PROLOG

7 1 0
                                    

PROLOG

The other night, dear,
As I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms.
When I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried.

You are my sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away

I'll always love you and make you happy.
And nothing else could come between
But if you leave me to love another,
you'd have shattered all of my dreams.

You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.

PROLOG

Seorang budak lelaki 10 tahun sedang memicingkan matanya yang masih mengantuk ke arah adiknya yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Lalu dia mendudukkan diri sambil bersandar pada kepala katil besi. Entah apalah tujuan adiknya datang malam-malam buta ni. Dahlah gelap. Nasib baik dia belum betul-betul tidur lagi.

"Abangg.." merengek si adik menghampiri si abang.

Dan si abang menyahut malas, sekadar melayan. "Hm.. Kenapa?" sambil menggosok-gosok mata yang berat.

"Lil tak boleh tidurr.."

Nah, itu rupanya. Adiknya yang berumur empat tahun itu tidur bersama ibu dan abah mereka, tetapi acap kali juga datang ke biliknya setiap kali terjaga tengah malam. Kadang-kadang sampai 2-3 pagi tidurnya terganggu. Tetapi demi adik, dia bangunlah jua walaupun esok harinya dia perlu bangun pagi untuk ke sekolah. Terfikir untuk menyuruh si kecil itu mengejut sahaja ibu jika susah mahu tidur tetapi cepat-cepat dipangkah niat itu kerana tidak mahu menganggu ibu dan abah pula hanya sebab hal yang remeh.

Maka, dalam samar-samar malam Amril mengajak Azril mendekatinya, menyuruh adiknya duduk di sebelahnya di atas katil.

"Mari sini dekat abang."

Si kecil akur sambil mengusap bawah matanya. Lantas dibaringkan tubuhnya di pundak si abang. Mereka perasan, Azril mudah terlelap dalam pelukan hangat abangnya, ibarat abangnya itu bantal golek pula.

"Kali ni kenapa pulak?"Amril menduga. Tahu sangat Azril ingin bercerita sesuatu setiap kali jadinya insomnia itu.

"Tadi Lil mimpi."

"Hm? Mimpi apa? Seram ke?"

"Haah." Polos si kecil mengangguk sambil merenung abang kesayangannya. "Lil mimpi Lil dengan abang pergi rumah hantu. Lepas tu ada hantu dekat dinding."

"Lah? Haha." Tak tahan, tertawa jua. "Siapa suruh pergi rumah hantu? Memang lah ada hantu."

Dapat bayangkan suasana dalam mimpi Lil. Rumah hantu yang usang dan gelap, lepas tu ada hantu intai-intai.

"Lil takutt.. Lil tak boleh tidur." Omelnya dengan mulut herotnya yang comel. Dipintal-pintal hujung baju biru Amril.

"Takpe. Abang kan ada? Takde hantu yang boleh kacau Lil." Amril memujuk seperti hero. Selama ini dialah hero kepada satu-satu adiknya itu, setakat ini.

"Abang.."

"Hm?"

"Nak abang pasang lagu 'You are My Sunshine'."

Ah, lagu tu. Lagu kesukaan Lil yang sering dia pasang setiap kali untuk menenangkan hati adiknya itu. Bila adiknya tak boleh tidur, lagu itu lah yang mendodoikan. Bila adiknya menangis, lagu itu yang memujuk. Bila adiknya bosan, lagu itu lah yang meneman. Boleh dikatakan lagu itu ibarat teman setia adiknya dari umur 2 tahun.

KAMU SINAR MATAHARIKU - YOU ARE MY SUNSHINEWhere stories live. Discover now