BAB 1

5.1K 226 7
                                    

Well, sekarang ini hari raya, jadi seronoklah syaitan kembali dengan diraih dengan bunyi mercun. Sewaktu puasa, aman damai sahaja aku tidur, tiada gangguan langsung malahan berasa sangat tenang dan sunyi. Aku memang tidur di ruang tamu seorang diri, jadi aku sudah biasa dengan Mereka.

Sewaktu aku nyenyak tidur, aku terjaga kerana mendengar bunyi derapan kaki di dapur. Dapur aku dilapik dengan lantai plastik , jadi kalau berjalan memang dengar bunyi. Faham kan ? Tapi, aku seorang sahaja dekat rumah waktu itu. Kaki siapa pula yang berjalan ?

Bunyi derapan kaki tadi kedengaran semakin jauh dan perlahan. Namun aku semakin takut sebab orang kata kalau bunyi dekat, Dia jauh, kalau dengar bunyi jauh, Dia dekat. Ah sudah.

Aku pun hanya memejamkan mata dengan erat dan memeluk erat selimutku. Kedengaran hembusan nafas di telingaku yang membuatkan bulu romaku meremang. Tidak putus-putus aku membaca segala surah di dalam hati yang aku ingat sewaktu itu.

Bunyi hembusan nafas hilang. Tapi terdengar bunyi derapan kaki lagi. Dan ianya berselang-seli, sekejap bunyi di bahagian telinga kiri, sekejap bunyi di telinga kanan. Lama-kelamaan, bunyi itu pun hilang.

Secara perlahan-lahan aku membuka mata, satu angin kuat menerpa wajahku. Aku terdiam. Takut. Akhirnya aku pun tertidur ~

---

short story hahahaha. Tapi seram tak ? benda ni jadi kat author, seramlah tapi dah biasa huhuhu

Koleksi Kisah Seram BenarWhere stories live. Discover now