⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。˚☽˚。⋆
kalau bukan sebab lumrah alam bagi seorang perempuan untuk ada rasa suka dekat jantina lain, aku dah lama tidur membongkang macam koala pada petang ni. setakat tusyen 15 ringgit ni.. aduh.. mengeluh je kerja. takpelah, asalkan dia ada harini. semangat sikit aku nak belajar! hehe.
aku mula melajukan langkah apabila semakin menghampiri sebuah rumah banglo satu tingkat yang dijadikan sebagai pusat tusyen. bagus juga ada pusat tusyen dekat dengan rumah. jalan kaki sekejap je sudah sampai. pagar hadapan rumah banglo itu terbuka secara automatik sebaik sahaja mengimbas identitiku. heh, kerap sangat datang.
"tok, tok, tok.. boleh masuk?" tangan aku laju sahaja mengetuk pintu. ala... dia ada ke tak? hm, sunyi sepi je? mata aku melilau ke arah lubang di pintu kayu itu.
kreakk- pintu kayu itu terbuka perlahan, kepala nenek bersanggul chopstick terkeluar. mata bertentang mata, nenek itu tersenyum melihat 'gadis pukul 5 petang mesti sampai depan pintu'. "alahai cucu datang sini kenapa ye?" nenek itu memegang tangan aku sambil melihat muka aku dengan senyuman manis walaupun sudah berkedut kulitnya. "nek, dia.. ada tak harini?" aku membisik. "dia? siapa dia?" nenek mengerutkan dahinya.
aku tersengih. beriya nampak? dah tak sabar sangat nak jumpa ye? hm. "er.. takpela nek, saya masuk dulu ye."
"ooo crush iye? elelele~" nenek menepuk manja bahuku. walawei, nenek tau ke crush ni apa? bukan kaleng kaleng ye nek. nenek diam diam belajar english eh? terer betul nek. "eh, mana ada nek." aku gelengkan kepala laju laju.
"masuklah. kenapa kat pintu tu?"
suara ni- yes! yes! dia ada weh. mana eh dia? oh, dia dah duduk dekat meja la. awal juga dia datang harini. eh salah. mestilah dia ada, ni kan rumah dia! fuh, sabar sabar. adik manis, jangan gelabah sangat.
"ye ye, sabarla. nak masukla ni." aku control riak wajah, act cool lah konon. aku cabut kasut sneaker dan susun pada rak kasut di sebelah pintu. sebelum itu, aku betulkan dulu rambut ni jangan bagi terbiar terbang masuk ke dalam mulut aku. kemudian, aku meluru ke arah meja belajar di tengah tengah ruang tamu itu.
"hai" dia menyapa aku. hah, nak tahu dia siapa? dia ni lah orang yang aku tak pernah faham kenapa aku suka kat dia. dia ni biasa biasa je. tapi, kenapa lah aku boleh suka kat dia pulak. iye, dia ni lah aryan lee. bintang di hatiku. ewah ewahh. tapi itulah, dah tersuka.. pandai matematik, suara sedap je, muka pun boleh tahan juga. senang cerita macam lelaki pilihan mak mak sedunia.
"hai, harini kita nak belajar apa?" aku duduk bertentangan dia. selalunya aku kena duduk jauh.. maklumlah malu malu kucing. "kau dah makan?" aik. aku tanya lain dia tanya lain. aku menggelengkan kepala lalu mengeluarkan buku nota dan alat tulis yang aku bawa dalam tote beg putih aku. "belum? kenapa tak makan lagi?" aku tersengih. "lupa pulak nak makan tadi hehe. takpelah tak lapar pun-" dia menghulurkan sebungkus sandwich telur kepadaku.
"ambiklah. aku terbeli lebih tadi." aryan meletakkan sandwish itu di hadapan aku. entah kenapa tangan aku ni nak main sorok sorok pulak harini. "eh, takpelah" aku cuba menolak pemberian dia walaupun nampak sedap jugak sandwich tu. aku ni dah kenapa? orang memberi kita merasa, bukan menolak!
aryan menoleh ke arah aku dan mengangkat bulu kening kanannya. "tak nak?" aduh. aku ni kenapa nak buat susah. terima je lah. "ambik je. aku memang tak nak" nampaknya dia memang nak aku ambik. ambik je lah. apa susahnya? "okey, aku ambik. terima kasih ye. lain kali aku belanja kau pulak tau." aku mengambil sandwich itu dengan hati yang riang.
YOU ARE READING
siapa dia..?
Teen Fiction"entah. cuba teka. takkan tak kenal?" mereka berdua melihat antara satu sama lain dalam kebingungan. "kau ni siapa masalahnya? fikir artis ke?" apela.. main teka teka pulak. eh dia ni... takkan tak ingat aku? hilang ingatan agaknya. "tak k...