Selepas saja Erika meletakkan kenderaan dipekarangan rumah orang tua-nya. Dia terus keluar dari perut kereta sebelum menuju ke arah pintu masuk. Iris birunya meliar mencari keberadaan sang ibu, apabila melihat ibunya berada di kawasan dapur, Erika lekas mengambil langkah ke arah ibunya.
"Assalamualaikum umi, Ika dah balik" wanita yang sudah berumur itu memandang ke arah anaknya sebelum senyuman terukir di bibir wanita itu.
"Wa'alaikumussalam anak kesayangan mama" dengan itu badan Erika dipeluk secara erat oleh Puan Suraiya.
"Umi… abah mana?" soal Erika kepada puan Suraiya.
"Abah kamu tu macam biasa lah.. pergi rumah kawan dia. Ada hal sikit, katanya." jawab wanita itu seraya menarik Erika ke meja makan. Erika hanya mengangguk perlahan seiring melabuhkan punggung di atas kerusi kayu menghadap ke arah puan Suraiya.
"Hah ni, anak kesayangan umi ni dah makan ke belum? Nampak macam kamu ni kurang makan aje? Tengok badan kamu tu, nampak kurus semacam..” tanya puan Suraiya. Erika hanya tertawa kecil tidak mahu ibunya menyangka lebih.
“Ika dah makan dah umi, jangan risau.. orang tak kurang makan pun” Balas Erika dengan senyum.
Selepas beberapa bulan daripada kejadian yang berlaku dalam hidupnya Erika telah memutuskan untuk tinggal bersama kedua-dua orang tuanya, sekurang-kurangnya dia dapat melupakan hari yang perit itu dengan perlahan.
Sebab dia tahu yang dia harus memberanikan dirinya dengan kehidupan baharu, Erika bermula dengan mencari kerja.. kerana dia sendiri tidak mahu menjadi pengangguran untuk jangka masa yang lama. Bertambah pula ibu dan ayahnya bukan lah orang yang berpunya.. Kehidupan mereka pun hanya sederhana saja.
Badan direbahkan di atas tilam, selepas saja siap menunaikan solat isyak. Erika termenung kearah siling..
Sunyi…
Secara tiba tiba dadanya terasa sebak, bagaikan hendak menangis apabila mengingat akan sesuatu. Segera dirinya bangun dari katil, dan berlari ke balkoni yang ada di dalam biliknya. Niat ingin menenangkan diri.. tetapi cecair jernih di kantung matanya terlebih dahulu membasahi pipi,
Kedua-dua tangannya menggenggam erat pagar yang dingin itu, walaupun matanya tertumpu pada langit malam, namun fikirannya terbayang wajah polos anaknya yang telah tiada. Si kecil yang tidak sempat merasa hangatnya susu seorang ibu mahupun melihat dunia bersama dirinya.
"I'm sorry that I failed you, my little princess… Kalau lah mama ada pilihan, mama takkan lepaskan awak sayang..” dialog Erika sendiri, dengan nada sayu, air mata semakin membanjiri pipinya, dada merasa sebak apabila tidak dapat memeluk insan kecil itu.
“Andai kata Allah mengizinkan, mungkin suatu hari nanti... mama dapat kesayangan mama kembali ke pangkuan mama balik kan?" Erika sudah tidak dapat menahan sebak di dada, dia hanya membiarkan dirinya teresak-esak menangis sendirian di tengah malam yang dingin itu..
YOU ARE READING
[IN EDITING] Love Written In Fate
Non-Fiction"Loving someone is far harder than hating. The past clings to us like shadows, refusing to let it go. But, no matter how deep the pain, we must learn to set it free." Itulah nasihat yang Erika Zaleha terima daripada Dennis Iqram, lelaki panas baran...