Berwarni-warni lampu di Dataran pahlawan itu. Tadi, mereka makan sekejap di satu kedai. Lepas itu, mereka terus bergerak ke dataran pahlawan. Di situ, ada pelbagai mainan, dan barang. Seperti belon, beca, dan macam-macam lagi.
Mereka terus bergerak ke tempat jual banyak belon sabun. Dato Ezaan memandang mereka semua di belakangnya. “Nak main belon tak? Nak berapa?”
Muka mereka sudah teruja. “Nak!” jawab Eliana.
Dato Ezaan memandang ke depan semula. “Nak 3 mangkuk ya!” pinta Dato Ezaan.
Penjual itu mengangguk, lantas memasukkan sabun di dalam mangkuk. Adelia, Mira, Hannah, Elman, adik beradik Elman, dan saudara Elman pergi mengambil tongkat untuk mengambil tongkat belon.
Setelah itu, Eliana dan Elman mengambil 3 mangkuk pada penjual itu. Mereka terus membawa mangkuk itu ke tengah daratan lantas meletakkannya di atas rumput.
“Adelia!” panggil Elman.
“Apa?” Adelia memandangnya lalu menjeling.
Elman terus memasukkan tongkat ke dalam mangkuk dan mengibasnya ke Adelia. Belon itu bergerak ke Adelia, dan meletup apabila terkena muka Adelia.
Adelia mengepal penumbuk. Mamat ni kalau tak cari gaduh sehari memang tak sah tu dia! Dia berhenti dari mengepal penumbuk, tangannya naik mengelap mukanya yang terkena sabun.
Adelia bergerak ke satu kedai untuk membeli pistol sabun. Dia berjalan ke Elman yang tidak berhenti ketawa dari tadi semula. Lantas, dia menekan pistol sabun itu ke baju Elman.
Elman berhenti dari ketawa. Habis baju dia penuh sabun! Mata dia memandang Adelia yang sedang tersenyum sinis di hadapannya. “Mana kau dapat benda tu, Adelia?” soal Elman, jelas kelihatan sedikit marah.
“Aku belilah, tak akan nak mencuri pula,” jawab Adelia.
“Haish, tunggulah kau! Aku nak beli juga.” Elman bergerak ke kedai yang menjual pistol belon itu. Dia mahu membalas dendam!
Setelah membeli, dia terus pergi ke tempat tadi. Kelihatan ibu bapanya sedang ceria duduk di atas tikar manakala adik beradiknya, Mira, Hannah, dan saudaranya semua sedang gembira bermain belon. Tapi, seorang saja yang dia tengok tak ada, Adelia! Mana si pendek tu pergi? Menyorok, ya!
Dia terus pergi ke mereka. “Mana Adelia?” soalnya, matanya masih melilau mencari di mana figura gadis itu. Hilang ke? Dahlah dia tu pendek, senang nak hilang.
Fahmi yang sedang bermain dengan Hannah itu berhenti dari bermain, lalu memandang Elman. “Tak taulah, rasanya dia pergi tandas kut.”
“Sorang je ke?”
Fahmi mengangguk tanda mengiyakan.
Muka elman kelihatan seperti risau. “Sorang je? Tak risau ke dia hilang nanti?”
Fahmi dan Hannah memandnag antara satu sama lain lalu ketawa dan memandang Elman semula. Elman mengerutkan dahi, apa gelak-gelak ni? Ni serius tau! Kalau budak tu hilang macam mana?
“Rilekslah, Elman. Dia dah 17 tahunlah, bukan budak 5 tahun! Yang kau nak risau sanagt kenapa?”
“Tapi kan, tandas tu jauh.”
“Elman, aku tahulah kau suka dia, tapi tak payah risau, dia akan okey.” Dia tersenyum.
Elman mengangguk, lantas dia berpusing ke belakang, kelihatan Adelia sedang berdiri di hadapannya sambil menghalakan pistol sabun ke arahnya. Elman tersentak, bila masa dia ada kat belakang aku ni?
“Heh, walaupun perangai kau teruk, tapi ada juga eh sifat caring kau.” Adelia tersenyum sinis.
Elman menghalakan pistol sabun di tangannya ke arah Adelia. Dia tersenyum sinis juga. “Iyalah, budak pendek senang hilang!”
Adelia ketap bibir. Kurang ajar! Bukan dia yang pendek, Elman yang terlampau tinggi. Adelia menekan pistol belon itu, banyak sabun terkena baju Elman.
