Bab 3

4 2 0
                                    

Loceng selepas waktu rehat berdering. Semua pelajar masuk ke kelas masing-masing.

Jeno melangkah masuk ke dalam kelasnya bersama rakannya yang lain.

Lelaki itu menghelakan nafasnya bila nampak Karina sedang duduk ditempatnya sambil mata wanita itu merenung tajam kearah nya.

"Good luck bro, ada something dia tak puas hati tu" Kata Mark sambil menepuk bahu Jeno diikuti yang lain.

Jeno menarik nafas sebelum melangkah ke tempat duduknya yang bersebelahan Karina.

Sebaik sahaja Jeno duduk, Karina merapatkan diri nya dengan Jeno.

Jeno mengeluh malas.

"Apa lagi?" Tanya Jeno dengan nada malas

"Best ke teman betina lain makan?" Bisik Karina sambil mengangkat hujung bibirnya.

"Memang semua perempuan nampak macam binatang ke dekat mata kau? Termasuk adik kau sendiri?" Tanya Jeno datar.

Karina mendengus.

"Gi mampus ah adik ke tak. Perduli apa aku" Karina mencebikkan bibirnya.

"Memang macam ni ke?" Tanya Jeno.

"Macam ni apa?" Tanya Karina balik sambil mengerutkan kening nya.

"Memang macam ni ke perangai kau?" Tanya Jeno dengan wajah yang menegang.

Karina menyengih.

"Woi Jeno, kau kenal aku bukan seminit dua. Kau dah kenal aku lebih dari setahun Jeno. Kau boleh tanya pulak?" Ujar Karina

"Tak maksud aku, perangai asli kau memang macam ni ke? Kau pura-pura je kan masa kita mula berkawan dulu? Pura-pura lemah, pura-pura tak merokok, pura-pur-" ayat Jeno di potong laju.

"Eh tak guna. Apa masalah kau sekarang ni?" Tanya Karina.

Wanita itu mengetap bibirnya apabila melihat Jeno mula menumpukan perhatian pada kelas selepas guru berjalan masuk.

"Ok semua, hari ni saya nak kita semua ke makmal sains. Kita ada experimen hari ni. Bawa buku nota masing-masing..." Kata guru wanita itu.

Karina mendengus kasar.

"Aduh... Orang tua ni menyusahkan betul la, nak ke makmal bagai..." Kata Karina kasar.

Karina sedar beberapa orang pelajar dengar kata-katanya. Karina memandang mereka semua dengan mata tajam.

"Apa? Blah ah" Karina menghalau mereka semua dengan kibasan tangan.

Jeno terus tinggalkan Karina bersama buku nota nya. Lelaki itu berjalan dalam kumpulan nya.

Karina berdecit.

"Sial lah" dengan pantas Karina mengejar Jeno.

Tiba-tiba mata Karina terhenti pada Jaemin yang menawarkan diri untuk membawa buku untuk Mirae.

Wanita itu mengetap kuat bibirnya.

"Ergh!" Lantas Karina terus menuju ke makmal sains.

Sempat dilanggar kasar bahu Mirae.

"Aw!" Mirae mengusap bahu nya.

"Masalah lah perempuan ni..." Marah Jaemin sambil mengusap bahu Mirae

"Awak okay?" Tanya Jaemin penuh prihatin

Mirae hanya mengangguk.

Di makmal sains

Mata Karina tak lepas dari merenung Jaemin yang sedang membantu Mirae dalam aktiviti experimen.

Karina mengetap bibirnya. Mirae perasan akan renungan Karina. Gadis itu rasa tidak selesa melihat renungan Karina pada Jaemin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ON GOING] REPLACE ●JENO NCT DREAM & KARINA AESPA●Where stories live. Discover now