Perjumpaan yang tidak dijangka dan tindakan yang tidak dijangka. Ahnad Fawwaz, seorang jejaka tinggi yang dingin dan beku, berkulit putih, berambut coklat merah ala ala orang amerika disertai dengan mata helang berwarna biru kristal. Manakala, Nur Fadwah, seorang gadis agak rendah yang ceria dan murah dengan senyuman, berkulit putih berserta mata bulat yang berwarna coklat hazel. "Awak Fawwaz kan?" -Nur Fadwah "Kau ingat aku?" -Ahmad Fawwaz Walaupun hidup mereka masing-masing bahagia, apabila bersatu, pelbagai huru hara tercipta. Pergaduhan didalam perkahwinan itu biasa, tetapi bagi Fadwah itu tidak biasa. "Kalau abang dah tak sayang Fadwah, abang ceraikan Fadwah!" -Nur Fadwah "Aku tak akan ceraikan kau sampai aku mati!" -Ahmad Fawwaz Disebalik sikap beku dan dingin Fawwaz, ia juga tersimpan sifat sayang dan cinta pada isterinya yang bernama Fadwah. Itulah sebab kuasa talak hanya dipegang pada lelaki. Mampukah Fadwah dan Fawwaz mempertahankan perkahwinan mereka hingga akhir hayat?