Bab 5

286 25 9
                                    

Qarizh pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qarizh pov

"Tuan, jadual untuk petang ni agak padat. Tuan nak saya tangguhkan ke beberapa meeting?"

Aku melirik mataku ke cermin depan kereta di mana personal assistant iaitu Haziq, sedang memandu. Dia masih fokus mengendalikan kereta jadi aku hanya menoleh ke tingkap kereta.

"Tak perlu. Nanti ape kate Dato'. Aku paling malas nak dengar die berleter. Cukuplah die suruh aku balik Malaysia untuk jaga company dia ni buat sementara waktu."

"Baiklah Tuan. Kalau macamtu, kita singgah ke rumah Dato' Khair dulu."

Mendengar rumah milik Dato' Khair itu, aku merasa sedikit malas. Dato' Khair itu merupakan Ayah tiriku. Dia seorang yang penyayang tetapi berat sebelah dengan anak kandungnya sendiri. Sepatutnya, anak kandungnya yang menggantikan tempat nya sebagai presiden di syarikat khair itu namun entah kenapa dia ingin aku yang mengendalikannya.

Setelah sampai di rumahnya, aku keluar dari kereta dan menarik nafas yang sangat dalam. Haziq memandangku lalu mengalihkan pandangannya ke arah rumah banglo di depan kami itu. Rumah yang besar dan terlihat sangat gah itu milik Dato' Khair. Rumah ini lah juga merupakan tempat tinggalku dahulu dimana... Aku telah kehilangan seseorang yang aku sayang.

"Tuan, tuan okay tak?"

Soal Haziq kepadaku. Aku mengangkat tangan kanan ku kepadanya lalu berjalan terus ke dalam kawasan rumah tersebut. Jikalau aku terus mengelak daripada peristiwa lama ini, sampai bila-bila aku tak boleh nak hidup berdikari. Aku cuba menekan tombol loceng di pintu rumah namun ianya terbuka luas oleh Dato' Khair. Dengan senyuman lebarnya itu, dia membuka pintu itu seluas-luasnya dan menjemput kami berdua masuk.

"Oh?? Bukan ayah suruh datang malam semalam ke?"

Ayah- Dato' Khair menyoal. Aku masih belum selesa memanggilnya ayah walaupun sudah bertahun-tahun aku di bawah jagaannya.

"Semalam kan makan malam dengan keluarga. Saye taknak masak campur."

Balas ku lalu memandang wajah Dato' Khair. Dia menjeling lalu terbatuk.

"Haziq? Boleh tak saye nak cakap dengan ANAK saye privately?"

Haziq yang berdiri di sebelah ku memandang aku sambil mengangkat keningnya. Aku mengerutkan dahi ku, menandakan yang aku tidak membenarkan dia pergi tetapi dia menoleh serta merta dari pandanganku lalu memberikan senyuman kepada Dato' Khair.

"Baiklah Dato', saye akan tunggu di dalam kereta."

Balasnya dan terus berjalan keluar.

(HAZIQ!! KAU NI KAN!!)

Aku mengeluh seketika melihat perangainya yang kadang-kadang membuatku geram dengannya.

"Jangan nak salah kan Haziq lepas ni. Ayah nak cakap sesuatu dengan kamu. Mari, masuk dalam dulu."

Milik Qarizh [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now