Aku..nak kau menari

500 33 0
                                    

"Junmyeon! Tolong belikan aq bubble tea. Aku haus lah" arah chorong. Suho mengalihkan pandangannya daripada membaca buku lalu mengangguk kecil. Tanpa berkata-kata,dia terus bangun dan bergerak ke kedai bubble tea.

Chorong duduk di atas buaian sambil melihat pengunjung di situ. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di taman permainan di situ. Teringat dia sewaktu dia dan suho ketika masih kecil.

Flash back

"Junmyeon-ah~"panggil chorong dengan suara yang manja. Suho mengalihkan badannya menghadap chorong. "Ye?"balas suho. Ketika itu mereka berada di taman dan mereka berumur 9 tahun.

"Aku bosanlah. Aku nak mintak tolong kau buat something boleh?"tanya chorong manja. Di sengetkan kepalanya sedikit supaya kelihatan comel. Suho membetulkan duduknya."A-awak n-nak suruh saye buat ape?"gagap suho. Chorong pasti akan meminta perkara yang tidak berfaedah atau lebih tepat lagi mengarut. Sebab itulah suho agak kurang senang jika chorong menyuruhnya melakukan sesuatu.

"Hehehehe. Aku..nak kau menari. Lagu Girls Day something. Aku suka lagu tu". Seperti yang dijangka,Chorong meminta perkara yang mengarut. Suho sudah tidak senang duduk. "Uhm.Aahh..t-tapi awa-". "Alah please~"potong chorong. Suho hanya mampu mengeluh.

"Y..y-yelah" kata suho dengan teragak-agak. Suho bangun lalu berdiri di hadapan chorong. Dia membetulkan bajunya. "Buat sampai nampak sexy tau! Kalau tak kau kene belanja aku ais krim lima" suho mengangguk kecil lalu mula menari dengan perlahan. Makin lama tariannya menjadi semakin sexy. Orang yang lalu berdekatan memandangnya pelik. Chorong pula ketawa berdekah-dekah.

"Wah! Hebatlah kau junmyeon!" kata chorong setelah suho selesai menari. Suho tidak mampu berkata apa-apa. Benda sudah jadi pun.."Errr..?"kata suho lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melabuhkan punggungnya di atas buaian disitu.

Chorong tertawa kecil saat mengingati kenangan lamanya itu. Tanpa dia sedari,Suho sedari tadi melihatnya pelik. Sekejap termenung,sekejap tertawa. Gile ke apa kawan aku ni?

Suho tidak mengendahkannya lalu menghulurkan bubble tea yang baru dibelinya tadi. Chorong agak terkejut saat bubble tea itu muncul dihadapannya secara tiba-tiba. Mana tidaknya, sudah jauh termenung.

"Thanks badeh!" chorong menyambut huluran tersebut setelah menyedari suho yang menghulurnya tadi.

"Hmm..junmyeon. Pasal group work tukan. Aku malaslah nak buat. Lagipon rumah aku mane ade gadgets ni semua. So lebih senang kalau kau je yang buatkan. Canne? Boleh? Tapi tepat pada masanya tau! Kalau lambat siap kau! Aku dah bosan asyik kena denda." kata chorong disambut dengan anggukan kecil suho.

Suho tidak boleh berbuat apa-apa. Memang selalunya if diorang satu group chorong akan memintanya membuat seorang diri.

"Weh jalan-jalan jom? Takkanlah nak duduk sini je an" Chorong dan Suho barjalan sambil berbual sekitar 20 minit. Suho masih bertenaga manakala Chorong sudah tercungap-cungap. Bukannya mereka berlari pun. Mereka jalan sudah slow habis dah. Lembik!

"Aku penat. Nak piggyback ~" ngongoi Chorong. Suho terus duduk mencangkung. Dia menepuk bahunya perlahan tanda isyarat supaya chorong naik. Tanpa berlengah,Chorong terus memaut leher Suho. Suho bangun lalu sambung berjalan.

Aduh..Boleh tahan jugak berat die ni eak. Badan jer kecik! Dia ni pun satu,takkanlah baru 20 minit dah penat. Rungut suho dalam hatinya. Maklumlah, badan Suho masih kecil. Tingginya sama seperti Chorong. Mungkin pendek sedikit. Tambahan pula,Chorong agak tembam tetapi tidak gemuk.

"Chorong,dah lewat ni. Saya balik dululah"ujar Suho lalu terus menurunkan Chorong. "Ok. See you later" chorong menepuk perlahan bahu suho lalu tersenyum manis.

Sudah masuk 10 malam. Sejak pulang dari taman,Suho tidak berhenti membuat kerja sekolahnya hingga kini. Maklumlah, dia mempunyai kerja sekolah yang banyak kerana dia melayan Chorong setiap masa. Ditambah pula dengan tusyen dan kerja sekolahnya. Memang tak bolehlah nak membazir masa. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tinggalkan Chorong disitu seorang diri. Tetapi apakan daya,Suho bukannya pandai membantah. Kerjanya menurut aja!

"Myeonie. Dah lewat ni. Kenapa tak tidur lagi?" kata seorang perempuan separuh umur. "Buat kerja sekolah lagi?" tanya dia lagi.

"Ye omma. Banyak lagi ni. Mama tidurlah dulu" jawab suho kepada perempuan yang digelar ommanya tadi. "Takpelah. Omma ambilkan makanan ringan dengan air untuk myeon sekejap"

"Buat ape omma? Susah-susah je. Takpe. Maid kat rumah ni banyak. Kalau junmyeon nak apa-apa junmyeon mintak kat diorang je nanti" Mrs kim tersenyum melihat anak kesayangannya itu. Maklumlah, Suho adalah satu-satunya anak keluarga kim.

"Takpe. Biar omma ambilkan. Kesian diorang. Tunggu sekejap" Mrs Kim keluar dari bilik itu. Suho hanya mampu mengeluh. Aduhai...banyak lagi kerja aku ni. Group work pon tak search apa-apa lagi. Lusa dah nak hantar. Ish..serabut!

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Belum sempat Suho menyahut, pintu sudahpun dibuka. Kelihatan Mrs Kim membawa dulang berisi segelas air dan makanan ringan.

"Thanks omma" kata suho. Mrs Kim membelai rambut anaknya. Anak manja! "Omma tidur dulu. Junmyeon jangan tidur lewat sangat tau?" kata Mrs kim lalu suho menganggukkan kepalanya. Bukan dia tidak tahu,suho sering tidak tidur kerana ingin menyiapkan kerja sekolahnya. Kalau orang suruh rehat pun dibuat juga. Degil!

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Akan tetapi,Suho masih berusaha menyiapkan kerja sekolahnya. Kepala dah tersengguk-sengguk dah. Mengantuk punya pasal. Akhirnya dia tertidur di atas meja belajar dengan masih memegang pen.

Bestfriend (SuRong Malay)Where stories live. Discover now