Aku terkejut bila seekor kucing tiba-tiba muncul, mengelus kepala di kaki aku. Spontan aku meloncat sedikit, cuba menjauh, sambil terdetik dalam hati — habislah! Aku memang takut kucing!
Qayden, yang perasan gelagat aku, terus ketawa kecil. "What? Scared of a cat?" usiknya, sambil memandang aku dengan pandangan nakal.
"Ya, aku memang takut kucing," jawab aku, dengan nada defensif. Aku tak peduli kalau dia nak ketawakan aku, memang aku tak boleh dekat dengan kucing, tak kiralah comel macam mana sekalipun.
"Habis tu? Macam mana nak kahwin dengan orang yang suka kucing ni?" Qayden menyindir, matanya bercahaya penuh gurauan.
Aku terdiam sekejap, cuba hadam maksud ayat dia. Rasa macam jantung ni nak berhenti, bukan sebab kucing tadi, tapi sebab sindiran Qayden yang jelas ada maksud tersirat. Dia ni... memang sengaja nak buat aku salah tingkah.
Aku menjeling tajam ke arah dia, cuba untuk tutup rasa malu yang makin menguasai diri. "Kahwin dengan siapa pula ni? Perasan betul."
Qayden hanya angkat bahu, masih dengan senyuman lebar di wajah. "Just saying... who knows, kan? Kalau bakal isteri aku takut kucing, memang kena biasakan dulu," balasnya, nada suaranya seakan-akan serius tapi penuh usikan.
Aku cuba untuk buat muka selamba, padahal dalam hati macam ada ribut taufan. Dia ni... sengaja betul nak buat aku tak keruan. "Kalau macam tu, bakal suami kena biasakan hidup tanpa kucing. Senang cerita."
Qayden ketawa lagi, sambil menggeleng. "We’ll see about that, signora," katanya, masih dengan senyuman penuh misteri. Aku rasa macam dia ada sesuatu dalam fikiran yang dia tak mahu kongsikan, tapi apa yang pasti, dia makin buat aku rasa tak tentu arah.
Sementara kucing tadi berlalu pergi, aku tarik nafas lega. Tapi kata-kata Qayden masih terngiang-ngiang di telinga, dan aku tahu, malam ini akan jadi panjang sebab otak aku takkan berhenti berfikir tentang semua 'hint' yang dia bagi.
Aku berjalan beriringan dengan Qayden, masih dengan rasa berdebar yang tak hilang sejak dari tadi. Kata-kata dia terus terngiang-ngiang di kepala, buatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang dia fikirkan. Aku cuba untuk alihkan perhatian, tapi susah bila ada Qayden yang terus tersenyum setiap kali pandangan kami bertembung.
"You're unusually quiet, signora," Qayden memecah kesunyian.
Aku berpura-pura menjeling ke arah bangunan sekitar, cuba lari dari topik tadi. "Maybe because someone keeps making strange comments," balas aku, cuba main-mainkan situasi.
Qayden ketawa kecil, nampak betul dia seronok usik aku. "I’m just speaking my mind. Nothing wrong with that, right?"
Aku tarik nafas panjang, cuba beranikan diri untuk balas dengan nada selamba. "Just... maybe keep some thoughts to yourself," usik aku kembali, sambil tersenyum kecil.
Qayden angkat kening, tersenyum sambil menahan tawa. "Noted. But for the record, I don’t regret anything I said." Dia pandang aku dengan mata yang penuh makna, buatkan debaran di dada semakin kuat.
Aku tak tahu nak cakap apa lagi, jadi aku hanya teruskan berjalan di sebelahnya, cuba untuk kelihatan tenang. Tapi tiba-tiba, dia berhenti di depan sebuah kedai kecil yang dihias cantik dengan cahaya lampu.
"How about some dessert, signora?" tanya Qayden, matanya memandang ke arah kedai itu.
Aku angguk perlahan, rasa gembira sebab dia cuba buat aku lupa perbualan tadi. Kami masuk ke kedai itu, yang dihiasi dengan suasana yang cozy, bau kopi dan kek manis memenuhi ruang.
