HAMZAH 1

266 28 1
                                    

Kim mundar-mandir di balai besar istana. Baru saja balik dari berlayar, dia sudah menerima kejutan dengan berita tentang perangai Hamzah. Jemari naik memicit dahi dengan kuat. Apa nak jadi dengan putera nya itu. Semakin besar perangai semakin sukar untuk dikawal. Han yang turut berada di situ, tidak tahu nak cakap apa lagi. dia hanya merenung tajam ke arah Aysar yang diam tidak berkutik sejak tadi.

"Abang.." Najeeha menyeru bila melihat suaminya seperti banyak berfikir.

Kim berhenti dari mundar-mandir. Dia memandang isterinya. Perkara ini bukan baru lagi berlaku, tapi sudah bertahun-tahun. Dia ingatkan dia nak beri peluang pada Hamzah dengan harapan Hamzah akan berubah. Tapi malangnya perangai Hamzah semakin teruk. Rakyat berada dalam ketakutan. Jadi apa lagi yang dia perlu buat? Keamanan rakyat dan Pulau Kristal perlu diutamakan.

"Sayang serahkan semua keputusan pada abang. Baik bagi abang, baik lah untuk sayang. Demi kebaikan Hamzah" Najeeha mengelus bahu suaminya.

Kim hela nafas. Anak mata isterinya ditatap dalam-dalam. Permaisuri hatinya dari dulu, kini dan selamanya. Dia benar-benar bahagia hidup disamping Najeeha. Najeeha adalah isteri terbaik untuk nya. "Bilanggo... maafkan abang kalau perangai anak kita jadi macam ni.. abang tak tahu di mana silapnya abang dalam mendidik dia" Sebak Kim berkata-kata. Dia sangat sayangkan Hamzah. Tapi kalau perangai Hamzah sudah keterlaluan, dia terpaksa juga mengambil tindakan. Dia tidak boleh menjadi raja yang berat sebelah hanya kerana status Hamzah sebagai seorang anak, dia terlepas dari hukuman.

"Tak, ini bukan salah abang. Abang dah buat yang terbaik untuk Hamzah. Ini semua ujian Allah untuk kita abang" Najeeha memujuk.

Kim angguk. Ya, ini semua ujian untuknya dan Najeeha. Dan mereka perlu berlapang dada menerima ujian ini.

Ketika bunyi derap tapak kasut masuk ke dalam istana, masing-masing menoleh ke arah pintu masuk. Nuqman masuk bersama dengan Hamzah dengan bibir berdarah, muka lebam-lebam. Kim terkejut besar sebelum dia meluru ke arah Nuqman dan Hamzah di situ. "Apa yang berlaku ni?"

"Hamzah bergaduh. Kacau kekasih orang, belasah orang yang tak bersalah" Nuqman menjawab. Mujurlah Aysar yang menghubungi nya tadi. Kalau tak, dia tak tahu apa lagi yang akan berlaku malam ni. Tak mustahil kalau Hamzah sampai tahap membunuh.

"Astaghfirullahalazim. Hamzah! Hal apa lagi yang Hamzah nak buat ni!?" Kim bertempik nyaring. Makin sakit kepala nya sekarang melihat perangai Hamzah.

"Naku, konting asar lang di pwede sa kasintahan niya. Akala mo naman ang ganda-ganda (Alah, kacau sikit pun tak boleh kekasih dia tu. Macam lah cantik sangat)" Bibir dicebikkan dengan muka meluat.

"Pero mali pa rin ang ginawa ni Hamzah! (Tapi perbuatan Hamzah ni tetap tak betul!)" Kim merengus geram. Sampai tahap bergaduh begini hanya kerana anak nya kacau perempuan.

Hamzah mengesat darah di hujung bibirnya. Dia memandang Kim dengan muka tak ada perasaan. "Nak seronok-seronok aje pun tak boleh ke? Bukan nak rampas sampai nak buat bini pun. Hamzah pun tak inginlah daddy"

"Hamzah! Jangan sesekali nak jadikan perempuan sebagai bahan mainan!"

"Ya, ya daddy. Tension betul lah macam ni. Hamzah kacau aje kan? Tak sampai lagi nak merogol anak dara orang. Rileks lah daddy" Hamzah ketawa kecil.

"Hamzah! Jangan nak biadap sangat" Najeeha mencengkam lengan Hamzah. Gigi nya terketap kuat akibat menahan rasa geram dengan perangai Hamzah. Kalau ikutkan hati, mahu saja ditampar muka putera nya itu.

"Perangai Hamzah ni semakin tak terbendung. Melampau dan kurang ajar. Daddy dah tak tahu nak buat apa lagi dengan Hamzah ni" Kim hela nafas dalam-dalam sebelum anak matanya memandang tepat ke arah Hamzah. Kesal hatinya mengenangkan sikap si anak.

HAMZAH EDUARDO: The Heartless Prince | ebook soonWhere stories live. Discover now