BAB 9

23 0 0
                                        

Qarizh merasa sukar untuk bernafas walaupun tiada sesiapa yang mencekiknya. 'Kenapa pulak ni? Ergh.' soal Qarizh dalam hati. Qarizh menumbuk dadanya sendiri. Akhirnya dia mampu bernafas seperti biasa. Qarizh duduk sambil menekap perutnya. Luka tikaman dan pukulan dua hari lepas masih belum pulih.

Pintu bilik tersebut dibuka, Koishi masuk ke dalam lalu menutup pintu tersebut. Dia menoleh ke arah Qarizh yang sedang duduk bersandar pada dinding. Dia mendekati Qarizh lalu melutut di hadapan Qarizh. "Macam mana?" soal Koishi dengan senyuman sinis. Qarizh meludah pada wajah Koishi. Koishi mengelap mukanya.

Koishi mencekik Qarizh lalu mendekatkan dirinya dengan Qarizh. "Apa lagi kau nak buat pada aku, Koishi?" soal Qarizh. "Aku nak tengok kau terseksa, Qarizh." balas Koishi lalu menghentam kepala Qarizh dengan kuat ke dinding. Qarizh mengetap giginya, menahan sakit.

Koishi sedang duduk di meja kerjanya sambil menulis sesuatu di dalam sebuah buku. Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilik tersebut. "Masuk." kata Koishi. Seorang askar Jepun masuk ke dalam bilik itu. "Tuan, Jeneral Akashi ingin berjumpa dengan tuan." kata askar Jepun itu. "Baiklah, benarkan dia masuk." balas Koishi. "Baik tuan." ucap askar Jepun itu lalu berjalan ke arah pintu dan membukanya.

Seorang lelaki masuk ke bilik tersebut. " Apa khabar, Leftenan Jeneral Koishi?" soal Jeneral Akashi. "Baik, tuan. Kenapa tuan datang ke sini?" soal Koishi. "Aku dengar kau dah berjaya tangkap sasaran kita, betul ke?" soal Jeneral Akashi. Koishi mengangguk lalu menoleh ke arah Qarizh, begitu juga dengan Akashi. Koishi berjalan ke arah Qarizh lalu memaksa pemuda itu berdiri. Koishi menahan kedua-dua belah tangan Qarizh di belakang tubuh pemuda itu. 

Qarizh meronta untuk melepaskan diri tetapi usahanya sia-sia. Jeneral Akashi mendekatkan dirinya dengan Qarizh. "Kau ni boleh tahan juga ya untuk simpan rahsia selama ini." kata Akashi lalu menampar Qarizh dengan kuat. Koishi menendang belakang lutut Qarizh untuk memaksa Qarizh melutut. Koishi mengambil rantai di atas mejanya lalu mengikat kedua-dua belah tangan Qarizh. Koishi berdiri di sebelah Akashi, "Tuan nak buat apa dengan dia silakan, saya takkan halang." kata Koishi kepada Akashi. Akashi tersenyum sinis mendengar kata-kata Koishi. 

Akashi menolak Qarizh jatuh terlentang lalu memijak perut pemuda itu dengan kuat. Qarizh mengerang kesakitan. "Kau cukup kuat, Qarizh. Aku dan Koishi kagum dengan ketahanan kau sewaktu dia seksa kau." kata Akashi. Akashi menumbuk dada Qarizh dengan kuat bertubi-tubi. Darah merah tersembur keluar daripada mulut Qarizh. "C-Cukup... L-Lepaskan aku..." kata Qarizh sedikit perlahan. Akashi berhenti, kemudian dia mengeluarkan pedang katananya lalu menusuk bahu kanan Qarizh. Qarizh mengerang kesakitan, darah memancut keluar daripada bahunya. Akashi menarik keluar pedang katananya daripada bahu Qarizh. Dia beralih daripada Qarizh lalu Koishi pula yang mendekati Qarizh.

Koishi merendahkan badannya lalu menyentuh luka di bahu Qarizh. Qarizh mengetap giginya, "Jangan s-sentuh aku, Koishi." kata Qarizh. Koishi mencengkam luka pada bahu Qarizh dengan kuat. Qarizh menjerit, terlalu sakit! Koishi melepaskan bahu Qarizh lalu melihat tapak tangannya berlumuran darah. Kemudian dia melihat ke arah Qarizh. Qarizh menutup matanya dengan nafas yang turun naik menahan sakit. Koishi memusingkan tubuh Qarizh lalu membuka rantai pada tangan Qarizh.

Koishi dan Akashi melihat Qarizh yang kepenatan dan kesakitan terlantar di hadapan mereka. "Aku tak sabar nak tengok kau kena seksa dengan Koishi lagi, Qarizh. Jumpa lagi." kata Akashi lalu keluar dari bilik tersebut. Koishi mendekati Qarizh, "Qarizh, aku nak tanya kau. Kau bertahan selama ni untuk siapa?" soalnya lalu mencabut lambang RAMD dari lengan kanan Qarizh. "Bagi lambang tu balik, Koishi." balas Qarizh. "Jawab soalan aku dulu." kata Koishi. "Aku cakap... Bagi balik lambang tu, Koishi!" jerit Qarizh lalu menerkam Koishi. 

Belakang tubuh Koishi terhentak pada dinding. Qarizh mencekik Koishi sambil mencuba untuk merampas semula lambang RAMD dari tangan Koishi. Koishi meletakkan sebilah pisau di leher Qarizh, "Kau bergerak sekali aku bunuh kau dulu." katanya sambil tersenyum sinis. Qarizh mengetap giginya, "Kau memang saje nak aku masuk perangkap kau." kata Qarizh. Koishi tertawa kecil, "Ya, memang pun." balasnya. Sudah hampir 5 minit, Qarizh dan Koishi berada dalam posisi tersebut. Qarizh melihat ke arah lambang RAMD miliknya di tangan kiri Koishi lalu menatap Koishi semula. 'Aku dah tak mampu tahan lagi dengan lelaki ni. Apa nak jadi lepas ni jadi lah, tapi aku nak lambang tu balik!' kata Qarizh dalam hati lalu bergerak dengan drastis dan merampas semula lambang daripada Koishi. Tapi Koishi juga bertindak pantas dengan menyiat lengan kanan Qarizh. Qarizh mengerang kesakitan, tetapi dia tidak peduli kerana dia dah dapat lambangnya semula.

Koishi mencengkam kolar belakang baju Qarizh. "Kau berani menempah maut ya, Qarizh. Aku kagum." katanya lalu melempar Qarizh ke dinding yang sama dari awal Qarizh berada di situ. "Kau boleh seksa aku Koishi, tetapi kau tak boleh ambil benda melambangkan aku anggota tentera Malaysia." jelas Qarizh. Koishi berdecit, "Aku tak peduli, Qarizh. Ingat selama kau kat sini, aku akan seksa kau sampai kau beritahu aku segala-galanya pasal rahsia kerajaan kau." balas Koishi lalu meramas rambut Qarizh.

TAWANAN YANG DISEKSA (Complete) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang