Tok tok tok!
"Masuk!"
Fawwaz membuka pintu bilik pejabat Harith dari luar, didalam bilik itu hanya Harith sedang menaip sesuatu didalam laptopnya.
Harith mengangkat kepalanya dan bertentang mata dengan Fawwaz yang sedang berdiri tegak dihadapan pintu bilik pejabatnya.
"Ya kenapa Fawwaz?" Tanya Harith, matanya tertarik pada satu fail hitam dibawa oleh Fawwaz.
"LEX" hanya sepatah dijawab Fawwaz, dia melangkah menuju meja Harith yang terletak di tengah-tengah bilik itu.
Fail itu diletak dan ditolak kearah Harith, Harith menutup laptopnya dan diletakkan ditepi.
"Tentang apa?" Tanya Harith sambil membuka fail hitam itu.
"Family dia orang, asal usul dia orang, tanda lahir, dan kehandalam seorang-seorang"
Terang Fawwaz, LEX adalah singkatan untuk Levi, Eric dan Xavier, mereka adalah musuh ketat mereka.
Musuh yang mereka susah nak jejak, kepada musuh lain, hanya dengan sekelip mata mereka dapat jejaki mereka, tetapi LEX, sudah berbulan mereka tidak dapat jejak mereka.
"Markas dia orang?"
"Tak jumpa lagi, tapi apa yang Ahnaf dapat mereka tukar-tukar markas" jawab Fawwaz, itulah salah satu sebab kenapa mereka tidak dapat menjejaki LEX.
"Tak apa, suruh dia orang rehat buat sementara" arah Harith dan Fawwaz hanya mengangguk, Fawwaz kemudian menjejak kaki keluar daripada bilik pejabat Harith itu.
Sedang Harith membelok setiap muka surat yang ada didalam fail tersebut, dia tertarik dengan satu muka surat.
Isi didalam itu dibaca dengan teliti.
"Nur Fadwah binti Ahmad Fikri, adik kepada Levi... Interesting"
Harith meneliti setiap info tentang wanita itu, islam? Padahal setahu dia Levi itu Kristian.
Telefonnya dicapai, nombor Al-Ahnaf didail.
"Ye Tun?"
"Nanti aku share info pasal seorang budak perempuan ni, kau cari dia dengan Rayyan"
Tet!
Panggilan diputuskan oleh Harith, setelah mengambil gambar terus dihantar pada nombor Ahnaf.
Telefonnya diletak ditepi, badannya disandar pada kerusi, Harith melepaskan nafas kasar, keadaan menjadi sunyi sepi seketika.
Harith terus bangun dan mengemas barangnya sebelum menutup segala kipas, lampu dan aircond sebelum keluar daripada bilik pejabatnya, nak balik jumpa bini.
Ahnaf hanya memandang telefonnya dengan wajah bengis, belum dia sempat jawab dah putus.
Telefonnya dicampak ke tepi sofa dan mencapai laptopnya yang berada di meja kopi berhadapannya.
"Dasar boss tak guna, aku tak sempat jawab dia dah putus, dia ingat dia tu hebat sangat ke? Ish sekeh kang"
Ahnaf mengomel, ngomel-ngomel pun tangannya tetap melakukan kerja, dengan lincah dia menjejak wanita tersebut menggunakan maklumat-maklumat yang diberi Harith.
"Pap, settel, cari Rayyan, suruh dia cari si Fadwah ni, habis la kerja aku, yes!" Dengan gembira Ahnaf bangun dari duduknya sebelum mengambil kunci motornya, pantas dia keluar daripada rumahnya.
Ar-Rayyan dengan tenang menghirup kopi espresso yang dipesan tadi, kini dia berada di sebuah café berdekatan dengan rumahnya.
Sambil menghirup kopi, sambil memandang wajah seorang wanita yang dia sangat cintai didalam telefonnya.
Nabila Razali, uih dengar nama pun dah berbunga-bunga apatah lagi tengok dia berlakon.
"Haih, satu hati nanti Nabila, satu hari nanti" gumamnya, tiada angin tiada ribut, kemudian-
"Woi!"
"Woi! Nabila aku cinta!" Latah Rayyan, manakala Ahnaf sudah tergelak kecil, suka dia menyakat rakannya itu.
