Bab 1

30 6 2
                                    

7:00 am

Jeno sedang bersandar pada motosikal nya sambil bermain dengan telefon pintar nya. Seseorang menampar kuat bahunya dari belakang. Pantas Jeno menoleh.

"Woi!!" Menekik suara Karina ketawa-ketawa melihat Jeno yang terperanjat.

Jeno menarik nafas menahan baran serta sakit dibahunya. Menegang wajah kacak Jeno.

"Alololo... sakit ke? Halah! Bahu besar selalu pergi gym takkan la tampar sikit dah sakit? Lemah betul..." mencebik bibir Karina mengejek Jeno.

"Masalahnya kau tibai bahu aku yang cedera. Meh sini aku plak tibai bahu kau!" Kasar Jeno berkata sambil mengusap bahu kirinya yang cedera akibat accident motosikal.

"Haih... yela-yela... terpaling accident" menjuling mata Karina keatas sebelum mengambil helmet dari motosikal Jeno.

Jeno menyarung helmet pada kepalanya seraya menaiki motosikal nya sebelum diikuti oleh Karina.

Jeno menghidupkan enjin motosikalnya menghasilkan deruman yang agak kuat disekitar apartment itu.

Tiba di NEO HIGHSCHOOL

Deruman motosikal Jeno menarik perhatian pelajar-pelajar disitu. Beberapa orang pelajar perempuan dengan segera masuk kedalam sekolah kerana sakit hati melihat wajah Karina mengejek mereka semua sambil memeluk Jeno dari belakang.

Karina tersenyum puas. Jeno sedar akan kelakuan Karina.

"Kalau dalam sehari tak sakitkan hati orang tak senang ke hidup tu?" Tanya Jeno sambil menanggalkan helmet nya.

"Lah? Tibe? Aku tak buat apa-apa pun..." Karina memuncungkan bibirnya.

Jeno turun dari motosikalnya dan jalan tinggalkan Karina. Karina meletak helmet pada motosikal Jeno dan laju mengikut jejak langkah Jeno.

"Halah dia ni..." ternaik hujung bibir Karina rasa jengkel.

Jeno melangkah masuk ke dalam kelas nya dan disapa oleh rakan-rakan sekelas.

"Yo, bro... dari dalam kelas gua da-" belum sempat Haechan menghabiskan ayatnya, Karina laju menolak Haechan ke lantai dan mengambil tempat disebelah Jeno.

"Ops... sorry, this seat is for Jeno's girlfriend only..." ujar Karina sambil menompang dagunya.

"Benda boleh gentle bohhh..." Haecha berkata sambil mengosok punggungnya.

Jeno menjeling Karina malas.

"Dia? Gentle? Memang tak ah" Kata Jaemin sambil menunding jari ke arah Karina sekilas.

Tertawa rakan-rakan Jeno sebelum mengambil tempat duduk masing-masing.

Jeno mengeluarkan buku subjek pertama tanpa memberi perhatian pada Karina yang asyik merenungnya. Naik rimas Jeno dengan kelakuan Karina.

"Apa masalah?" Jeno bertanya dengan nada malas.

"Tak, tak ada masalah pun..." memuncung bibir Karina.

3 minit kemudian, guru subjek pertama masuk.

"Good morning everyone... keluarkan buku teks masing-masing. Siapa tak bawa buku? Berdiri luar kelas, now." Ujar Kim ssaem.

"Mirae tak bawa buku ssaem!" Jerit Karina selamba membuat kan Mirae yang duduk di hadapan Karina pusing ke belakang.

"Apa masalah awak ni?" Marah Mirae.

Karina mencebikkan bibirnya mengejek Mirae yang marah. Mengekek suara Karina ketawa.

"Haih, usik sikit pun tak boleh. Patut la kena tinggal dengan Jeno. Tch" terangkat hujung bibir Karina senyum mengejek. Semakin Karina tersenyum suka melihat Mirae menggenggam tangannya.

"Masalahnya dia tak kacau kau pun" Menegang suara Jaemin.

"Alamak~ ada hero backup lahh... takut sangat~" Karina menekup bibirnya.

Tajam mata Jeno menikam wajah Karina.

2 jam kemudian. Loceng berdering tanda mata pelajaran pertama sudah tamat dan menandakan waktu rehat.

