Part 2

3 0 0
                                    

Pelawa Rayyan, Fadwah hanya mengangguk setuju.

'senang betul nak tipu perempuan ni' desisnya didalam hati.

"Nah nombor saya, nanti jangan lupa message saja tau supaya saya dapat nombor awak, jumpa lagi Fadwah"

Rayyan menghulurkan sehelai kertas yang mempunyai nombornya, perlahan-lahan Fadwah mengambil kertas itu.

"Jumpa lagi" jawab Fadwah, Fadwah memandang kertas itu ditangannya, kuat betul memori lelaki itu jika masih mengingatinya seja sekolah rendah.

Apabila Rayyan menjejak kaki keluar dari café itu, Ahnaf sudah tergelak tebahak-bahak disebelah pintu café itu.

"Apa kau gelak-gelak?" Tanya Rayyan dengan wajah bengis.

"Kawan lama ek? Sejak sekolah rendah?" Kata Ahnaf yang masih tersisa gelak tawanya.

"Habis tu? Kalau sekolah menengah mesti dia ingat seorang-seorang kawan dia"

Kata Rayyan, itu adalah tekniknya yang paling berjaya setakat ini.

"Haih, kenapa tak tadika terus? Memang dia tak ingat langsung pun, entah-entah tadika dia pun dia tak ingat"

Ahnaf tertawa sekali lagi, Rayyan hanya menjulingkan matanya keatas.

"Apa-apa je la, pergi balik, menyemak je" Rayyan membuka langkah menuju ke motornya yang terletak bersebelahan dengan cafénya tadi.

"Ih, aku pun tak ingin la nak duduk dengan kau" Ahnaf menjulingkan matanya keatas sebelum mengorak langkah kearah motornya yang terletak tidak jauh dari cafénya tadi.

Tiba-tiba, langkahnya terhenti, dia dapat merasakan sesuatu, Ahnaf menoleh kearah kananannya yang mempunyai sebuah lorong yang gelap dan kosong.

Tiada siapa mahupun benda disitu, 'kenapa tiba-tiba rasa macam... Ah tak ada apa-apa kut, perasaan je'

Desis hati Ahnaf, apabila Ahnaf mahu meneruskan perjalanannya-

Bush!

Fayyadh berada dirumahnya merasa bosan yang amat, sudah semua perkara dilakukan termasuk mengemas seluruh rumahnya.

"Mana Fawwaz ni, kata dah janji nak belikan ramen, dasar kembar cepat 2 minit tak guna"

Gumam Fayyadh, kata Fawwaz hanya 15 minit dia ingin keluar, sempat Fayyadh berpesan kepadanya untuk membeli sepeket ramen carbonara untuknya.

Ini sudah 30 minit dan Fawwaz masih tidak balik ke rumah mereka, jarang sekali Fawwaz lambat kesuatu tempat.

Tret tret!

Fayyadh mendengar telefonnya berdering, telefonnya terus dicapai dan penggilan itu dijawab.

"Hello?"

"FAYYADH! AHNAF! AHNAF HOSPITAL, KRITIKAL, HOSPITAL KAU, CEPAT!"

Tet!

Fayyadh memandang nombor ID pemanggil, Zafran. Otaknya masih memproses apa yang dikatakan oleh Zafran tadi.

"Ahnaf... Hospital... AHNAF DEKAT HOSPITAL AKU!?"

Terus Fayyadh bangun dari baringnya di sofa dan berlari keluar daripada rumahnya.

Sempat dia mencapai kunci keretanya sebelum keluar menuju ke keretanya.

Pintu dibuka dan enjin kereta dihidupkan, selepas sahaja pintu kereta itu ditutup, pedal kereta ditekan dan Fayyadh memecut kearah hospital miliknya.

Rayyan sedang mundar mandir dihadapan pintu bilik kecemasan milik 'FY Hospital' kepunyaan Fayyadh.

Harith pula sedang duduk diatas kerusi sambil menepuk punggung anaknya, Tun Husna yang sedang tidur.

Isterinya, Qaseh Adriana juga sudah terlelap disebelah Harith sambil merehatkan kepalanya dibahu Harith.

Fawwaz pula duduk berhadapan dengan Harith dan Adriana, disebelahnya adalah Zafran yang kelihatan cemas.

Semua masih menunggu berita tentang Ahnaf, pandangan Fawwaz dingin tetapi dia juga merasa risau termasuklah Harith.

