PROLOGUE

80 12 5
                                    


"Sikit lagi Cik, dah nampak kepala anak cik, teran sedikit sahaja lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sikit lagi Cik, dah nampak kepala anak cik, teran sedikit sahaja lagi..."

Sedaya-upaya Erika mencuba untuk terus meneran anaknya keluar.. Rasa sakit yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.. namun, dia kekal cuba walau tenaganya tidak seberapa.

Selepas beberapa minit Erika berusaha.. cahaya mata itu perlahan-lahan keluar dari rahimnya. Jururawat yang berada di sebelah doktor, lekas mendukung bayi itu ke ward lain apabila sedar warna kulit bayi itu sedikit pucat.

Jantung yang berdegup kencang, kelopak mata masih terpejam-rapat. Tiada suara tangisan mahupun rengekan membuat Erika berkerut dahi. Kelopak mata cuba dibuka, tetapi seakan terasa berat. Badan pula cuba untuk digerakkan namun tiada lagi tenaga yang tinggal. Badannya masih lemah selepas melahirkan seorang cahaya mata..

    “Tunggu mama ya sayang..”  ujarnya di dalam hati dengan harapan, dia dapat melihat wajah anaknya apabila dia bangun nanti. lambat-laun Erika terlena kepenatan.

Beberapa jam selepas itu, Erika bangun dari tidurnya.. mata melihat sekeliling, mencari anaknya yang tiada di sisi.. lalu Erika cuba untuk bangun dari baringnya, walaupun jahitan di bawahnya masih segar dan perit, tidak diendahkan oleh Erika.

Baru ingin bangkit dari duduk, jururawat sudah pun masuk bersama insan kecil yang dicari olehnya. Apabila bayi kecil itu di dukungan Erika, wanita itu tersenyum manis melihat wajah anaknya.. betapa polos dan comel rupa wajah anak itu.

Jururawat yang melihat Erika mencium lembut dahi bayi itu, hanya mampu mengambil nafas panjang sebelum bersuara.

"Saya tahu cik Erika tak mahu mendengar khabar ini, tapi apa yang saya boleh sampaikan.. saya minta maaf dan semoga cik tabah.” ujar jururawat itu membuat Erika berkerut dahi.

“Anak puan meninggal selepas saja cik melahirkan.. kami cuba semampu kami tapi.. nampaknya tiada jalan lain untuk menyelamatkan anak cik.”

Kata-kata jururawat itu bagaikan belati yang menikam tepat ke hati. Perasaan bercampur-baur menghimpit dadanya sehingga mata wanita itu mula berkaca, menahan tangis yang tidak lagi mampu dibendung lama.

“Saya minta diri dahulu..” kata jururawat itu dan terus dia berlalu keluar selepas selesai berbicara.

Erika terkedu…Enggan percaya yang takdirnya begitu kejam..

Suaranya bergetar apabila dia memandang wajah anaknya yang tidak bernyawa itu, Pipi bayi itu dielus lembut seraya berbicara dengan nada yang sayu.

"Anak mama… nangislah sayang.. jangan diam… baru mama tahu anak mama sihat dan masih dengan mama… please bangunlah… bangunlah sayang…” direnung wajah anak itu dengan perasaan sebak.

“Kesian dekat mama kan? Nanti mama kena bagi anak mama susu kalau tak, anak mama lapar… lepas bagi susu kena main dengan anak mama kan? Lepas itu mama nak rasa anak mama pegang baju mama dengan tangan kecil ni..” Teresak-esak wanita itu berbicara dengan anaknya.

“Anak mama, princess mama. Jadi nanti mama dengan baby kena cuba banyak baju baru betul tak? Baby mama anak baik kan? bangunlah sayang.. jangan bagi mama seorang diri.. mama tak mampu… tak mampu nak hidup berseorangan baby please lah..."

    Kesunyian di dalam ruangan itu menambahkan lagi tangisannya, dia masih terkesan dengan apa yang terjadi..

Air matanya kekal gugur, dan pelukan dengan badan si kecil semakin dieratkan dalam rangkulan-nya, kerana dia tak mampu lepaskan anaknya yang baru saja lahir ke dunia.

Namun dia masih tidak dapat menerima hakikat, yang dia tak dapat merasai apa-apa yang diinginkan olehnya, hatinya hancur berkecai dengan hakikat yang kasar, iaitu takdir. Yang telah merampas peluangnya untuk menjadi seorang ibu buat kali pertama dalam hidupnya.

"Anak mama… please… bangun sekejap ya? nanti baby mama lapar pula.. mama kena bagi baby susu kalau tak, baby tak boleh tidur lena sebab lapar..."  Erika bagaikan sudah hilang waras daripada kejutan itu, dan dia masih menangis,  memeluk badan si kecilnya dengan erat.