"Nabila ek? Tak ada Nabila hari ni, kau ada Fadwah je hari ni" kata Ahnaf setelah mengambil tempat dihadapan Rayyan.
"Siapa Fadwah? Pelakon baru ke apa?" Tanya Rayyan.
"Bukanlah bengap, ni boss suruh cari perempuan ni, aku dah dapat jejak dia, kau tinggal jumpa, culik, lepas tu biar dia mereput dalam sangkar ayam"
Kata Ahnaf sambil menghirup kopi espresso Rayyan.
"Memandai kau, mana perempuan tu?" Tanya Rayyan, telefonnya sudah disimpan didalam poket seluarnya, sorry Nabila, not today.
"Dekat café sebelah" kata Ahnaf sambil meletakkan cawan kosong diatas meja, telefonnya dikeluarkan dan membuka aplikasi Mobile Legend.
"Lah, kalau macam tu baik kau je yang culik dia, kenapa aku pulak?" Rayyan mencapai cawan kopinya, mata dipandang kearah cawan itu, kosong, pandangan naik kearah Ahnaf yang sedang elok bermain telefonnya.
"Alah, kerja aku hacker, kerja kau cari orang, so satu sorang la" kata Ahnaf, dia tidak memandang pun Rayyan malah sibuk bermain dengan telefonnya.
"Ish, pemalas betul, tak pe kau, tunggu kau nanti" Rayyan bangun dari duduknya dan melangkah keluar daripada café tersebut.
"Eh, woi! Kopi ni siapa nak bayar?" Jerit Ahnaf apabila Rayyan hanya keluar tanpa membayar minumannya.
"Kau yang habiskan kan? Kau la bayar!" Jerit Rayyan balik, Ahnaf menrengus kasar, salah dia juga kerana menghabiskan kopi Rayyan.
Dengan beberapa langkah sahaja Rayyan sudah tiba dilokasi dimana Fadwah berada.
Pintu café itu ditolak buka, mata meliar mencari sosok tubuh Fadwah, matanya menangkap seorang wanita bertudung labuh sedang menghirup kopi di penjuru café itu.
'nama Fadwah macam nama orang melayu, orang melayu pulak kan ramai islam, dia kut'
Desis hatinya, langkah dibuka menuju kearah meja Fadwah.
Pap!
Tangannya dihentak diatas meja membuatkan Fadwah terkejut, hampir sahaja cawan yang dipegangnya ingin jatuh.
Fadwah melihat keatas, disitu berdirinya seorang jejaka tinggi lampai tampan bermata coklat terang sedang memandang tepat pada matanya.
"Eh, boleh saya bantu encik?" Tanya Fadwah dengan sopan, cawan yang berisi air kopi americano itu diletak diatas meja perlahan-lahan.
Membulat mata Rayyan apabila mendengar gelaran yang Fadwah memanggilnya tadi, encik?
'encik kau panggil aku? Muka hensem macam Justin Bieber ni kau panggil encik? Macam Fawwaz betul'
Desis hatinya, Rayyan berdehem seketika sebelum kembali menatap mata hazel Fadwah.
"Fadwah kan?" Tanya Rayyan, Fadwah hanya mengangguk, mulalah Fadwah merasa cuak, macam mana dia boleh tahu namanya?
"Saya kawan lama awak waktu sekolah rendah dulu, ingat tak?" Tipu Rayyan, salah satu kehandalan Rayyan ialah manipulation, pandai menipu.
"Eh, sekolah rendah ek? Maaf la, tak ingat pulak saya, ye la dah lama dah kan, bertahun-tahun dah, nama awak?" Tanya Fadwah.
"Rayyan, Ar-Rayyan, tak apalah, memang dah lama dah pun, nanti kalau ada masa kita catch up nak?"
YOU ARE READING
Fawwaz's Angel || OG
RomancePerjumpaan yang tidak dijangka dan tindakan yang tidak dijangka. Ahnad Fawwaz, seorang jejaka tinggi yang dingin dan beku, berkulit putih, berambut coklat merah ala ala orang amerika disertai dengan mata helang berwarna biru kristal. Manakala, Nur F...