Perlahan-lahan, Adelia mengetuk pintu bilik ibu bapanya. Ibu bapa Adelia membuka pintu. “Ya, ada apa Adel datang sini? Adel nak apa?” soal Ayah Adelia. Dia membuka pintu lebih luas untuk memberi ruang kepada Adelia dan memberinya masuk.
Adelia melangkah masuk, sejujurnya dia berdebar untuk bertanya kepada ibu bapanya, kerana ibu bapanya tak pernah mengizinkan dia pergi ke mana-mana sebelum ini. Tetapi kali ini, dia benar-benar ingin bercuti bersama Elman dan kawan-kawannya. Kerana ini sajalah masa dia boleh luangkan bersama kawannya. Lepas SPM nanti tidak boleh berseronok, kerana busy dengan University.
Adelia masuk ke dalam bilik lantas duduk di birai katil di sebelah ibunya. “Err....Adelia nak minta sesuatu.”
Dahi ibu Adelia dan Ayah Adelia Adelia sama-sama berkerut. “Minta apa?” soal ibu Adelia.
“Adelia nak keluar pergi jalan-jalan boleh? 3 hari 2 malam. Adelia nak pergi dengan keluarga Elman. Dia ajak Adel, Mira dan hannah.” Wajah Adelia jelas kelihatan gementar.
“Dekat mana?” Kalau dekat mungkin boleh lagi, tetapi kalau jauh, memang tidak boleh lah.
“Dekat A Famosa. Mak Ayah Elman dah sewa homestay kat sana.” jawabnya.
“Hmm, boleh je kot.” Dengar sahaja perkataan itu, Adelia angkat wajahnya, senyuman lebar terukir di bibirnya. Rasa macam tidak percaya.
“Betul ke ibu dan ayah? Tidur kat sana kut, tak akan senang-senang je ibu dan ayah lepaskan? Selalunya ibu dan ayah tak bagi Adel pergi sana sini, tiba-tiba bagi pula,” sengih.
Ibu Adelia mengangguk pantas tersenyum nipis. “Ibu dan ayah dah benarkan, tak akan Adel tak nak pergi pula? Lagipun ibu dan ayah faham tahun depan Adel busy kan? Dan tahun ni tahun last Adel dengan kawan-kawan Adel. Apa salahnya ibu dan Ayah beri pelepasan sikit?”
Mata Adelia terbuka luas. “Betul ke ibu, ayah? Terima kasih sangat-sangat. Sayang ibu dan ayah!” Adelia memeluk ibu bapanya.
Ibu dan Ayah Adelia juga memeluk Adelia sebelum pelukan mereka terlerai. “Bila Adel nak pergi tu?”
“Adel pergi esok pagi.”
“Okey, malam ni siap-siapkan barang untuk pergi.”
Adelia mengangguk sambil tersenyum manis, lantas keluar dari bilik. Apabila keluar sahaja, dia ternampak Hannah dan Mira sedang menunggu di sofa. “Mira, Hannah! Mak bapak aku bagi!”
Mereka terus menoleh memandang Adelia lalu tersenyum gembira. “Seriuslah? Mak ayah kau bagi? Yay! Tak sabarnya nak pergi esok!”
“Itulah! Tak sabar sangat! By the way, jomlah siapkan semua barang sekarang. Tak akan esok pagi baru nak siapkan. Esok pagi sibuk nak bersiap,” kata Adelia, jelas kelihatan sangat teruja.
“Yay! Esok, kita akan bergerak ke A famosa!” jerit Mira.
Ibu Adelia dan Ayah Adelia hanya tersenyum mendengar mereka bersorak gembira di ruang tamu.ADELIA bangun dari tidur. Hari ini ialah hari dimana dia akan bercuti bersama-sama kawannya. Tanpa ibu dan ayah. Dia selalunya sudah biasa bersama ibu dan ayahnya, tiba-tiba hari ini dia tidak pergi bersama ibu dan ayahnya. Dia sedikit gementar. Mira dan Hannah disebelahnya dikejut.
“Woy, bangun! Tak nak pergi ke?” Adelia bangun lalu menggoyangkan bahu Mira dan Hannah di sebelahnya.
Mira menggeliat dan menguap. “Hah? Pukul berapa sekarang ni? Tak akan awal sangat?”
Adelia kerling memandang jam di dinding, sudah pukul 6:00 pagi. “Dah pukul 6:00 pagi dah. Kau tak nak solat subuh dan bersiap ke?”
“Ohh yalah. Rasa macam cepat sangat pula masa berlalu. Rasa macam baru 2 jam tidur. Tak puas lagi tidur,” kata Mira matanya sudah mahu tertutup kerana terlampau mengantuk.
“Itulah, semalam lambat sangat kemas baju. Sampai pukul 12:00 malam baru kau tidur. Entah apa kau buat dengan si Hannah sampai tak tidur-tidur. Aku dah tidur awal pukul 10 lebih.” Adelia menggoyangkan pula bahu Hannah yang sedang tidur mati di sebelah Mira. “Woi, bangun! Rumah terbakar!”
Hannah pantas bangun selepas mendengar Adelia berkata begitu. Mukanya sangat terkejut. “Hah, rumah terbakar?! Mana? Weh, cepat keluar, selamat kan diri!”
Mira dan Adelia ketawa kecil melihat gelagat si Hannah. “Tak adalah, aku gurau je. Itulah, tidur mati lagi. Kan dah kena.” Adelia sambung ketawa.
“Ish, korang ni. Buat aku takut je.”
“Dah, cepat bangun, lepastu solat subuh dan bersiap. KIta dah nak gerak pukul 7:30 nanti.”
“Ohh, lupa! Tak sabarnya nak pergi A famosa! Boleh mandi kolam, pergi safari, dan macam-macam lagi.” Hannah tolak selimutnya ke tepi lalu dia bangun dengan pebuh semangat. Dia memandang Mira dan Adelia sekilas. “Jomlah, tunggu apa lagi?”
Adelia tersenyum lantas menggeleng kepala. “Ya, jom!”

ANDA SEDANG MEMBACA
Love you, Akak Pengawas! (Slow Update)
RomanceAdelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke s...