Seorang wanita ralit meneliti laporan imbasan MRI pesakit yang baru diterimanya daripada pakar radiologi.
"Tumor brain stem" getusnya.
Tumor brain stem sangat jarang berlaku, namun ia boleh menjadi sangat serius kerana kedudukannya yang mengawal fungsi utama tubuh seperti pernafasan, degupan jantung, dan pergerakan. Dia memicit pelipis, akalnya ligat berfikir bagaimana dia nak beritahu keluarga pewaris. Dia menghela nafas perlahan.
"Kau kena kuat, Nainza" bisiknya. Dia bangun daripada duduk dan melangkah keluar dari bilik peribadinya. Dia melakar senyum apabila terserempak dengan kakitangan hospital.
"Weh, siapa tu?" tanya seorang jururawat yang bernama Anis.
"Eh, kau tak kenal ke? Itulah Dr. Nainza, ketua pakar neurologi hospital ni," jawab jururawat Felicia.
Mulut Anis melopong tanda memahami.
"Tapi kenapa sebelum ni aku tak terserempak dengan dia pun?" tanyanya lagi dengan keliru."Dr. Nainza tu baru balik dari seminar dekat San Jose," jawab Felicia.
Nainza mengetuk pintu bilik sahabat baiknya, Amira. Dia melangkah masuk apabila mendengar laungan daripada dalam.
"Lah, kau ke Iza? Aku ingatkan siapa tadi. Ada apa kau ke sini? Biasanya susah nak jumpa Dr. Nainza Raesa ni kalau tiada benda penting ataupun pasal pembedahan," ujar Amira.
Nainza tersengih mendengar ujaran sahabat baiknya itu.
"Sorry, aku jarang jumpa kau sekarang. Kau tahulah kan, aku sibuk sekarang ni dengan seminar," terang Nainza serba salah."Hahaha, kau ni aku gurau je lah. Janganlah ambil serius sangat," kata Amira. Dia tergelak melihat riak wajah serba salah sahabat baiknya itu.
"Aku tahu, tapi aku datang sini bukan saja-saja tau. Aku nak bincang pasal pesakit yang datang semalam," terang Nainza serius.
"Kenapa dengan pesakit semalam?" tanya Amira gelisah.
"Pesakit semalam tu menghidap tumor brain stem. Ini laporan imbasan MRI yang aku dapat tadi," jawab Nainza.
Amira menekup mulutnya apabila mendengar berita itu. Dia melihat imbasan MRI itu dengan teliti.
"Tumor ni dah stage 3. Dia kena jalankan pembedahan secepat mungkin, Iza," ujar Amira terkejut.
"Aku tahu sebab tu aku datang jumpa kau. Kalau boleh, aku nak buat pembedahan hujung minggu ni kalau jadual kau kosong. Aku nak kau jadi pembantu aku dalam pembedahan itu." kata Nainza. Sahabat baiknya itu juga pakar neurologi. Dia mula berkawan dengan Amira sejak bangku sekolah rendah lagi.
"Insya-Allah, aku boleh join kau hujung minggu kalau tiada aral," jawab Amira.
Nainza mengangguk seraya melakar senyuman puas."Ujian bukanlah untuk menghancurkan kita, tetapi untuk menguatkan kita, mengajarkan kita untuk tetap tegar walaupun dalam keadaan yang paling sukar."
MRI - Magnetic Resonance Imaging. Ia merupakan teknik pengimejan perubatan yang menggunakan medan magnet, gelombang radio, dan komputer untuk menghasilkan gambar terperinci bahagian dalam badan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan vote karya saya. Fi Hifzillah🤍
![](https://img.wattpad.com/cover/385251034-288-k134388.jpg)
YOU ARE READING
Her Royal Genius
RomanceTengku Raden Khaizuran Raid Fayrouse × Raja Nainza Raesa "Bukan hanya kecerdasan yang menghubungkan kami, tetapi cinta yang memberi kekuatan untuk kami bertahan." Terima kasih kerana sudi baca karya saya.