ERIS | BAB 6

7 2 0
                                        

Keesokan paginya, Iris sudah menyiapkan dirinya dengan baju kurung yang berwarna hitam serta tudung bawal yang mengenalan baju kurungnya.

Kalau ikutkan, memang dia nak berpakaian casual seperti memakai baju hoodie dengan seluar tapi mestilah dia kena berdandan untuk berjumpa dengan bakal mak dan bapa mertua dia. Cuma tak ingin nak memakai sebarang makeup. Petang nanti kena masuk kerja semula jadi jenuh nak bersihkan makeup.

Iris menapak keluar dari biliknya dan terus menuruni tangga. Izke yang berada di ruang tamu, sibuk menaip sesuatu di laptop yang berada di pangkuannya.

Kepala Izke diangkat untuk memandang Iris, ingin meminta sesuatu darinya sebelum badannya mengeras saat melihat Iris menuruni tangga dengan berbaju kurung siap bertudung bawal bagai.

Aik? Adik dia ni nak impressed sesiapa ke? Selalunya pakai baju casual je bila nak keluar. Ni dah lain ni.

"Kemain betul pakaian kau pagi ni. Kenapa? Nak ngorat sesiapa ke? Tiba-tiba berdandan macam anak dara." Kata-kata Izke dilemparkan kepada Iris, seakan-akan memerli adiknya.

"Tak adanya. Aku nak kena jumpa orang. Pastu kenalah berdandan macam ni. Kalau tak, nak je aku pakai hoodie bagai." Rungut Iris sambil menjulingkan matanya ke atas, menyampah. Tapi dia tak nak bagitau abangnya dahulu yang dia nak jumpa bakal mertua dia. Nak bagi surprise katanya.

"Whatever lah, adik kesayanganku." Usik Izke dengan senyuman nakal.

"Diam." Balas Iris kasar. Tak suka bila abangnya mengusik dengan panggilan itu.

"Wow, relax." Kata Izke dengan selamba membuatkan Iris menjeling tajam ke arahnya.

"Apa pun, malam nanti ikut aku pergi event." Kata Izke, seperti memutuskan yang adiknya memang kena pergi mengikutinya.

"Event? Buat apa?" Balas Iris, hairan kenapa Izke memintanya untuk mendampinginya dia ke event.

"Teman aku lah, duh." Jawab Izke, malas.

"Kenapa tak minta Aria atau kawan perempuan kau yang lain?" Tanya Iris lagi, pelik dengan permintaan abangnya. Selalunya dia minta tolong orang lain. Jaranglah abangnya nak membawa dia sekali.

"Aria busy dengan assignment dia, kawan perempuan aku semua gedik. Jadi kau je pilihan terakhir aku." Jawab Izke dengan selamba sambil jari jemarinya masih lincah menekan papan kekunci.

"Wajib ke?" Tanya Iris, sengaja nak cari pasal.

"Wajib." Balas Izke pendek, tak kuasa dia nak bergaduh lebih-lebih. Cepat je mood dia bertukar.

Tak lama selepas itu, kereta mewah berwarna hitam berhenti di hadapan rumahnya dan terus kereta itu menekan hon pada stereng, mengejutkan Iris dan Izke.

Terus Iris menyalam tangan abangnya sebelum keluar daripada rumah. Abangnya sibuk mengikut ke pintu untuk melihat kereta siapa itu.

Di luar, Eren menurunkan tingkap keretanya. Rambutnya digaya dengan rapi, memakai suit dan juga memakai cermin mata hitam sambil dia memandang Iris yang sedang menjelingnya seperti tidak puas hati.

"Kau, duduk belakang." Kata Eren dengan selamba.

"Kenapa?" Iris mendengus menyampah. Dasar lelaki tak guna.

"Sebab aku suruh."

Sebelum Iris dan berkata apa-apa, jeritan daripada Izke menyala telinganya.

"Uyo! Boyfriend ke tu! Patutlah berdandan nampak!" Usik Izke dengan kuat membuatkan Iris terus memandangnya dengan pandangan membunuh.

DANDELIONS | OHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang