BAB 2

5 1 0
                                    

BAB 2

Orientasi – Program Mesra Pelajar Baharu - sedang berjalan. Namun, mental Faizul hampir kering sepenuhnya dijemur oleh senior-senior yang asyik menjadikan dia sebagai sasaran. Entah dia nampak paling lemah berbanding pelajar-pelajar lelaki yang lain, semua orang asyik mahu membulinya sampai boleh buat dia jadi tak betul. Dia, lelaki sayur dengan cermin mata tebal lagak lelaki nerd.
               "Kau Faizul, basuh kasut aku ni sampai berkilat!"suruh salah seorang senior yang juga merangkap fasilitator yang sepatutnya menyambut pelajar baru dengan mesra dan berhemah. Tetapi dengan dia, layanan itu ibarat langit dengan bumi.
               Sipi-sipi mata Faizul menjeling kasut hitam yang agak kotor itu. Tidak berani dia mahu bertentang mata dengan pemilik mata helang itu, yang sentiasa ada radar untuk mencari mangsa untuk dibuli.
               Dua pasang kasut itu disambutnya takut-takut. Selepas ini dia sudah ada tugas membersih kasut itu hingga berkilat. Jika tak berkilat, bersedialah dia untuk berlapar kerana dihalang daripada mendapat makanan seperti orang lain.Faizul mengangguk perlahan sekaligus memujuk senior rambut kerinting itu pergi dari situ.Dia dengan lemah mengusung kaki anak mendapatkan baldi dengan berus yang dibeli oleh ibunya minggu lepas.Dia pasrah membersihkan kasut itu di bilik air selepas ini.
               Baru Faizul ingin melangkah keluar daripada biliknya, dia terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki dormnya yang sedang meratah dirinya dengan pandangan kasihan, tetapi dia tahu jelak sebenarnya. Cepat-cepat kakinya dilajukan menuju ke bilik air agar tidak bertentang mata dengan pelajar-pelajar gah itu.
              "Tengok mamat tu. Dia kena buli lagi."
              "Kesian dia. Haha."
              "Nasib baik kita tak kena target."
              "Tulah. Siapa suruh muka lembik sangat? Hahaha!"
              Sakit betul hati Faizul kalau lama-lama mendengar. Kalau ikutkan hati, hari itu juga dia mahu balik ke rumah tetapi memikirkan wajah ibu dan adik-adiknya buat dia terpaksa bertahan di situ demi segenggam harapan. Dia yakin ibu kesayangannya akan punah hatinya jika dia terlalu mengikut perasaan sedihnya.
               Selepas itu, bukan sahaja dipaksa membasuh kasut, malah disuruh itu ini seperti dia hamba. Disuruh basuh baju, disuruh membeli makanan di luar, disuruh panjat pokok mangga dan bla bla. Dia rasa seperti maruahnya sudah tidak ada lagi di sekolah itu. Sepanjang hari orientasi yang dijalankan selama seminggu itu umpama mimpi buruk baginya. Lebih buruk lagi kerana itu semua bukan mimpi, sebaliknya satu realiti yang menyakitkan. Dia masih tidak mendapat seorang kawan pun di situ. Apabila waktu makan, hanya dia yang terasing makan berseorang diri. Macam manusia buangan. Lebih malu apabila ramai yang sudah perasan dengan nasib malangnya. Menjengah mata dan mengumpat sesama sendiri baik pelajar perempuan atau lelaki bagaikan dia itu pelajar paling bodoh di sekolah itu.
            Cuba dipersetankan. Suapan demi suapan nasi berlauk itu dipaksa telan meskipun dirasakan seperti makan pasir. Dalam hatinya asyik berbisik – itu adalah permulaan. Perjalanannya masih panjang di sekolah itu sehingga SPM jika dia tidak berhenti atau dibuang sekolah.
            "KORANG APA??!!"
            "Loser."
            "KORANG APA??! CAKAP KUAT SIKIT!"
            "LOSER!!"
            "Haa pandai pun!"
            Tersengih melihat pelajar-pelajar baru buat ragging di hadapan mata. Termasuk Faizul, dia dihukum bersama beberapa pelajar lelaki yang lain kerana kalah dalam aktiviti yang disediakan. Ragging pumping atas jalan tar di tengah-tengah panas. Memang menyiksakan. Pumping pula perlu sebanyak 50 kali tanpa henti. Hampir mati Faizul rasakan.
            Tiba-tiba suasana dikejutkan dengan salah seorang daripada pelajar yang rebah akibat hukuman itu. Tiga orang senior itu sudah mula cemas melihat apa yang berlaku. Kecuali ketuanya yang cuba menyembunyikan kalut.
            "Weh Ray, ada budak pengsan. Bahaya ni. Kita stop lah."suruh salah seorang kawannya sementara dua lagi cuba mengangkat pelajar itu bawa ke teduh. Hukuman ragging dihentikan serta merta melihat pelajar yang hampir 'mati' itu.
           "Korang ni LEMBIK!! Ragging sikit dah nak mati!"marah Ray tidak puas hati. Pumping masih tak sampai 20 kali, tetapi ada yang dah tumbang. Namun begitu, kerana pelajar itu, hukuman menyiksakan itu dihentikan termasuk Faizul. Sudah ada yang berkerumun ke arah pelajar yang mempunyai badan sedikit sasa itu. Faizul tidak mahu menyibuk. Dia duduk bersila di situ mahu mencari oksigen memenuhi peparunya yang kosong.Dia tidak sedar ada mata yang memerhatinya dari tadi.

