𝓑𝓐𝓑 2

223 10 0
                                    

7 tahun yang lalu...

"Weh, Arie. Nanti kat sekolah ada perkhemahan. Kita join nak?" soal Kasih Nur Chempaka, kawan rapat Ariesha dengan penuh semangat.

Pada hari Jumaat dan Sabtu nanti, sekolah mereka akan mengadakan perkhemahan unit beruniform, satu acara yang dinanti-nantikan oleh ramai pelajar.

"Wahh, macam best jee. Boleh-boleh. Nanti aku tanya parents aku dulu." balas Arieshah ceria. Sudah lama dia tidak menyertai perkhemahan di sekolah. Kali terakhir dia sertai perkhemahan di sekolah ketika dia berumur 13 tahun.

"Okay, weh. Aku pun nak kena tanya parents aku dulu. Nanti pape roger, okay?" Kasih membalas dengan senyuman.

Sementara di satu situasi yang lain, Aqlan Mikael duduk di sudut taman sekolah pada waktu rehat, memikirkan tentang perkhemahan yang akan diadakan tidak lama lagi. Dia berfikir ingin mengajak rakan-rakannya untuk menyertai perkhemahan di sekolah pada hujung minggu nanti. Sejurus itu, dia terus pergi ke kantin untuk berjumpa dengan kawan-kawannya yang sedang makan.

"Weh, korang. Jom masuk perkhemahan dekat sekolah nak? Murah-murah je.. RM 30 seorang." kata Aqlan kepada rakan-rakannya yang sedang menjamu selera itu.

"Kalau perkhemahan dekat sekolah. Maksudnya kena tidur dekat sekolah lah, kan?" tanya Hayyan Danish yang menanyakan soalan yang tidak masuk akal. Sebenarnya, sengaja je dia nak bergurau dengan kawannya.

"Dah nama pun perkhemahan dekat sekolah. Mestilah tidur dekat sekolah. Apa punya soalan lahh kau ni, Yan." jawab Daniel Anaqi dengan nada yang malas mahu layan soalan tak logik dek akal Hayyan ini.

"So, korang macam mana? Nak masuk tak?" tanya Aqlan lagi kepada mereka.

"Macam menarik je. Boleh lah aku nak masuk." jawab Thaqif Ridzwan.

"Yang lain?"

"Kitaorang semua masuk." jawab Mukhriz yang sedari diam tidak berbunyi. Semua mengangguk setuju dengan jawapan Mukhriz kecuali Hayyan.

"Okay, cun. Semua join ehh. Jangan ada yang tarik diri pula. Sesiapa yang tarik diri kita gelar dia pengecut." cabar Aqlan. Dia tahu ada kawannya yang tidak berani nak bermalam dekat sekolah. Sebab sekolah tu dulu hutan semuanya dan baru sahaja dibuka pada tahun ini.

"Wey...k-orang...tak yah join bole?" tanya Hayyan dengan nada yang takut-takut. Aqlan sudah agak yang Hayyan mesti akan berkata sebegitu. Dia tahu yang kawan dia seorang ini agak penakut sedikit.

"Hak alah, Yan. Satu malam je. Tak yah takut-takut lah. Mana ada apa-apa. Hantu tengok... kau pun lari lah" kata Ammar kepada Hayyan.

"Ish kau ni, Mar. Mulut tu jaga sikit boleh tak?" marah Hayyan kepada Ammar. Dia sangat geram dengan mulut Ammar yang agak menyakitkan tu.

"Dah-dah korang tak yah gaduh-gaduh. Kau, Yan. Masuk je lah. Lagipun, ramai je yang join. Bukan kita-kita je yang join. Tidur dalam khemah, ape yang kau nak takut sangat? Bukannya tidur dekat dalam hutan." sampuk Mukhriz untuk meleraikan perbalahan kecil antara Ammar dengan Hayyan.

"Okay..dah, nanti aku pergi ambil borang perkhemahan tu." kata Aqlan. Semua hanya mengangguk perlahan dengan kata Aqlan.

...

Tiba waktu malam, Arieshah ingin menghubungi Izzul Shah untuk memberitahu tentang perkhemahan yang akan berlangsung di sekolah mereka pada hujung minggu.

Mereka sudah berkawan lama sejak umur 11 tahun lagi. Tanpa pengetahuan Arieshah, Izzul memendam rasa terhadapnya dan dia lebih selesa jika dibiar pendam sahaja.

"Hello Izz. Aku nak bagitahu, nanti dekat sekolah akan ada camping kat sekolah... Kau nak join tak? Aku dengan Kasih join." Arieshah memulakan perbicaraan apabila talian sudah dihubungkan.

"Wow, macam best jer. Aku nak join jugak lah." Izzul membalas.

Dia sudah agak bahawa Arieshah akan memberitahu dia tentang perkhemahan yang akan berlangsung di sekolah nanti.