Pandangan Fawwaz dilemparkan diluar tingkap yang menunjukkan hujan yang deras diluar.

Tidak lama kemudian pintu masuk hospital itu dibuka luas dan semua memandang kearah sosok tubuh Fayyadh yang sudah basah kuyup dengan air hujan.

"Ahnaf... Ahnaf macam mana?" Tanya Fayyadh tercungap-cungap, dia sangatlah letih kerana keretanya  rosak hanya beberapa meter daipada hospitalnya, terpaksalah dia berlari kesana.

"Tak tahu lagi" jawab Harith tenang.

Fayyadh mehembus nafas berat dan mengambil tempat disebelah Zafran.

"Apa jadi dekat dia?" Tanya Fayyadh lagi.

Harith memandang Fawwaz dan Fawwaz memandangnya kembali, Fawwaz mengeluh dan duduk dengan tegak.

"Dia kena tikam dekat lorong sebelah 'Café Yaya', dia kena tikam dekat perut dan bahu,  kepala dia kena hentak berkali-kali dekat dinding lorong tu dan dekat lengan dia... Ada ukiran LEX"

Membulat mata Fayyadh mendengar kondisi sahabatnya waktu dijumpai.

"Sial punya LEX" gumam Fayyadh, hanya LEX yang mampu melakukan perkara sekejam itu.

"Lambatnya doktor ni buat kerja!" Rayyan menendang tong sampah yang terdekat, sudah hampir 45 minit mereka tunggu.

"Woi, anak aku tengah tidur" tegur Harith apabila anaknya seperti ingin bangun, Rayyan menjeling bossnya itu.

"Sorry" itu hanya jawabnya, nak marah tapi tak boleh, karang berlubang kepala.

Pintu bilik kecemasan itu dibuka dari dalam, semua mata tertuju pada doktor yang berada dihadapan pintu itu.

"Tuan Ahnaf sudah stabil, ada banyak cedera parah pada badannya, mungkin memerlukan beberapa minggu untuk sembuh, tuan dan puan boleh berjumpa dengan tuan Ahnaf, dia sudah sedar"

Jelas doktor itu, semua berasa syukur, Rayyan, Zafran, Fayyadh dan Fawwaz memasuki bilik itu dahulu.

"Sayang, bangun dah, Ahnaf dah sedar" Harith menggosok lengan isterinya itu dengan lembut.

Adriana membuka matanya apabila mendengar suara Harith yang lembut, Adriana duduk dengan tegak sambil mengosok matanya seketika.

"Abang pergilah, biar sayang jaga Husna" Adriana mengambil Tun Husna dari dangkapan Harith.

Harith mencium pipi isterinya itu sebelum bangun dan turut melangkah masuk.

Ahnaf sedang duduk diatas katilnya sambil bermain dengan telefonnya seperti tiada apa yang berlaku.

"Bodoh! Baru lepas kena tikam boleh main ML!?" Ujar Rayyan melihat karenah Ahnaf yang sangat-sangat... Pelik.

"Relax la, at least aku hidup lagi" kata Ahnaf.

"Haah relax la" Zafran yang sudah berada disebelah Ahnaf turut bermain bersamanya didalam telefonnya.

Harith dan Fawwaz memandang antara satu sama lain, bala betul.

"Sia-sia aku basah kuyup untuk kau" kata Fayyadh.

"Alololololo, sian, meh la join" pelawa Ahnaf, Fayyadh memandangnya dengan wajah bengis seperti tidak mahu ikut.

"Okeh jom" Fayyadh duduk dikerusi bersebelahan dengan Zafran, telefonnya diambil daripada poketnya dan membuka aplikasi Mobile Legend.

"Kau tengok tu, adik kau dua kali lima je" kata Rayyan yang berdiri di sebelah Fawwaz.

"Tell me about it" balasnya, personaliti mereka berdua sangatlah berbeza.

Fayyadh adalah seorang yang boleh Kita panggil extrovert, senang rapat dengan orang.

Manakala Fawwaz, disebaliknya, seorang yang introvert dan hanya suka berhubung dengan orang terdekat.

"Rayyan, dah jumpa?" Tanya Harith dan Rayyan mengangguk.

Fawwaz yang berada di tengah-tengah mereka merasa curiga.

"Siapa?" Tanya Fawwaz pada Harith.

"Adik Levi, Fadwah" jawab Harith, Fawwaz hanya mengangguk faham.

Fawwaz's Angel || OGWhere stories live. Discover now