Epilogue

790 60 1
                                    

  FAYYADH memeluk Amilya dari belakang. Kepala disandarkan pada bahu Amilya. Amilya meletakkan tangannya di atas telapak tangan besar milik Fayyadh.

  Mata Amilya dipanahkan ke hadapan. Angin malam menyapa lembut wajah mereka berdua. Baju sejuk oversized yang dikenakan oleh Amilya beralun dengan lembut.

  "Cantik kan bintang tu?" Soal Amilya.

  Fayyadh mengangkat wajah, matanya bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh isterinya.

  "Cantik, tapi tak boleh kecantikan dengan kelawaan isteri abang ni!" Bisik Fayyadh lembut di hujung telinga Amilya.

  Amilya hanya tertawa bahagia. Mereka sedang bercuti di Tokyo, Jepun, tetapi Luthman tidak dibawa bersama dengan mereka. Luthman ditinggalkan bersama dengan nenek dan atuknya.

  Umi dan abi tidak membenarkan mereka membawa Luthman sekali. Nak bermain dengan cucu katanya...

  Amilya memutarkan badannya menghadap Fayyadh. Telapak tangannya bergerak menyentuh pipi sang suami.

  Fayyadh hanya memandang kelakuan isterinya itu dengan bahasa bisu. Hanya tangannya sahaja yang bergerak memeluk tubuh mungil Amilya.

  "Lia cintakan abang..." ujar Amilya dengan penuh kasih dan sayang.

  "Abang pun cintakan wifey abang ni. More than words can discribe, more than you know..." balas Fayyadh sebelum dia memandikan seluruh wajah Amilya dengan ciuman sayang.

  "Lia nak bagi abang hadiah."

  "Hadiah?" Amilya mengangguk.

  "Tutup mata dulu!" Arah Amilya membuatkan Fayyadh tergelak kecil sebelum menutup matanya.

  "Nah!"

  Fayyadh membuka matanya, wajah terkejut turut muncul di mukanya... ini kan...

  "Wifey..."

  "Hm?" Amilya memandang wajah Fayyadh dengan senyuman.

  "Is this true?" Soal Fayyadh sekali lagi.

  Amilya mengangguk.

  "Alhamdulillah, sayang!" Akhirnya air mata jantan Fayyadh tumbang ke pipi.

  Tangannya masih lagi memegang pregnancy test yang diberikan oleh Amilya sebentar tadi.

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [COMPLETE]Where stories live. Discover now