Qayden pesan sepotong kek coklat dan aku pula pilih tiramisu. Sewaktu kami duduk menunggu pesanan, aku rasa tenang sekejap, menikmati suasana malam yang nyaman.
Sewaktu kek kami sampai, Qayden memandang aku dengan mata yang penuh rasa ingin tahu. "So... selain takut kucing, apa lagi rahsia yang aku tak tahu tentang kau?"
Aku ketawa kecil, cuba untuk elak soalan dia. "Kalau semua rahsia aku bagi tahu, nanti tak ada misteri dah kan?"
Qayden tersenyum, mata dia tak lepas pandang aku. "Fair enough. Tapi tak semua rahsia perlu disimpan, kan?"
Debaran di dada kembali lagi, tapi aku cuba untuk senyum dan main-mainkan sudu di dalam tangan. "Maybe... but some secrets are better kept for later," jawab aku, sambil tersenyum penuh makna.
Qayden angguk perlahan, seolah-olah mengerti maksud aku. Malam itu berakhir dengan rasa manis yang sukar dijelaskan — manis bukan hanya dari kek, tapi dari semua detik-detik kecil yang membuatkan aku rasa sesuatu yang lebih dalam untuk lelaki di depan aku ini.
Malam itu, aku dan Qayden berbual panjang, cerita pasal benda-benda kecil dan remeh tapi terasa bermakna. Aku sendiri tak sedar berapa lama kami duduk di kedai tu, ditemani cahaya lampu malap dan suasana tenang yang entah kenapa terasa sempurna.
Sedang kami berbual, aku perasan Qayden sering kali memandang ke arah luar, seperti meneliti sesuatu. Aku jadi hairan.
“Kau tunggu sesiapa ke?” tanya aku, cuba pecahkan rasa ingin tahu.
Qayden tersenyum kecil, tapi ada sesuatu dalam mata dia yang aku tak dapat tafsirkan. “Just making sure you’re safe, signora.”
Aku ketawa kecil, tak faham maksud dia. “Seriouslah, Qayden. Aku rasa macam kau selalu alert je. Kau ni... macam bodyguard ke?”
Dia senyum, tapi kali ini senyuman dia macam ada misteri. “Maybe. Who knows?” balasnya dengan nada bergurau, tapi ada sesuatu yang buat aku rasa dia tak sekadar main-main.
Kami akhirnya keluar dari kedai, berjalan di sepanjang jalan yang dihiasi lampu-lampu jalan yang samar-samar. Qayden berjalan di sebelah aku, dengan langkah tenang dan pandangan mata yang sentiasa seperti mengawasi. Aku rasa selamat, tapi dalam masa yang sama, aku jadi ingin tahu lebih lagi tentang dia.
“Qayden,” panggil aku tiba-tiba, buat dia berpaling ke arah aku.
“Yeah?” Dia jawab sambil memandang aku dengan mata yang tenang.
“Aku rasa kau ni… ada sesuatu yang kau sorok dari aku, kan?”
Dia ketawa kecil, lalu menggeleng. “Not everything needs to be said, signora. Sometimes it’s better to keep some things unsaid.”
Aku angguk, faham maksud dia. Tapi dalam hati, aku tahu aku tak akan puas selagi tak tahu cerita sebenar di sebalik sikap misteri dia ni.
Kami sampai di depan apartment aku, dan dia berhenti sambil menatap aku dengan pandangan lembut. “Goodnight, Thea. Have sweet dreams, okay?”
Aku tersenyum, rasa berdebar masih ada tapi aku cuba tenangkan diri. “Thanks, Qayden. And… thank you for tonight.”
Dia hanya angguk, sebelum berpaling dan berjalan pergi. Aku berdiri di situ, memandang belakangnya yang semakin jauh, dan untuk pertama kali, aku rasa seolah-olah dia bukan sekadar orang biasa dalam hidup aku.
Setelah pintu apartment aku tutup, aku bersandar sambil tersenyum sendiri. Mungkin ada banyak benda yang aku tak tahu tentang dia, tapi satu benda yang pasti — aku memang tertarik pada dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/378621562-288-k345496.jpg)
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | SLOW UPDATE
RomansaNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...