...

"Weh Azril, lepas ni mintak Abang Ray ambil kita jadi budak basket dia. Ada bran?"
            Lil tersengih mendengar cadangan itu. Dia bertiga dengan dua pelajar lelaki yang kebetulan dia jumpa mempunyai minat yang sama. Mereka bertiga menuju ke arah dorm lelaki. Namun, baru mereka mahu melangkah masuk ke satu bilik, tersedar satu sosok pelajar lelaki sedang bergelumang dalam selimut di atas katil. Selimut itu bergerak-gerak, seolah-olah manusia di dalamnya sedang terhinjut-hinjut tidak tahu apa yang dibuat.
           Lil dapat agak siapa lelaki itu.Namun, dia tidak buat apa-apa.
          "Eh, tu budak yang selalu kena dengan Abang Ray tu kan?"tegur salah seorang.
          "Ye, weh! Kesian doh."
          "Biar je lah. Takde kena mengena dengan kita."tiba-tiba Lil memberi komen begitu lalu dengan selamba menuju ke almari bajunya untuk menukar pakaian sukan. Agak terlopong kawan-kawannya. Tak sangka pula Lil tiada hati perut.
           Selimut itu juga seperti berhenti terhenjut. Agaknya terkesan dengan kata-kata selamba Lil itu.
          Setelah menukar pakaian, Lil kembali kepada dua orang kawannya. "Jom. Nanti Abang Ray marah pulak."ajak Lil nampak ceria.Entah kenapa dua orang kawannya itu nampak serba salah mahu meninggalkan Faizul bersendirian di bilik itu. Kang terjumpa dengan Abang Ray, mampus budak tu.
           "Err.."
           "Sikit je orientasi ni.Takde hal lah.Esok habis la."tukas Lil. Lantas dia menarik dua tangan kawan-kawannya anak pergi dari situ.
           Pada masa yang sama, Faizul jadi kejang. Badannya jadi sakit mengingatkan dia perlu berhadapan dengan orang-orang toksik itu lagi. Hatinya berdarah apabila tiada seorang pun yang sudi rasa empati dengan nasibnya, termasuk lelaki tadi. Dia jadi marah pula dengan kata-kata lelaki tadi. Benci!

KAMU SINAR MATAHARIKU - YOU ARE MY SUNSHINEWhere stories live. Discover now