- BAB 4 -

100 6 0
                                        

Petang itu, memang tak ada kelas sampai malam. Sebab lecturer ada mesyuarat. Dengan keadaan begitu, aku dan Qayden memutuskan untuk menghabiskan masa di luar. Selepas menjelajah beberapa tempat menarik, kami akhirnya tiba di satu kafe kecil yang tersorok di dalam lorong.

"Looks cozy," kataku, melihat ke dalam kafe yang dipenuhi dengan lampu lembut dan bunyi muzik akustik yang menenangkan.

"Yeah, this place is one of my favorites," jawab Qayden sambil memimpin jalan masuk. Qaider, adik kepada Qayden mengikuti di belakang, senyumannya tidak pernah pudar.

Kami duduk di sudut yang lebih terpencil, jauh dari orang ramai. Mungkin suasana yang tenang ini adalah yang kami perlukan untuk berbual dengan lebih santai.

Sebaik sahaja pelayan menghampiri, kami membuat pesanan. "So, Thea, what’s your major?" Qayden bertanya, menarik perhatian aku semula.

"Business, just like you," jawabku. "I’m hoping to specialize in marketing."

"Nice then. We should do some brainstorming sessions together," katanya, matanya bersinar dengan idea. "It’s always good to have a fresh perspective."

"Sure, I’d love that!" aku menjawab, berasa teruja dengan cadangannya.

Qaider mencelah, "So, does that mean I have to join in? Because I’m great at marketing too, at least that’s what I tell myself."

"Only if you promise not to be annoying," Qayden menjawab dengan nada menyindir.

"Deal." Qaider bersetuju, membuatkan aku ketawa.

Sambil menunggu pesanan kami tiba, aku melihat sekeliling kafe. Pelanggan lain tampak sedang berbual mesra, dan suasana itu memberi aku sedikit rasa selesa. Mungkin inilah yang aku perlukan selepas semua tekanan di kolej.

"By the way, what do you like to do outside of studies?" Qayden tiba-tiba bertanya, membuatkan aku berfikir sejenak.

"Hmm, I enjoy reading and exploring new places. Kadang-kadang, aku suka menulis juga," jawabku, merasa sedikit malu.

"Oh? writing! What do you write about?" Qayden menunjukkan minat.

"Mostly short stories and a bit of poetry. Nothing serious, just for fun," aku menjelaskan.

"A little creativity never hurt anyone. You should share your work one day," Qayden berkata, seolah-olah memberi galakan.

Perbualan kami berlanjutan, dan aku merasakan ikatan antara kami semakin kuat. Hari ini semakin menyeronokkan dan tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

"Wow, I'm really being the third wheel right now," Qaider berkata sambil berpura-pura mengeluh, membuatkan kami berdua ketawa.

"Who asked you to join, dumbass?" Qayden menjawab dengan nada sinis, tetapi senyum di wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak benar-benar marah.

"Hey, don’t blame me for wanting to hang out with my brother." Qaider menepis, tetapi kedengarannya seperti dia sedang berseronok. "I thought you could use my charming personality."

"Charming? More like annoying," Qayden berkata sambil menggelengkan kepala, tetapi dia tetap kelihatan senang hati.

Kami berjalan beriringan, Qayden di sebelahku dan Qaider sedikit di belakang, seolah-olah berusaha untuk menjauhkan diri daripada perbualan kami. Namun, tanpa diduga, Qaider tiba-tiba melangkah lebih dekat dan bersuara.

"So, Thea, what do you think about my brother? You know, he’s a good guy deep down," Qaider berkata, matanya bersinar nakal.

Aku terkejut dengan soalan itu. "Err, I mean… Qayden seems nice," jawabku, terasa agak canggung.

HATINYA UNTUKKU  | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now