MALAM tidak pernah terasa sunyi di Bukit Bintang. Ia sentiasa terisi dengan jiwa-jiwa yang penuh, mencari sesuatu yang mampu memuaskan hati. Nyanyian daripada ahli kumpulan buskers tempatan berkumandang indah. Melodi lagu Lampu Merah, penyanyi asal The Lantis, itu perlahan seakan ingin mengisi setiap detik malam yang bergerak lebih lambat daripada biasa.
Yang menonton juga tersenyum, merasakan momen itu sesuatu yang menghiburkan. Apabila semakin ramai yang tiba di kawasan itu, keadaan menjadi semakin sibuk dan padat. Setiap langkah menuju ke destinasi sendiri. Dan hal ini membuatkan dia keliru. Mengapa di antara mereka semua, dia masih tidak mempunyai destinasi? Ke mana dia harus tuju? Dia juga tidak pasti.
Dia bersandar pada dinding tembok, mata meliar memerhati setiap bakal-bakal mangsanya. Diperhati dari atas hingga bawah, setiap ciri-ciri mereka akan didatakan agar dia lebih berjaga-jaga. Hanya tunggu masa yang tepat, dia akan bergerak. Namun sejak tadi, tiada sebarang isyarat diberikan.
Dia memandang kirinya, lebih tepat, ke bawah. Seseorang duduk dengan santai, menghembuskan asap rokok dari celahan bibirnya. Rambutnya panjang menutup pandangan, sukar untuk sesiapa mengenal pasti wajahnya. Dia menendang sedikit kaki lelaki itu. Lelaki itu mendongak, melepaskan lagi asap rokok bersama sengihannya.
"Bila?" Dia bertanya.
Lelaki mengalihkan pandangan. Dari celahan manusia yang sibuk berkumpul, dia dapat lihat penyanyi kumpulan buskers itu. Suaranya yang sedikit garau namun sedap didengari menarik hati semua. Lelaki itu terangguk-angguk kepalanya, mengikut rentak lagu tersebut.
Tapi ku berada di lampu merah
Kuharap kau sabar untuk
menunggu aku di sana
Walau ku berada di lampu merah
Ku yakin semua ini hanyalah
hambatan sementara
Lelaki itu tersenyum. Kali ini lebih luas. Tangan yang memegang rokok memukul lembut peha dia. Dia sekadar mengunci mulut, mula meninggalkan lelaki itu yang sibuk melayan melodi itu. Dia memasuki kumpulan orang ramai, menuju kepada mangsa-mangsanya. Dimulai dengan seorang wanita bertudung merah yang terlupa beg sandangnya terbuka, kepada seorang lelaki yang menyimpan dompetnya di poket seluar belakang. Setiap mangsanya itu berkongsi sifat yang sama. Muda, berharta, mudah hilang fokus.
Setelah seelsai, dia tidak berpatah balik kepada lelaki itu. Dia terus berjalan, melepasi beberapa warung makan. Sehingga waktu, nyanyian Lampu Merah juga tamat. Ia menjadi isyarat ringkas kepada lelaki itu, bahawa dia sudah berjaya buat sekalian kalinya. Dan dia juga tahu bahawa kini lelaki itu sudah mengekor dia.
Dia tersenyum kecil, berpuas hati untuk malam ini lagi.
✄┈┈┈┈
Nadhir bukan anak yatim. Oh, silap. Sekali lagi.
Nadhir ialah anak yatim. Tiada ibu, tiada bapa. Sebatang kara tanpa apa-apa untuk dikatakan miliknya. Hidupnya mudah, pagi tidur dan malam bekerja. Dan kerjanya juga 'mudah'. Dia seorang penyeluk saku. Itulah punca nafkahnya. Dia berpengalaman dalam bidang itu. 4 tahun, itu waktu yang cukup lama untuk Nadhir menjadi handal dalam menyeluk saku. Tetapi jangan risau, Nadhir seorang yang berhati perut.
Dia tidak pernah menjadi orang tua, gelandangan atau orang kurang upaya sebagai mangsanya. Kanak-kanak juga tidak termasuk dalam list itu. Jadi, dia tidaklah jahat mana.
Nadhir tinggal bersama abangnya, Luke. Luke bukan abang yang berkongsi nama bapa atau sebarang ikatan darah dengannya. Luke yang menjaga dia, membesarkan dia dan 'otak' kepada kerjanya. Tiada Luke, Nadhir tidak boleh hidup kerana Luke pandai memasak, ada rumah, ada kenderaan sendiri dan menyimpan maklumat untuk kerjanya. Kerana itu dia perlukan Luke.
Namun bagi Luke, dia tidak perlukan Nadhir. Entah apa sebab dai mengutip Nadhir pun dia tidak pasti. Luke boleh hidup sendiri. Dia ada rumah, ada kerja, ada kenderaan. Jadi, untuk seorang Nadhir muncul dan tinggal dalam hidupnya itu berisiko besar. Dan Luke melihat Nadhir sebagai anjing suruhannya. Tidak lebih daripada itu.
Jadi, bagaimana hubungan ini terbentuk?
Mudah. Kerana masa dan keadaan yang memaksa mereka.
Hal itu menjadikan mereka sebuah 'keluarga'. Dan ia satu perkara yang Nadhir akan pelihara dengan seluruh jiwa dan raganya.
YOU ARE READING
0.0 | DAN, JIKA...
Teen FictionMereka bertemu di bawah cahaya bulan, mencari sisa harapan terakhir agar ada makna disebalik setiap nafas yang dihembus. Janji diikat oleh hati, membawa mereka ke dalam dunia yang tidak pernah mereka kenali. Tatkala dewasa membuang mereka dan tatkal...