Mirae berjalan masuk ke kafeteria dan mencari meja dimana Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung sedang berbual sambil menikmati makanan mereka.

Jaemin nampak Mirae segera menarik kan satu kerusi untuk Mirae.

"Thank you..." Lembut suara Mirae pada Jaemin.

"Your're welcome, dari mana ni?" Jaemin bertanya sambil meletakkan makanan nya dihadapan Mirae.

"Saya baru lepas kemas loker sikit. Terserempak dengan Karina tadi..." Mirae berkata. Jeno seperti tidak kisah mendengar nama Karina.

"Ada makhluk petik nama cantik aku ke?" Tanya Karina sambil menghempaskan buku tebalnya di atas meja itu.

"Pfft!" Karina mengetap bibir menahan ketawa melihat seisi meja itu terperanjat dengannya.

Chenle berdecit rasa jengkel dengan Karina. Manakala Jeno seperti malas mahu layan Karina.

"Memang tak reti letak buku baik-baik ke?" Tanya Renjun dengan nada kawal marah.

"Tak reti la... tolong ajarkan boleh tak?" Karina memutarkan biji mata nya pada Renjun.

"Haih... memang tak ada tempat untuk aku ke? Hm..." Mata Karina tertumpu pada Mirae yang duduk di sebelah Jaemin berhadapan dengan Jeno.

"Apa kata kau yang bangun, kasi chance la aku nak makan bersuap dengan Jeno aku..." Ujar Karina bersahaja.

"Ala... tapi saya nak duduk sebelah boyfriend saya, mana boleh saya bangun..." Mirae tidak mahu kalah berdebat dengan Karina.

Karina mengetap bibirnya.

"Meja ni dah penuh Karina, pergi la rehat dengan member kau yang lain pulak. Takkan la lepas dating dengan Jeno terus lupa member kau tu?" Kata Jaemin sambil menunding jari pada Giselle, Winter dan Ningning yang duduk di meja yang agak jauh itu.

Karina pandang 3 orang gadis itu. Sejak bercinta dengan Jeno, sudah lama Karina mengabaikan 3 gadis itu.

"Tak nak. Aku dah ada boyfriend buat apa nak bazirkan masa dengan diorang lagi? Diorang yang beria nak kawan dengan aku" Mata Karina menajam pandang Jeno yang langsung tidak perduli dengannya.

"Jeno! Aku nak duduk... takkan la kau nak biarkan girlfriend kau duduk kat meja lain?" Karina mula menyalak pada Jeno.

"Nak duduk ya? Nah, duduk la..." Kata Mirae sambil bangun dari tempat duduknya.

Karina tersenyum puas. Karina pantas mengambil tempat Mirae.

Karina hairan bila Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung tiba-tiba bangun dari tempat mereka dan berjalan ke arah pintu keluar kafeteria. Ketika itu, loceng tanda tamat waktu rehat berdering.

Dari jauh Karina boleh nampak Mirae sedang menahan tawanya bersama yang lain. Kecuali Jeno yang selalu serius.

"SIAL!" Menekik suara Karina menarik perhatian seisi kafeteria. Karina dengan kasar bangun dari tempat duduk itu.

"Dah habis waktu rehat la, kau nak duduk apa lagi?" Mark tidak lepas mengambil peluang nak memanaskan hati Karina.

"Diam lah!!" Jerkah Karina pada Mark.

"Ahahahahhahahaha!! Lawak thoo!!" Haechan dan Chenle ketawa bertepuk tampar.

Karina mengepal kedua tangannya apabila rasa dirinya diperbodohkan.

"Jeno! Tengok kawan kau ni!" Karina merengek.

"Jeno dah lama tengok kitaorang lah weyh. Dari sebelum dia couple dengan Mirae lagi dia dah tengok kitaorang" Kata Chenle manakala Jisung tertawa perlahan, takut ditumbuk Karina.

Semakin memanas hati Karina.

"Kau sengaja kan nak sakitkan hati aku?!" Marah Karina sebelum menolak kasar tubuh Jeno dan berlari ke kelas.

Jeno hanya mampu mengeluh tahan amarah.

To be continue

[ON GOING] REPLACE ●JENO NCT DREAM & KARINA AESPA●Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang