BAB 3

2 0 0
                                    

Jika boleh, dalam tiap bait puisiku
kuselitkan hadirnya kamu,
kusisispkan lirikan kamu,
lalu dengan rendah diri
pada angin merdu,
aku minta puisiku dilagu
agar semua yang mendengar tahu,
Tuhan lakar Bulan waktu lukis kamu.

Selepas melipat sejadah di dalam ruang solat, telefonnya berdering. Aryan cepat-cepat mengangkat panggilan itu selepas melihat pemanggilnya adalah Nisryna.

"Assalamualaikum. Arman sihat?" Nisryna

"Waalaikummusalam. Alhamdullilah sihat. How about you young lady?"

Nisryna mengigit bibir "I am fine. Saya nak jumpa awak boleh? saya pergi Ryan House kelmarin tapi kawan awak cakap awak tiada."

"Sure why not!" Balas Aryan teruja.

Kemudian menyambung "Saya minta cuti beberapa hari kerana mama sakit." Tipu Aryan kerana tiada alasan munasabah.

Nisryna di dalam panggilan sudah simpati dengan nasib aryan "Kalau begitu, kita jumpa selepas mama sihat dan awak balik ke sinilah."

''Mama saya dah sihat. Lagipun esok saya dah mula bekerja.''

Selepas meletakkan panggilan wajah Aryan berseri. Kafli yang turut berada di dalam ruangan pejabatnya mengeleng kepala, lain betul affect orang bercinta.

"She told you that she loves you too?'' Tebak Kafli. Dia tahu bahawa Aryan telah melamar gadis itu. Namun Nisryna meminta diberikan tempoh untuk berfikir.

Aryan mengeleng ''She want to meet me on tomorrow morning. Sediakan flight selepas settle meeting dengan GLC kita pergi.''

''Ini fail propasal untuk meeting dengan GLC anak syarikat Petronas. Kau nilai dulu.'' Kafli keluar dari pejabat Aryan untuk menempah tiket penerbangan MAS kelas ekonomi. Mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan Air Asia kerana sering berlaku masalah teknikal.

--------

Daus menegurnya "Man ada perempuan tunggu kau dekat luar" Daus sering memendekkan namanya dari Arman kepada man. Semua orang disini memanggilnya man, pada mulanya agak lama untuk dia memberi respon kerana tidak terbiasa dengan nama baru.

Hari ini, perasaannya bercampur-baur-antara kegembiraan, kerisauan, dan keyakinan. Kemeja biru yang dikenakannya adalah pilihan istimewa, sengaja disarungkan untuk kelihatan terbaik di mata seseorang yang sangat dirinduinya-Nisryna.

Nisryna, gadis dengan senyuman manis yang mampu mencairkan segala kegelisahan. Dia tidak hanya hadir dalam mimpinya, tetapi juga dalam setiap fikirannya. Hampir sebulan mereka tidak bertemu, dan bagi Aryan, itu adalah penyeksaan yang tiada taranya. Hari ini, dia tekad untuk mengungkapkan segala rasa yang membeban di hatinya, meskipun sebahagian dirinya takut jika cinta itu tidak berbalas.

Ketika Aryan melangkah keluar, matanya segera menangkap sosok Nisryna yang berdiri tidak jauh darinya. Gadis itu melambai tangan sambil tersenyum, Aryan sangat peka dengan tabiat kecil itu. Detik itu terasa seperti waktu berhenti. "Aryan," panggil Nisryna lembut.

Aryan menahan nafas. Setiap butir wajah Nisryna-lesung pipitnya, mata yang bersinar, senyumannya yang jujur menggugah rasa rindunya yang selama ini terpendam. Namun, dia sedar lamunan ini tidak boleh terlalu lama. "Nisryna," balas Aryan dengan suara serak.

"Kita nak ke mana hari ini?" tanya Nisryna selepas mereka memasuki Chevrolet milik sahabat Aryan, Kafli. Agak ralat baginya kerana terlalu mahal.

"Kafe Nasken di Kota Bharu," jawab Aryan biasa.

"Tidak perlulah tempat mahal" balas Nisryna.

Aryan tersenyum dan membalas tenang, "Sekali-sekala bawa perempuan cantik, apa salahnya."

A R Y A NWhere stories live. Discover now