / SuspensoKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...