MUNCULNYA DUA JIWA PENYELAMAT

8 1 0
                                    

Arakian disebuah kampung bernama Kampung Rajang ada sepasang suami Istri yang baru sahaja berpindah.Si suami bernama Nuh manakala Si istri bernama Nuha.

Nuh seorang yang ramah dan gagah disenangi penduduk kampung.Nuha pula wanita rupawan.Didambai jejaka tampan dan gagah.Tetapi hanya Nuh sahajalah yang bertuah badan.

Mereka hidup sederhana, tiada harta hanya mempunyai anak yang tiada nilai.Sebelum ini duduk di mana?Tiada siapa ambil peduli.

Prapp!!

Nuh melabuhkan sebiji tembikai susu di kaki tangga.Agak berat mungkin dari benih pertama.Sesekali lengan menyeka peluh jantan di dahinya.

Nuha keluar dengan secangkir teh dihulurkan kepada suaminya yang tercinta."Macam tahu-tahu je saya sudah balik"ujar Nuh sambil meniup air teh itu.Dia tersenyum dan terus duduk bersimpuh.

"Dengar suara tapak kaki awak tadi" ujarnya.Sesekali terdengar suara burung pipit yang merdu itu."Anak-anak mana?"ujar Nuh sambil memanjangkan leher melihat ke dalam rumah."Ada dekat dalam tengah main agaknya"ujarnya lagi sambil melihat ada seseorang yang datang.

"Assalammualaikum Nuh!!"teriak Tok Abdul.Nuh melihat Tok ketua yang sedang berpeluh itu di depan pagar.
"Tok Ketua Ada apa urusan apa datang ke sini?tanya Nuh. Tok ketua pun membetulkan nafasnya dan mula bercakap tujuannya datang kesini.

"Wafiy... Dia jatuh tadi waktu hendak ambik buah kelapa dekat hujung kampung sana!!"ujar tok ketua dengan nafas yang tersekat-sekat."Apa!! Wafiy jatuh!? jadi mana dia sekarang?"ujarnya
.Tok ketua diam dan secara tiba-tiba ada seorang jejaka dan wafiy dengan kepala yang berdarah.

"Tapi tok nak saya buat apa?"ujar Nuh sambil melihat darah di kepala Wafiy.
"Nuh tolonglah tok tau kamu seorang saja yang boleh selamatkan dia"ujar tok ketua dalam keadaan risau.Nuh terdiam seketika dan mula berkata "Baiklah bawa dia masuk"ujarnya sambil memberi isyarat untuk masuk.

Setelah wafiy sudah dibaringkan Nuh duduk bersila dan membaca satu mantra dan mencari sumber kesakitannya.

Prapp!! Prapp!! Prapp!!

Bunyi tulang yang bergerak dan berada di tempat asalnya.Seketika darah yang mengalir dari kepalanya terhenti dan Nuh melihat seorang jejaka yang duduk disebelah tok ketua.Dia berdiri dan berjalan ke arah jejaka itu tepat di belakangnya.Nuh mula membaca satu mantra dan seketika jejaka itu terbaring pingsan.Tok ketua yang melihat itu tercengang dengan kelakuan Nuh.

"Maaf tok saya tidak mahu orang tahu siapa saya"ujarnya.Tok ketua terdiam sebelum berkata sesuatu."Tok faham tapi kenapa kamu tidak mahu orang tahu yang kamu dan keluargamu siapa?"tanya tok ketua.

"Tidak ada apalah tok ketua tapi saya harap bila sampai waktu yang saya ceritakan pada tok ketua saya harap tok ketua boleh jagakan keluarga saya ya" ujarnya."Baiklah kalau kamu cakap macam tu"ujarnya kepada Nuh.

Seketika kedua jejaka itu terbangun dan pelik kenapa mereka boleh berada di sini."Tok kenapa kami ada disini?"ujar jejaka itu."Kamu berdua pingsan tadi, Nuh yang tolong kami berdua tadi"jelas tok ketua."Ohh,terima kasih ye Nuh sudah tolong kami"ujar wafiy.

Beberapa hari kemudian,
Hafiz dan Hafiy sedang bermain dekat tali air di hujung kampung.Hafiz melihat ular kecil dan menangkapnya tanpa rasa takut."Hafiy tengok ni aku tangkap ular ni"ujar Hafiz sambil menakut-nakutkan adiknya itu."Bang lepaslah ular tu kesian dia"ujar Hafiy kepada abangnya itu.Tiba-tiba ada suara di balik semak-samun.Hafiz kedepan melindungi adiknya itu."Bang Hafiy takut jom la kita lari"ujarnya.

Tiba-tiba ada seorang yang bongkok,kepalanya berdarah dan satu matanya terkeluar."Kau ni siapa kenapa kacau kami"teriak Hafiz kepada penyamar."Bang jom la lari aku takut la"ujar Hafiy kepada abangnya.
"Dalam kiraan 3..2..1 lari!!!!"teriak Hafiz.Mereka pun lari balik ke rumah.

THE MONIYAN EMPIREWhere stories live. Discover now