"Okay, cunn. Nanti aku dengan Kasih pergi ambilkan borang perkhemahan dekat cikgu Salmah." kata Arieshah.

"Eh, takpe ke korang ambilkan borang untuk aku sekali?" Izzul bertanya kurang pasti apabila Arieshah mempelawa untuk mengambil borang untuknya sekali.

Ye la, sepatutnya dia yang kena ambil borang tu sendiri bukan Arieshah yang tolong ambilkan. Dia seperti menyusahkan sahaja kawannya ini.

"Takpe, tak susah pun. Esok aku nak pergi jumpa Cikgu Salmah. So, sekali jalan lah. Lagipun, kan kita satu unit beruniform. Lain lah kalau lain. Memang tak lah aku nak ambilkan. HAHAHA. Joke-joke." Arieshah bergurau. Kalau Izzul lain unit beruniform pun dia mesti akan tolong ambilkan sekali.

"Okay lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku tak boleh nak halang. Makin dihalang, makin dibuat. Kau tu keras kepala sikit. Lagipun kau dah offer diri jadi... tak salah kan? HAHAHAHA." gelak Izzul.

Izzul sudah masak dengan perangai Arieshah yang suka menyusahkan diri untuk orang lain. Tetapi, bukannya orang lain akan menghargai pun. Kadang-kadang, kesian juga dia tengok rakannya yang satu ini.

"Okay lah, wey. Aku nak masuk tidur. Aku dah mengantuk dah ni. Layan kau, sampai kesudah tak akan habis. Bye." Arieshah ingin cepat mematikan talian.
Dia sudah betul-betul mengantuk. Dia ingin tidur.

"Eh, weyy-" belum sempat Izzul ingin membalas talian, Arieshah sudah letak dahulu. Izzul menggeleng perlahan. Tak menyempat betul si Arieshah ni.
...

Keesokan paginya, di sekolah. Mukhriz yang sedang menuju ke pintu rumah untuk ke sekolah tiba-tiba disapa bapanya iaitu, Tan Sri Nazim untuk meminta tolong menghantar Nur Ariana Najwa, adik perempuannya ke sekolah. Biasanya, Tan Sri Nazim yang akan hantar Ariana ke sekolah, tetapi nampaknya dia tidak dapat menghantar puteri bongsunya ke sekolah akibat mesyurat penting pada pagi itu.

"Riz, papa nak minta tolong sekejap boleh?" Tan Sri Nazim mula menyapa anak terunanya yang sedang memakai kasut.

"Tolong apa, pa?" Mukhriz membalas. Sangat jarang papanya ini ingin meminta bantuannya pada pagi-pagi ini.

"Tolong hantar Aria pergi sekolah. Papa tak dapat nak hantar Aria ke sekolah sebab papa ada mesyuarat penting pagi ni. Boleh, Riz?" Tan Sri Nazim bertanya kepada Mukhriz.

"Ouhh..boleh je, pa. Mana budaknya?" Mukhriz membalas dengan menanyakan keberadaan adiknya yang manja itu. Ariana adik kepada Mukhriz yang kini berusia 12 tahun.

"Papa!! Aria dah siap! Ehh abang belum pergi lagi?" Belum sempat Tan Sri Nazim ingin membuka mulut, anak bongsunya itu sudah keluar. Tan Sri Nazim dan Mukhriz hanya mampu menggeleng perlahan dengan sikap Ariana yang selamba itu. Ariana yang sudah lengkap berpakaian sekolah rendah itu bertanya kepada abang Mukhriznya.

"Aria, hari ni Aria pergi dengan abang tau. Nanti balik, papa ambil, okay?" Tan Sri Nazim mula bercakap dengan anak bongsunya.

"Okay, papa. Kenapa papa tak hantar Aria pergi sekolah hari ni?" Ariana mula bertanya kepada papanya.

"Papa ada mesyuarat, sayang. Nanti balik kalau papa lambat, Aria balik dengan abang, okay?" Dia tidak tahu sempat ke tidak mahu menjemput anak daranya itu.

"Ouhh okayy, papa. Papa hati-hati tau pergi kerja. Jangan kelam kabut tau" Ariana berpesan kepada Tan Sri Nazim agar berhati-hati memandu kereta.

"Riz, okay je, kan? Jemput Aria dari sekolah?" Tan Sri bertanya kepada anak sulongnya.

"Okay je, pa. Riz gerak dulu ya, pa. Aria, salam papa cepat". Mukhriz meminta izin kepada Tan Sri Nazim untuk pergi dahulu.

Ariana salam Tan Sri Nazim dan berlalu pergi ke motor abangnya. Sudah lama dia tidak pergi ke sekolah bersama abang kesayangannya itu. Kali terakhir dia pergi ke sekolah bersama abangnya sewaktu dia berusia 10 tahun.

"Hati-hati bawa motor tu, Riz. Beringat sikit kamu tu bawa Ariana." Tan Sri Nazim memberi pesanan kepada Mukhriz supaya memandu dengan cermat.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now