      Dia ulang dan ulangi apa yang dia katakan tadi tanpa henti, sehingga badannya tidak mampu untuk menampung tekanan emosi, pandangan Erika terus berubah gelap.. perlahan dia jatuh ke lantai bersama bayi yang masih dalam rangkulan-nya.

Sekumpulan jururawat yang berjalan di hadapan pintu Ward melihat Erika berbaring di lantai, lekas sekumpulan jururawat bergegas ke arahnya dan mengambil anaknya dari tangan Erika.

   jururawat lain memanggil doktor untuk memeriksa kesihatan Erika yang masih tak terdaya dan lemah akibat daripada melahirkan anaknya tadi. Selepas beberapa minit doktor menyuruh jururawat untuk memberi ubat tidur pada Erika, supaya wanita itu dapat tidur dengan tenang untuk sementara.

     Jururawat itu mengangguk lalu memberi ubat itu dalam titisan IV supaya wanita itu dapat tidur dengan nyenyak…

Selepas beberapa hari Erika menetap di hospital itu, dia tidak merasa dirinya ingin pulang ke rumahnya mahupun pergi jauh dari anaknya yang sudah tidak bernyawa itu. Tambah pula dengan keluarganya yang masih tidak tahu-menahu tentang dia pernah disentuh oleh seorang lelaki yang dia dicintai.

Selepas saja dia tahu yang dirinya hamil dengan benih lelaki itu, terus Erika membuat keputusan untuk terbang ke United kingdom, London. Dan kembali ke Malaysia tiga bulan sebelum tarikh kelahiran anaknya, supaya anaknya dapat lahir di tanah airnya sendiri.

Dan hanya itulah yang Erika ingat buat kali terakhir sebelum jururawat itu mengesahkan, anaknya sudah pun meninggal dunia sewaktu dia melahirkan. Dengan hati yang cukup berat.

Dia mengambil barang keperluan sebelum diletak ke dalam kereta. Apabila selesai, Erika memasuki perut kereta lalu terus menekan pedal minyak untuk pulang ke rumah orang tuanya. Namun, dia memilih untuk menuju ke apartment kecilnya dahulu sebelum kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Apabila sampai di destinasi, Erika mengeluarkan barang di dalam kereta sebelum mengambil langkah ke arah lift untuk naik ke tingkat tiga dimana rumahnya berada.

Tangan memulas tombol, seraya pintu ditolak perlahan. Apabila pintu sudah di kunci Erika berjalan menuju kearah bilik tidurnya. Nafas dihela berat, lantas Erika terduduk di lantai apabila dia melihat mainan dan pakaian bayi yang dibeli olehnya.. masih tersusun elok di meja dan di kabinet.

Tanganya dibawa ke baju bayi yang masih tergantung bersih. Diusap pakaian kecil itu dengan perlahan.. dia tak mampu menahan air matanya daripada gugur, kerana kesakitan yang dia rasakan begitu dalam untuk dilupakan.

Dengan perlahan Erika cuba untuk bangun dan melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berdekatan dengan dirinya. Tangan menggenggam erat baju kecil itu. Lambat-laun Erika mula bercakap dengan nada sayu.

"Princess mama...boleh maafkan mama tak? Sebab mama tak bawa anak mama ke rumah kita dan tengok...sekarang mama keseorangan tanpa anak mama...habislah semua mainan dan pakaian baby yang mama siap pilih dan beli untuk baby..."

Erika hanya baring di sofa, termenung kearah dinding dengan tatapan kosong… walaupun langit semakin gelap seiring dengan ruangan yang semakin suram juga tidak dipedulikan olehnya. Erika langsung tidak bangkit dari baringnya untuk membersihkan diri mahupun menjamu selera.

Dia merasa kosong… Menangis sehingga tiada lagi sisa air mata yang mampu dikeluarkan. Dia hanya baring di atas sofa dan menggenggam baju baby di tangannya dengan lebih erat.. Rindu, rindu nyawa kecil yang pernah menumpang rahimnya untuk sembilan bulan itu.

Selepas beberapa hari, Erika akhirnya keluar daripada bilik itu dan dia memilih untuk mengunci bilik tersebut.. Iaitu bilik yang penuh dengan kenangan, kenangan si kecil yang tak sempat disambut.

Erika terus mengusap air matanya apabila titisan jernih itu mengalir di tulang pipi. Lekas wanita itu bergegas untuk mandi sebelum memasak makanan untuk dirinya. Meskipun tiada selera, tapi Erika paksa dirinya untuk menelan makanan itu supaya kulit wajahnya tidak kelihatan pucat. Dia tidak mahu kedua-dua orang tuanya risau apabila esok dia kembali ke sana.

[IN EDITING] Love Written In Fate Where stories live. Discover now