1

146 37 7
                                    

"So one last question for you, Miss Mikayla. Where do you see yourself in the next 5 years?" Soal seorang penemuduga lelaki berusia lingkungan 40an.

Mikayla menarik nafas dalam. Dia sudah jangkakan soalan ini dalam temuduga.

"I would like to work my way up to a controller position within the next 5 years. I will continue to learn accounting software and business processes so I can be an asset to any company I work for. I would really like to take all my values that I mentioned before to a superior level with the help of company. This is definitely the position I've been preparing for and I am excited about the opportunity to work with you for the next five years." Petah dan lancar jawapan yang keluar dari bibir Mikayla. Skrip jawapan ini sudah dia hafal dan telah diucapkan entah kali ke berapa.

Tiga orang penemuduga itu mengangguk.

"Alright. We think that's all for this interview today. You did very good, Miss Mikayla. We will let you know soon if there is any news from us. Do you have any question before we end this?" Kata ketua penemuduga di depannya.

"May I know when will I get the reply from the company?" Soal Mikayla teragak-agak. Risau juga kelihatan tidak sabar, tetapi dia sudah berpengalaman dengan pelbagai ragam banyak syarikat.

"In two weeks from now." Balas seorang daripada mereka.

"Alright. Thank you so much for the opportunity given to me today." Balas Mikayla sambil tunduk hormat kepada semua panel.

Mikayla melangkah keluar dari bilik temuduga itu. Dadanya ditepuk lembut.

"Good job, Mikayla." Bisiknya perlahan untuk dirinya sendiri. Sudah menjadi satu kemestian untuknya melakukan begitu untuk memberi kata-kata positif kepada dirinya. Kerana dia tahu hanya dirinya sendiri yang akan berbangga dengan segala usahanya demi mencari pekerjaan tetap hingga ke hari ini.

Mikayla terus melangkah keluar dari bangunan itu. Matanya mendongak melihat bangunan tinggi yang baru dia keluar tadi.

'Mudah-mudahan ada rezeki aku kerja kat sini.' Doanya dalam hati.

Kaki Mikayla sambung melangkah ke stesen LRT terdekat. Hampir 1 km jugalah dia perlu berjalan kaki ke sana. Tetapi dia sudah biasa bergerak ke sana sini menggunakan pengangkutan awam. Dan dia juga sudah biasa ke merata tempat menghadiri temuduga sejak dia tamat pengajiannya lima tahun lepas.

Lima tahun lepas dan masih tidak dapat kerja tetap? Itulah rahsia Tuhan yang tersembunyi dan dia sendiri tidak faham dengan takdirnya.

Pernah dia bekerja di sebuah syarikat guaman sebagai pembantu akauntan untuk mencari pengalaman. Namun,hanya selepas tiga bulan syarikat itu menghadapi masalah kewangan lalu terpaksa membuang pekerja kecil sepertinya. Mikayla juga pernah bekerja sebagai kerani di sebuah kilang. Dia rasakan pekerjaan ini akan menjadi pekerjaan yang boleh dia harapkan buatnya sementara waktu. Tetapi selepas setahun dia pilih untuk tinggalkan pekerjaan itu.

Biarlah orang lain merasakan dia memilih kerja, tapi dia rela meninggalkan tempat bekerja toksik sebegitu. Dia masih boleh menerima jika gaji tidak setimpal dengan kerja kerana dia hanya mahukan pengalaman dan duit. Tetapi, Mikayla semakin rasa ditindas apabila kerap disuruh bekerja lebih masa tanpa gaji.

Dan paling buatkan Mikayla sudah lali dengan tempat kerja itu ialah sikap staf-staf yang tidak menjaga batas. Perbualan lucah sudah menjadi biasa, baik yang belum berkahwin atau sudah berkahwin. Tidak kira jawatan apa sekalipun. Batas sudah pupus. Bertepuk tampar sudah biasa. Bila dia menolak untuk disentuh, dikatakan 'tidak sporting' pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIKAYLAWhere stories live. Discover now