DALAM suasana yang sunyi, jangan diingat tiada raksasa yang ganas...
"Tengku Ayden Iskandar!" Jerit Vea, Tengku Ayden pula sedang melarikan diri dari isterinya yang terlihat menyeramkan itu.
"Love! Abang tak sengajalah!" Tempik Tengku Ayden yang sedaya upaya melarikan diri. Akhirnya tertangkap juga.
"Aduh! Sakit!" Merona merah telinganya dicubit dan ditarik oleh Vea. Tidak lama kemudian Tengku Ayden mengeluarkan bunyi tangisan seperti kanak-kanak.
"Hikss! Sakit... sayang jahat... sayang pukul..." Tangis Tengku Ayden dengan tangan disilang ke dada. Wajahnya memandang dinding.
"Siapa suruh rosakkan album Treasure saya?! Sampai terkoyak photocard Hyunsuk abang buat!" Jerkah Vea, wajahnya sangat kelihatan bahawa wanita itu tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya.
"Sebab sayang asyik layan Hyunsuk tu aje! Tak layan abang pun! Abang nak attention sayang! Hikss... sayang jahat!" Tangis Tengku Ayden lagi.
Wajah Vea berubah lembut mendengarkan kata-kata suaminya, hatinya terus rasa bersalah dengan tidakannya sebentar tadi. Terus dia menarik Tengku Ayden rapat dengannya lalu mengusap belakang lelaki itu.
"Abang sedih, ya? Sshh... dah-dah, Vea dah tak marah..." pujuk Vea cuba untuk mendiamkan tangisan Tengku Ayden.
"Hikss... Love marah abang... love dah tak sayang abang... hikss..." Tengku Ayden menyeka air matanya dalam dakapan sang isteri.
"Daddy nangis macam budak-budak!" Marah Tengku Rayden, anak sulung kepada Vea dan Tengku Ayden.
"Ish! Kacaulah budak ni!" Tengku Ayden mencebik. Sejak tiga beranak tu lahir dia langsung tidak mendapatkan masa peribadi bersama isterinya yang tersayang. Ada aje yang datang mengacau jadi syaitan ketiga!
"Siapa suruh manja sangat?" Vea pula yang naik marah pada suaminya itu. Degil!
Setelah kepergian Hanz Rayyan keadaan Royal Empires berubah menjadi suram. Benar, mereka amat merindukan Hanz Rayyan tapi mereka tidak dapat melawan kuasa Allah.
Tengku Ayden dan Isaac Haider juga tidak seperti dulu, tidak hyper dan manis seperti dulu. Mereka sudah berubah menjadi lebih serius selepas kepergian Hanz Rayyan.
Disebabkan misi 6 tahun yang lalu gagal, mereka menjadi lebih fokus dalam misi yang akan datang, mereka tidak mahu perkara yang sama berlaku. Mahkota Royal Empires sudah kehilangan satu berlian merah.
Hanz Rayyan, pemilik berlian yang bewarna merah yang ada pada logo The Royal Empires. Logo mahkota emas dengan lima berlian tersusun. Merah, hijau, biru, ungu, dan jingga.
Merah dimiliki oleh Hanz Rayyan, lelaki yang handal dalam menggunakan pisau.
Hijau dimiliki oleh Isaac Haider, lelaki yang licik dalam bersembunyi.
Biru pula dimiliki oleh Adryyan Cassondra, lelaki yang awalnya beku dan akhirnya sama-sama jadi benak seperti Tengku Ayden dan Haider.
Ungu dimiliki oleh Fayyadh Al-Hakim, lelaki yang berhati beku, sekali kena tumbuk auto tidur tak bangun-bangun.
Akhir sekali jingga dimiliki oleh Tengku Ayden Iskandar, lelaki yang senang membuat musuh jatuh dalam perangkap dengan perangai setannya.
Jejaka-jejaka kumpulan mafia The Royal Empires yang sangat digeruni semua orang. They don't torture people, they kill 'em.
KESEMUA staff dan bodyguard menunduk hormat dengan ketibaan ketua-ketua Royal Empires termasuklah Dyler Kim dan Khai Aldow.
YOU ARE READING
My Greatest Love, Tengku Ayden
RomanceDiminta untuk membaca karya pertama iaitu "Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love" sebelum membaca cerita ini. "Aku dah tak sempurna macam dulu!" - Tengku Ayden Iskandar Betul? Atau tidak? Tengku Ayden mengalami anxiety disorder disebabkan ibu bapanya se...