Chap 11: Sacrifice

6 1 17
                                    

Malam itu sunyi tersangat sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu sunyi tersangat sunyi. Rumah Chloe dan Adley dipenuh dengan suasana tegang. Meski diluar kelihatan tenang. Setelah sebulan yang penuh dengan latihan dan persiapan, rasa selamat yang mereka bina mula goyah. Kedua gadis itu semakin rapat dengan kumpulan vampire.

Di ruang tamu, kumpulan vampire sedang berbincang tentang rancangan masa depan. Evan, Jay dan Jake berdiri di peta yang dilukis diatas meja. Adley yang duduk disebelah kiri william mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana cara menggunakan darah sucinya itu. Chloe pula duduk di sebelah Benjamin, masih memikirkan perbualan mereka sebelum nie.

Tiba2, bunyi bising diluar tingkap memecahkan keheningan malam. Semua orang berhenti melakukan aktiviti. Mata mereka tertumpu pada arah bunyi tersebut.

Johnny: *bisik* Dengar tak?

Jake bangun dari tempatnya lalu menghampiri tingkap dan mengintai ke luar.

Jake: Something is not right. Ada sesuatu kat luar.

Sebelum sesiapa sempat bertindak, pintu depan tiba2 dibuka dengan kuat. Chris, Leeknow dan Sam berdiri di depan pintu dengan mata bersinar merah. Bulu hitam tebal menutupi badan mereka yang besar dan gagah. Gigi taring mereka bersinar di bawah cahaya lampu.

Chris: KIta bertemu lagi, vampires!

Evan dan Jake segera bergerak ke hadapan melindungi Chloe dan Adley. Benjamin menggenggam tangan Chloe manakala Riki menggenggam tangan Adley menarik mereka ke sisi. Bersedia mempertahankan gadis itu dari ancaman serigala.

Evan: Pergi kau! kalian tak ada urusan disini!


Chris, Leeknow dan Sam ketawa sinis.

Chris: Kau salah, Evan! Urusan kami adalah menghapuskan kalian semua. Dan kami takkan berhenti sehingga semua vampire lenyap!

Pertarungan pun meletus. Jay dan Jake menyerang dengan pantas, cuba menahan serangan dari Chris dan Leeknow. Manakala Evan melawan Sam. Taring dan kuku serigala meluncur di udara tapi vampire2 itu mampu mengelak dan membalas. Bunyi pertempuran mengisi rumah tersebut. Dengan perabot terbalik dan dinding2 bergetar akibat serangan bertubi.

Di tengah-tengah kekacauan itu, Chloe dan Adley hanya mampu melihat dengan perasaan cemas. Mereka sudah dilatih tapi berhadapan dengan ancaman sebenar jauh lebih menakutkan. Satu serangan dari Leeknow hampir menembusi pertahanan Benjamin. Entah dari mana munculnya keberanian Chloe, dia melangkah ke depan. Dia menggenggam loket yang tergantung dilehernya. Loket itu adalah peninggalan moyang mereka iaitu, Maria. Tiba2 sinaran cahaya putih memancar dari tangannya. Yang lebih mengejutkan, serangan itu tepat mengenai Leeknow. Serigala jadian itu mengerang kesakitan sebelum dia terhumban ke belakang.

Criminal Love[ ENHYPEN ] Where stories live. Discover now