Bab 21

48 6 0
                                    

🌼

🌼

🌼

🌼

Qarizh pov

Selesai sahaja aku membasuh kontena milik Amni itu, aku meletakkannya di atas meja. Amni yang masih tidur di samping mama itu ku biarkan sahaja kerana aku perlu ke tempat kerja. Sebelum aku berangkat, aku mencium tangan mama lalu mengusap lembut kepala Amni. Aku mula melangkah keluar dari situ dan terus ke syarikat.

Haziq yang menunggu aku di dalam kereta itu telahpun bersedia. Aku terus memasuki kereta lalu bersandar ke belakang. Haziq yang sedar akan aku terus mula memandu keluar dari hospital. Perjalanan itu agak menyenangkan bagi ku kerana mama merestui Amni, kalau ayah memang tak dinafikan... Sekarang, aku cuma perlu membawa Amni kepadaku kembali tanpa paksaan. Aku perlu bersabar...

Sesampainya kami di syarikat, aku terus mendail Dahlia kerana hari ini, kami berdua perlu menandatangani kontrak kilang bersama namun panggilannya tidak di angkat.

"Haziq, tolong inform kan dekat Dahlia punya PA aku nak book dia untuk kontrak kilang tu."

"Baik Tuan."

Selepas aku menekan tombol lift, pintu lift terbuka dengan luas dan ada kumpulan Amni di dalam bersama dengan Patrick. Aku hanya memberikan senyuman palsu ku lalu memasuki lift bersama dengan Haziq.

"Cik Mariana, meja yang telah saya tempah tu okay ke?"

Tiba-tiba Haziq mula berbual dengan Mariana di belakang. Aku hanya menjeling ke tepi lalu pandanganku tepat ke arah Patrick. Malas hendak menghancurkan mood aku sendiri. Aku hanya diam.

"O-okay je Enc-ik Haziq. T--terima kasih s-sebab teman."

"Sama-sama, kalau cik Amni ade, mungkin cik Mariana lebih selesa...."

Aku hanya tersengih mendengar Haziq berkata sebegitu. Ini kali pertama Haziq bercakap sebegitu banyak. Mungkin Mariana ini menarik di matanya.

"Em, Cik Amni tak datang hari ni. Kenape ye?"

Soal Patrick kepada Asraf. Ashraf yang sibuk berbisik kepada LeeLee itu mengeluh sambil menepuk belakang Patrick.

"Dia ade hal lah tu~ kenape? Encik Patrick rindu dia ke?"

Tergelak mereka semua. Aku menahan sabar ku namun, bukan senang~.

"Cik Amni kurang sihat. Jadi dia berehat dengan ibu saya. Jangan risau, esok dia datang kerja."

Kataku selamba. Mereka semua memberikan reaksi yang sama kecuali Patrick. Dia hanya menjeling aku dari tepi. Sedar akan itu aku berasa puas.

"Miss Amni dengan... Ibu Tuan? Kenape?"

Soal Ashraf. Aku menoleh ke belakang dan mereka semua berganjak ke belakang.

"Tatau lah. Kalau ade wanita yang rapat dengan mak kau, kau panggil tu ape?"

"Menantu."

Jawab LeeLee sambil melihat Ashraf yang telahpun menutup mulut nya. Aku tersengih.

"Dah, jangan nak gossip je. Haziq, let's go."

"Baik Tuan. Elok-elok kerja semua."

Aku berjalan dengan bangga apabila keluar dari lift itu. Entah kenapa, aku rasa diriku menang.

"Tuan Qarizh, kenape tuan cakap macamtu. Kalau dorang gossip pasal ni nanti, takkan habis Cik Amni."

"Kau ingat aku akan biarkan ke? No way Haziq."

Milik Qarizh [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now