TIGA

8 1 0
                                    

Rajuna terleka melihat perlakuan seorang gadis yang baginya amat menarik.Dia mengerutkan dahi.Jika setapak lagi kaki gadis tersebut mengundur,gadis itu pasti akan terjatuh.Tanpa berlengah dia terus menuju ke arah gadis tersebut....tepat seperti yang dia fikir...gadis tersebut tergelincir.Mujur tangannya ini sempat menahan belakang badan si gadis dari terjatuh.

Matanya mula menerawang ke segenap wajah gadis yang memejamkan matanya rapat.Sungguh jelitawan dengan kulitnya yang kemerahan akibat cuaca yang agak panas.

"Kamu baik-baik sahaja gadis berselendang hitam?"Kenapa dia menggelarkan gadis berselendang hitam?asbab gadis yang diselamatinya ini memakai selendang berwarna hitam.Sungguh sopan dipandang.

Anggun terkedu.Astafirullahalazim...dia kembali tersedar dari lamunan sebelum menjauhkan dirinya sedikit daripada lelaki yang menahannya dari terjatuh.Satu perkataan yang dia dapat gambarkan tentang lelaki ini.Menawan.

"Err ya,saya baik-baik sahaja"ujar Anggun gugup.Sah...dia memang dah termasuk dunia bunian.Mulut Atuk ni masin betul.Huwaaaa kan dia dah terjumpa lelaki bunian.

"Bagaimana engkau boleh berada disini?tempat ini begitu jauh daripada kawasan kampung"Rajuna hairan.Adakah gadis ini tinggal di dalam hutan atau hanya datang untuk mencari hasil hutan untuk dijual.

Anggun terkedu.Macam mana dia nak cerita niii?Agak-agak lelaki dekat depan dia ni akan bunuh dia tak kalau dia cakap dia bukan berasal dari dunia ini.

Melihat kebisuan gadis di hadapannya,Rajuna kembali bersuara."Janganlah engkau bimbang.Aku adalah orang yang baik...melihat pakaianmu ini,pasti kamu bukan berasal dari sini kan?"

"Namaku Rajuna"dia mula memperkenalkan diri

"Nama saya Anggun.Saya juga tidak tahu dimana saya berada."Anggun keliru....dia tak nak bagitahu hal sebenar.Lepastu macam mana dia nak berbohong dekat lelaki yang bernama Rajuna ni.

Rajuna mengerutkan dahi. Adakah gadis ini telah disedut oleh angin Sirna seperti yang dia kaji?.Angin Sirna ialah angin yang tiba-tiba muncul dan telah menyedut semua pohon dan binatang di Anungkasakti.Lebih teruk lagi semua pohon dan binatang tersebut tidak lagi ditemui.

"Adakah kamu juga telah disedut oleh angin Sirna?"ujarnya dengan ragu...

Angin?Ehh betullah kan angin yang sedut dia?...."Apa maksudmu dengan juga?adakah angin ini telah menyedut ramai orang?"ujar Anggun dengan sedikit terkejut.Angin Sirna? yang dia belajar dekat sekolah ada angin El Nina,La Nina....agaknya angin memang spesies ada 'na' kot dekat belakang.

"Jadi benarlah kamu disedut oleh angin itu?"

Melihat anggukan dari gadis tersebut membuatkan Rajuna kembali bersuara."Tidak begitu juga...ini adalah kali pertama aku menjumpai manusia yang disedut oleh angin ini.Selalunya hanya pohon dan binatang yang menjadi mangsa"

"Jadi saya boleh pulang semua ke kampung?"

"Sudah tentu,dimana tempatmu?biar aku hantarkan"dia mula menawarkan pertolongan.Setakat nak hantar gadis ini pulang hanyalah perkara biasa.Anungkasakti tidaklah besar mana.

Dengan gembira Anggun memberitahu alamat kampung atuknya."Kampung Baharu,Kedah"

Rajuna kembali mengerutkan dahi. Dimanakah itu?dia tahu semua tempat di Anungkasakti.
"Dimanakah itu,sejujurnya aku tidak pernah mengetahui kewujudan tempat yang kamu sebut ini di Anungkasakti"

"Kedah lah....takkan tak tahu Kedah dekat mana?"Jangan cakap lelaki bunian ni tak tahu pula.Time-time macam ni lah Anggun rasa peta Malaysia tu penting.Lol,Anggun rasa nak tepuk dahi.Mungkin lelaki tersebut maksudkan tempat yang dia duduk dekat Anungkasakti ni bukannya dekat Malaysia.Memanglah dia tak tahu.

"Adakah kamu sedikit pusing akibat disedut oleh angin Sirna?"Mungkin gadis ini hilang ingatan,hanya itu yang berada di benak Rajuna.

Melihat kebisuan si gadis,Rajuna kembali bersuara."Mari aku hantar ke Bandar Suing,mungkin kamu akan mengingat sesuatu"

"Bandar Suing?"

"Ya.Bandar untuk orang melakukan jual beli,ramai pedagang disitu untuk menawarkan barang berharga dengan emas dan perak."

"Rajuna,angin Sirna itu hanya menyedut barang di sekitarnya hanya di Anungkasakti?tidak di dunia lain?"Anggun menyuarakan persoalan yang bermain di mindanya sejak tadi.

"Hanya di Anungkasakti.Lagipula dunia lain mana maksudmu?dunia bunian?"sempat terselit gurauan di hujung ayatnya.

"Awak bukan bunian!?"dengan terkejut Anggun bertanya.Jawapan dari Rajuna membuatkan dia terkedu.Dah kalau Rajuna bukan bunian...Rajuna ni spesies apa?homosapiens macam dia juga?tapi tempat yang Rajuna sebut tak wujud.

"Gila!.Aku hanyalah manusia biasa yang dicipta dari tanah"itulah jawapan Rajuna sebentar tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RATNA PAKAJA SI ARJUNAWhere stories live. Discover now