BAB 4
SUASANA di padang sekolah yang gelap. Hanya dibantu dengan lampu neon yang sedikit menerangkan pemandangan yang samar-samar. Terlihat dua orang pelajar tingkatan 4 melepak di tepi padang di belakang dorm lelaki. Bunyi unggas saling bersahutan menandakan malam makin larut. Yelah, sudah pukul 12 tengah malam. Memang berlumba-lumba lah serangga-serangga malam itu mencari makanan tanpa diganggu oleh puak manusia.
"Kenapa kau nak tolong aku? Kau bukannya kisah pun pasal aku?"tanya Faizul tiba-tiba seakan masih berdendam dengan kata-kata Lil siang tadi.Dia dari tadi mencari cara untuk menyelesakan diri di atas rumput-rumput tajam itu sedangkan Lil di sebelahnya boleh pula selamba menikmati suasana malam dengan gembira.
Lil menoleh apabila mendapat soalan itu. "Tolong kau? Haha Mana ada."dalihnya sedikit mengeluarkan tawa kecil.
"Aku mana pernah tolong kau."tambahnya agak menghiris hati Faizul.
Faizul memeluk lututnya dengan lebih rapat. Agak terasa dengan kata-kata selamba Lil.
"Habis tu, sekarang ni apa?"duganya masih tak puas hati.
"Aku kan roommate kau? Kau dapat nombor 8 kan tadi?"soalan dibalas dengan soalan. Dari tadi matanya asyik meliar di segenap kawasan padang luas dengan ada gelanggang di sebelahnya.
Faizul mengeluh. "Kalau kau taknak jadi roommate aku, kau boleh je minta tukar dengan orang lain. Tak payah la cakap macam orang pasrah."bebelnya namun lain pula perhatian Lil. Agak lama cadangan Faizul tergantung sepi, apabila dia menoleh, tersentap hatinya melihat lelaki itu sedang riang meliar-liarkan mata memandang kawasan gelanggang.Apabila diamati, itu gelanggang...
"Weh Izul, aku dah boleh imagine aku main basketball dekat situ."tiba-tiba tanpa memberi isyarat topik lain pula yang keluar. Lelaki itu boleh mengajaknya membahas tentang aktiviti lelaki itu di gelanggang bola keranjang di hadapan mereka. Drastik mata Faizul meluas.
Gelanggang basketball?? Ingat aku kisah kee???
"Apa kau ni! Aku tengah cakap pasal benda lain kan tadi??"tempelak Faizul geram. Kalau begini lah layanan lelaki itu ke atasnya, dia lebih rela menerima hukuman itu seorang diri walaupun dia takut gelap.
"Alah Izul.."
"Izul??? Siapa pulak Izul? Aku Faizul!"
Tergelak Lil makin menambah perisa geram dalam hati Faizul. "Alah, rileklah. Sedap apa nama Izul?"
"Malas aku nak layan kau!"rajuk. Izul, Izul. Suka hati dia je ubah nama orang seperti itu.
"Nanti bila kita dah habis orientasi ni, aku nak ajak kau main basketball dengan aku."cadang Lil seraya memandang wajah lelaki bercermin mata jenama Kaoli itu.
Terus Faizul buat muka cemberutnya, seolah-olah tidak berminat langsung dengan pelawaan Lil. "Basketball? Sorry, aku tak minat."mentah-mentah dia menolak.
"Kau minat sukan apa?"
"Sorry, aku tak minat apa-apa sukan."tegas.
"Okey..."
"Eh, kau ni kan. Aku nak tanya kau sekarang."
"Apa??"
"Kau memang tak sedar eh apa diorang buat dekat aku selama orientasi ni?"
Namun, Lil diam. Siapa sangka, soalan maut Faizul itu membuatkan mereka berdua saling memandang lama?
"Sedar."
"Habis tu?"
"Habis tu, apa?"
"Kau takde rasa apa-apa langsung dekat aku??"
Sekali lagi Lil diam. Dia nampak seperti enggan menjawab soalan Faizul itu.
"Kalau kau jadi aku, dan aku jadi kau, apa yang kau akan buat?"tak semena-mena soalan Faizul itu dibalas dengan soalan juga daripada Lil. Agak terbeliak mata Faizul merenung Lil di sebelahnya.
"AKU AKAN TOLONG KAU LAH."
"Itu kau. Kalau aku tak."
Terdiam Faizul. Sebenarnya dia tidak faham apa maksud yang ingin diberitahu oleh lelaki bernama Azril itu.
"Takde benda lain yang lebih kuat, berbanding diri aku sendiri. Kalau kau tolong aku sekalipun, kalau aku taknak kuatkan diri aku, aku tetap akan lemah. Kalau aku taknak ubah nasib malang aku, walau seribu orang menolong, aku tetap takkan ubah takdir hidup aku."
"Kau-"
"Kau rasa, kalau aku tolong kau bangkit, aku akan selama-lamanya ada dengan kau?Tak, kan? Bila kau pergi tempat lain, atau paling clear, lepas kita habis sekolah, kau yakin aku akan ada dengan kau untuk tolong kau?"
Dugaan itu membisukan Faizul. Dia tidak jangka begitu jawapan lelaki yang bakal menjadi teman sebiliknya itu. Mahu sahaja dia membidas kerana tidak mahu kalah, namun dia sendiri kelu demi mencari idea untuk diberikan.
"Kalau kau tak kisah, fine. Aku boleh tolong kau."pandangannya beralih semula ke arah gelanggang.
Aku nak kau tolong aku, bodoh! Namun tidak terkeluar daripada kerongkong Faizul.
"Aku boleh tolong kau. Takde masalah."diperhati lelaki itu yang membaringkan tubuh berlapikkan lengannya. Mata menghala ke arah langit yang penuh dengan bintang berkedipan.
"Tapi aku tak jamin kau boleh bangga dengan diri kau kalau aku tolong kau. Boleh?"Lil memandang semula wajah Faizul yang masih memeluk lutut. Samar-samar wajah Faizul masih terkedu dengan pelawaannya.
"Ke..kenapa pulak aku tak boleh bangga dengan diri aku kalau kau tolong aku?"baru kali itu berjaya dia mempertikai kata-kata Lil yang baginya tidak begitu masuk akal.
Dia Cuma mahu lelaki itu membantunya melawan pembuli. Dia akui lemah dan belum mampu melawan orang yang lebih hebat daripadanya.Jadi kenapa Lil mengatakan dia mungkin boleh menyesal kalau meminta tolong lelaki itu melindunginya daripada pembuli?
"Kau fikirlah sendiri."setelah beberapa saat berjeda, Lil menjawab acuh tak acuh. Rasa bengkek Faizul menerima jawapan daripada lelaki yang lebih tinggi dua inci daripadanya itu.Kalau begini lah jadinya, dia fikir lebih baik dia berputus asa daripada awal sahaja.