Darin menghempas kepalanya di atas riba Altezza. Lelaki itu menundukkan wajahnya sebelum pipi adiknya dicium sekilas.
Tuanie turun dari tangga bilik mereka. Dia melihat Darin dan Altezza di atas sofa sebelum kaki melangkah ke arah dua beradik itu.
'Haih , ada abang dia, terus lupa siapa suami dia. Haishh. '
Tuanie mengangkat kaki Darin yang sedang melunjur itu sebelum dia meletakkan kaki wanita itu di atas ribanya. Altezza hanya melihat Tuanie sebelum dia memanggil lelaki itu.
"Tuanie. " Sapa Altezza ringkas. Tuanie menoleh sebelum mengangkat sebelah keningnya.
"Come. "
Altezza mengangkat kepala Darin sebelum dia menyuruh Tuanie duduk dan melapik kepala Darin dengan peha Tuanie . Seperti mengubah posisinya kepada Tuanie. Sengaja mahu memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu.
Kaki di ayun keluar dari rumah, mata terus tertumpu pada kereta hitam yang terpaking di luar pagar rumah agam itu .
"Vous ne pouvez que me déranger. Mais pas avec ma famille." (Kamu hanya boleh menggangu aku . Tetapi tidak dengan keluargaku. )
Kata Altezza dalam Bahasa Perancis. Sememangnya ibu kandung mereka adalah kacukan Perancis. Jadi untuk berkata - kata dalam Bahasa Perancis... eleh dihujung jari saja.
Itu musuhnya , bukan musuh keluarganya. Keluarganya tidak bersalah dalam hal ini. Hei lah, kalau lah dia tidak belajar menjadi kejam dan bekerja di bawah lelaki yang sedang duduk di dalam kereta itu. Mesti sekarang hidupnya aman.
Isi orang di dalam kereta itu keluar sebelum melangkah mendekati pintu pagar. Siren di dalam rumah berbunyi dengan kuat. Menandakan ada penceroboh.
Tuanie bergegas keluar dari rumah selepas mendengar siren itu. Kelihatan Rofdop dan seorang lagi lelaki , siapa lelaki itu? Hanya Altezza yang tahu.
"Hi! Remember me? " Soal lelaki itu kepada Altezza.
"Hairi . " Kata Altezza perlahan. Dia bekerja dengan Hairi sebagai shoot headhunter dan diberi gelaran Acinonyx Jubatus iaitu nama saintifik bagi Citah.
Dia dapat menangkap mangsanya lebih cepat berbanding ahli kumpulannya yang lain.
"Je veux que tu travailles à nouveau dans mon groupe." (Saya mahu kamu bekerja kembali di dalam kumpulan saya. )
Kata Hairi sambil menghala tepat jari telunjuknya ke arah muka Altezza.
" Je ne retournerai pas dans un groupe prêt à tuer sa propre chair et son sang. Tu as tué ma mère ! " ( Saya takkan kembali kepada kumpulan yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Kamu telah membunuh emak saya! )
Bidas Altezza sambil menahan amarahnya.
" Kenapa bising - bising ni? " Soal Darin kepada Tuanie.
"Masuk dalam Sweetness. " Halau Tuanie lembut tetapi tegas.
"Kenapa? "
" Masuk dalam... Darin. " Kata Altezza pula kepada adik perempuan nya.
Darin masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang terpinga - pinga... tetapi kaki masih lagi setia melangkah.
"You want to work with your brother-in-law? He is just a boy who has just learned. Come join our team... otherwise, the girl will become a victim." Kata Rofdop yang sedari tadi diam.
"She's mine! "
"She's my sister! "
Kata Tuanie dan Altezza serentak.
"That makes our work easier . " Kata Rofdop sebelum mereka berdua menuju kearah kereta.
Tuanie mengeluarkan senjata pistol dari belakang seluarnya sebelum dia menembak tayar kereta itu. Altezza mengeluarkan bom tangan sebelum dibaling ke arah kereta itu.
Kalut - kalut Hairi dan Rofdop melompat mengelak percikan bom itu.
" You start the game, wait... I'll resume the game for both of you. " Kata Hairi sambil tersenyum sinis.
