"Atuk,esok Anggun nak pergi hiking dekat gunung belakang rumah boleh?...Anggun dah habis belajar,ingat nak teroka sikit tempat Anggun berkongsi kenangan dengan arwah mama,papa."ujar Anggun kepada atuknya.Bosan pula hidup lepas tak ada benda nak dibuat.Rasa macam baru minggu lepas hantar assigment dekat prof.
Zaman memandang cucunya.
"Kamu baru balik semalam,tak nak spent time dengan atuk dulu?ingat Anggun balik ni hilanglah sikit bosan atuk duduk fumah ni sorang-sorang"Zaman membuat ayat sedih...padahal takut.Kalau Anggun ada,janda sebelah rumah dia ni malu sikit nak kacau dia.Rosmah,rosmah....dia menggeleng kepala."Eleh,yalah tu bosan.Nanti Anggun panggil Nek Mah tolong teman atuk yee."Anggun mengusik atuknya.Bukan dia tak tahu,atuk dia ni anti betul dengan Nek Mah.Al-maklumlah...atuk dia ni setia orangnya.
Zaman mengeleng kepala."Uish takapalah,minta simpang tujuh keturunan."
Anggun terus ketawa melihat reaksi atuknya.Jual mahal betul.Nek Mah tu hati kental...dah banyak kali kena reject,tapi masih try mengorat atuknya.Pernah satu hari tu,dia tangkap Nek Mah tengah intai atuk memasak...bila dia sergah mencicit Nek Mah lari masuk dalam rumah.
Bertuah punya cucu.Zaman mendecit.
"Kamu nak pergi naik gunung dengan siapa?nak atuk temankan?"Zaman bertanya kepada cucunya.Anggun ni bukannya ada kawan.
"Atuk izinkan ke ni?"
"Yalah,kalau tak izinkan...kang masam seminggu muka tu.Lagipun mana tau tengah-tengah gunung tu tetiba jumpa jodoh"ujar Zaman dengan loyar buruknya,jodoh lah sangat.
"Hmmm iya jodoh dengan Raja Bunian atas gunung tu.Dapatlah atuk show off dekat orang kampung,suami cucu aku tu kerabat diraja"'ujar Anggun pula dengan selamba.
"Amboii mulut tu,terjumpa betul-betul kang.Jangan nak lari pula"
Anggun terus menggelengkan kepala sambil tergelak.Jangan lah...dia gurau je.
"Apa pendapat kamu untuk berkahwin,Arjuna?"
"Mengapa ayahnda bertanyakan ini?"Dia yang sedang mengacukan anak panah kepada seekor rusa itu mengerutkan dahi.
"Tidaklah,cuma terfikir mahukan cucu setelah sekian lama ayahnda turun takhta."Raja Bakti memandang anaknya kemudian ke anak panah yang dilepaskan Arjuna yang telah mengenai sasaran.Dia tersenyum bangga.
Arjuna mengarahkan bahadur-bahadurnya untuk mengambil rusa tersebut sebelum membalas kembali pernyataan ayahndanya.
"Mintalah kepada kakanda Rajuna,dia kan lebih tua".Maafkan Juna,kakanda...terpaksa menaikkan namamu dalam perbualan ini.
"Huh,kakandamu itu hanya tahu berperang.Mana nya mahu mencari jatukramanya sendiri
.Sudah berbuih mulut ini meminta."Ujar Raja Bakti kesal."Maafkan Arjuna ayahnda...Arjuna juga masih belum memikirkan hal itu.Masih banyak hal istana yang perlu diselesaikan."Arjuna menolak permintaan ayahndanya dengan halus.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu ayahnda hampa.
Raja Bakti terdiam.
"Baiklah,maafkan ayahnda jika permintaan ini berat bagimu"Raja Bakti menuntunkan ayat sedih.Trik terakhir untuk Arjuna terima.Dia yakin Arjuna akan terima.
"Ayahnda!!Jangan begitu...Arjuna pasti akan mencari bakal jatukrama Juna....tapi bukan sekarang"ujar Arjuna dengan tegas.Kalau berlembut dengan ayahndanya ini,mahunya esok dikahwinkan dia.
Bahadur-pahlawan
Jatukrama-isteri/teman hidup
YOU ARE READING
RATNA PAKAJA SI ARJUNA
Adventure"Kamu adalah ratna pakaja beta , Anggun" Ratna pakaja?Apa tu...ahhhh Anggun pening.Dia asyik mimpikan suara seorang lelaki yang baginya amat merdu didengar.Tapi itulah,bila asyik termimpikan benda yang sama dalam bulan ni,pusing juga dia.Nak tanya...