1 - he dumped me

187 26 16
                                    

1 - he dumped me

sumber :: Pinterest

"SELAMAT pengantin baru

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"SELAMAT pengantin baru."

Jun suami pertamaku, dia tampan sangat menawan. Pipiku tersipu-sipu saat mata Jun bertembung dengan anak mataku, namun kutahu itu hanya tatapan yang tidak memberi erti apa-apa.

Kerana Jun telah membuangku.

"Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Kereta mahal itu terus meluncur laju meninggalkan aku yang tercengang hebat.

Aku July yang masih mengenakan gaun pengantin, dibuang oleh suamiku, Jun.

Shraa! Hujan mula turun lebat membasahi tubuhku.

Aku... benar-benar dibuang?

"Jun!" Aku pun jerit penuh kecewa... sungguh aku rasa nak nangis sekarang.

Apa Jun fikir aku boleh hidup sendiri dengan keadaan hujan lebat begini? Aku cepat-cepat mencari tempat berteduh, telefon dikeluarkan namun saat aku ingin menghidupkan telefon, baterinya malah habis. Aku menggenggam erat telefonku.

Air mataku jatuh menimpa tanah... sambil tanganku menggenggam erat kain gaun pengantin. Aku nak balik... ke rumah. Namun aku tidak tahu harus bagaimana. Mengapa Jun memperlakukanku begini? Mengapa dia membuangku di tengah jalan?

Tubuhku menggigil hebat kerana hujan. Solekanku hancur kerana menangis.

Semua kerana Jun.

"July? Kenapa kau ada kat sini?"

____________________________________

enjoy reading, dear followers ♡ hero kita agak menyakitkan hati ya haha ><

[ 111124 ]

HE DUMPED ME [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang