Akhirnya..setelah 5 bulan bertunang, hari yang di nanti-nantikan Ziyad dan Fayha sudah tiba.
Jam menunjukkan sudah hampir pukul 10 pagi. Fayha yang sudah siap bersiap itu memandang dirinya di hadapan cermin. Wajahnya yang sudah disolek ala-ala 'bronze look' yang menghiasi wajah, dress putihnya yang tersarung elok di tubuh, tudungnya yang kemas, inainya yang merah dan sejambak bunga yang bertemakan warna peach, putih dan beige. Sungguh dirinya berasa gementar saat ini. Dalam beberapa minit sahaja lagi dia akan menjadi isteri orang.
Tok
Puan Khadijah membuka perlahan pintu bilik Fayha. Fayha bersalaman dengan bakal ibu mentuanya itu.
"MasyaAllah..cantiknya menantu umi ni.." Puji Puan Khadijah beserta dengan senyuman lebar di bibir. Memang benar Fayha kelihatan sungguh cantik hari ini.
"Eh..takde lah.." Fayha tersenyum kekok sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Puan Khadijah mencuit lembut lengan Fayha.
"Ni lah orang cantik. Dah tahu diri tu cantik, tak mahu mengaku." Perli Puan Khadijah. Fayha hanya tersenyum. "Eh mari-mari lah turun. Takut tak kahwin kamu harini. Kesian anak umi, tak sabar dah tu." Fayha ketawa kecil sebelum mengikut Puan Khadijah turun ke bawah.
Perkara pertama yang dia lihat apabila sudah sampai dia bawah ialah Ziyad yang sedang duduk di lantai beralaskan sebuah kusyen. Ziyad memakai satu set lengkap baju melayu berwarna putih. Wajahnya yang tampan itu sentiasa menyerlah.
Fayha mengambil tempat di atas pelamin. Segala perasaan ada di dalam dirinya. Bahagia, gementar, takut, syukur, segalanya lah.
"Relax brother. Aku tahu lah kau tak sabar nak jadi adik ipar aku tapi relax bruh." Usik Faqri yang sedang duduk di hadapan Ziyad. Ziyad hanya memberikan jelingan maut. Kacau mood aku betul lah setan ni.
Akhirnya apabila semua orang sampai dan bersedia, maka akan mulalah akad nikah.
"Sedia Ziyad Qadry?" Soal Faqri yang sudah gementar itu. Ziyad mengangguk dengan yakin.
"Ziyad Qadry bin Mohd Qayyum Mustaffa."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan adik perempuanku Nur Fayha Adelisha binti Mohd Faris dengan mas kahwinnya 5000 ringgit dan seutas gelang."
"Aku terima nikahnya Nur Fayha Adelisha binti Mohd Faris dengan mas kahwinya 5000 ringgit dan seutas gelang."
"Sah?" Soal Faqri pada para saksi.
"Sah." Jawab saksi tersebut.
"Alhamdulillah." Ucap semua yang berada dalam majlis itu serentak. Kemudian, doa dibacakan.
Ziyad naik melabuhkan punggung bersebelahan Fayha. Puan Khadijah tersenyum melihat anaknya sudah bergelar suami orang.
"Assalammualaikum bidadari Ziyad." Sapa Ziyad beserta senyuman nakal di bibir apabila melihat Fayha yang menundukkan kepala. Fayha mengangkat kepala untuk memandang Ziyad. "Waalaikumussalam syurga saya." Wajahnya sudah merah padam dek akibat malu.
"Woi! Nak bersweet-sweet tu nanti lah! Cepat sikit aku lapar dah ni!" Faqri menjerit di khalayak orang ramai. Fayha dan Ziyad menghantar jelingan maut pada Faqri yang menayang riak selamba sahaja.
Ziyad menyarungkan gelang dan cincin pada Fayha. Sama juga dengan Fayha tetapi hanya cincin sahaja.
"Salam, wifey."
Fayha mengetap bibir sebelum menyalam tangan Ziyad dan dikucup. Ziyad tersenyum nipis sebelum dia mengucup perlahan dahi licin Fayha.
Setelah selesai majlis, jam menunjukkan pukul 2:45 petang. Ziyad dan Fayha menuju ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Ziyad sudah memasuki bilik dahulu sebelum Fayha. Apabila Fayha sudah masuk, Ziyad menutup pintu dan mengepung Fayha.
"A-awak..kenapa..?" Terus berubah cemas wajah Fayha apabila keadaan dia dengan Ziyad begitu rapat.
"Cat got your tongue, sayang?" Bisik Ziyad bersama senyuman nakal. Tawa kecil juga terlepas di hujung bicara.
"Ziyad lepas lah.." Fayha cuba menolak dada Ziyad namun seinci pun Ziyad tidak bergerak. Ziyad menayangkan muka mengejek.
"Nasib baik dah lambat untuk zohor, kalau tak memang aku tak lepaskan kau." Bisik Ziyad sebelum kucupan ringkas diberikan di pipi Fayha. Lalu dia pergi menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
"Astaghfirullah...MasyaAllah... Alhamdulillah.. eh?" Fayha mengusap dadanya. Suka pulak eh kau. Langkah di atur menuju ke meja solek sebelum tudung shawlnya di cabut, melepaskan rambut ikal mayangnya itu. Setelah dia selesai, Ziyad pun keluar dari bilik air. Mata mereka bertembung selama beberapa saat sebelum Fayha melarikan pandangan.
"Damn, you got gorgeous hair, sayang." Puji Ziyad ikhlas, senyuman terhias di muka. Fayha senyum sebelum berlari anak masuk ke bilik air.
Setelah selesai menunaikan solat zohor mereka bersalaman.
"Terima kasih sudi jadi imam saya, hubby." Fayha senyum manis sebelum kekura Ziyad di kucup sekilas.
"Aik? panggil apa tadi?" Ziyad memandang wajah si isteri dengan serius.
"Kenapa? Awak tak suka?" Soal Fayha balik, polos.
"Suka. Call me that always. Okay, sayang?"
"Okie, hubby." Ziyad mencuit ke dua-dua belah pipi Fayha. Mereka berdua tertawa bahagia.
"Oi! Sudah-sudahlah tu bersemut! keluar makan lah wahai shrek dan fiona." Jerit Faqri dari luar pintu bilik mereka sambil mengetuk pintu tersebut.
tchh
"Ish! ye lah, kejap beban!" Jerit Ziyad pula dari dalam bilik. Mulutnya terkumat-kamit memaki kawan baiknya, eh lupa dah jadi abang ipar.
"Kutuk aku lah tu! Bagi tahu umi!" Balas Faqri balik. Eleh padahal itu umi Ziyad bukan umi dia tapi ada dia kesah? oh tentulah tidak.
Rindu Risa takk? Hehehehe sementara ada masa dan semangat kita cuba pecut sis! Lol I'm talking like I don't have an exam on Monday🤪
YOU ARE READING
Ziyad's Priority (OG)
RomanceZIYAD QADRY > Seorang jejaka yang merupakan leftenan jeneral TUDM, pendiam, berkerja keras dan tidak menunjukkan minat terhadap wanita. Rupa parasnya yang kacak dan sifatnya yang lemah lembut itu menjadi kegilaan para wanita. NUR FAYHA ADELISHA > Se...