Adik beradik Elman, saudara Elman, Mira, dan Hannah sudah membuat muka toya. Ha, mulalah tu nak bergaduhnya.
Adelia terus lari dari situ, sekilas dia memandang Elman sambil tergelak sinis. Elman terus mengejarya dari belakang sambil menekan pistol sabun itu sehingga terkena baju Adelia.
“Woi, habis baju aku bersabun!” jerit Adelia sambil berlari anak.
“Heh, ingat kau sorang je ke? Baju aku pun!”
Adelia berhenti apabila sudah sampai di hujung. Kelihatan banyak beca yang berlampu-lampu di situ, Adelia tersenyum lebar. “Wah, cantiknya! Ada beca hello kittylah!”
Elman berhenti dari berlari dan berdiri di sebelah Adelia. Dia menoleh memandang Adelia yang tersenyum lebar memandang beca di hadapan. “Kenapa? Kau nak naik ke?”
“Nak!” Adelia memandang Elman dengan mata yang bersinar.
“Boleh, tapi kau kena naik dengan aku,” jawabnya.
Dahi Adelia berkerut. “Ehhh, mana boleh berdua-duaan!”
“Siapa kata aku naik berdua je dengan kau? Mestilah aku bawa adik aku yang perempuan tu sekali. Kalau kau nak berdua dengan aku boleh je, tapi tu lepas kahwinlah.” Elman tersenyum nakal. Heh, gatal betul si Elman ni, SPM pun belum mula lagi, ada hati pula nak fikir kahwin?
Adelia memutarkan bebola matanya. “Heh, tak payah nak gatal sangat eh? Kalau aku kahwin dengan kau, mesti setiap hari hidup aku tak tenang.”
“Dah, jomlah. Kata nak naik beca, aku nak tanya mak aku dulu.”
Mereka sama-sama bergerak ke arah Datin Rania dan Dato Ezaan.
“Ayah,jom naik beca nak? Ada banyak beca cantik kat sana,” kata Elman kepada Dato Ezaan.
“Ye ke? Jomlah!” Dato Ezaan menoleh memandang Mira, Hannah, Erfan, Eliana, dan saudara Elman yang sedang sibuk bermain belon. “Ezaan, Eliana! Nak naik beca tak? Ajak saudara kamu dengan kawan kamu sekali.”
Mereka berhenti bermain dan memandang Dato ezaan. Riak wajah mereka seperti gembira. “Nak!” Serentak mereka menjawab.
Dato Ezaan berdiri, lantas bergerak ke sebelah dataran pahlawan. Di situ, ada banyak beca yang berwarna warni, dan berlampu. Semmua orang mengikut dari belakang. Beca yang bercorak hello kitty menarik perhatian Adelia.
Adelia menoleh memandang Elman yang berdiri di sebelahnya. “Elman, jom naik beca tu!” soalnya teruja.
Mata Elman terhenti pada beca yang bercorak spiderman. “Tak naklah, aku nak naik beca tu, lagi cantik corak dia.”
Adelia memandnag beca bercorak spiderman itu. “Hmph, tak nak lah! Spiderman buat apa, dah lah tak comel. Hello kitty lagi comel.” Matanya bergerak memandang Eliana di sebelah Elman. “Tanya adik kau lah, dia juga nak naik.”
Elman memandang Eliana di sebelahnya. “Ha, adik. Kau nak naik beca apa?” Dia tersenyum manis ke arah Eliana, dia memuncungkan bibirnya ke arah beca spiderman. “Ambik beca spiderman tu, adik. Spiderman tu dah lah hensem, cute pula tu! ”
Eliana memeluk tubuh sebelum dia memandang beca hello kitty dan terrsenyum teruja. “Adik nak naik beca hello kitty tu! Lagi cantik!”
Adelia tersenyum sinis. “Tengok tu, adik kau pun cakap beca hello kitty tu lagi cantik!”
“Hmph, yelah!Naik beca hello kitty,” ucap Elman acuh tak acuh.
Eliana dan Adelia sama-sama bergerak ke beca hello kitty, mereka memegang tangan antara satu sama lain sambil terlompat-lompat gembira. Elman hanya ikut dari belakang. Reda ajelah!
Dato Ezaan mendekati mereka yang berada di sebelah beca hello kitty itu. “Nak naik beca tu ke, Elman?” soal Dato Ezaan.
“Ya, ayah!” Dato Ezaan tanya kepada Elman, namun Eliana pula yang menjawab. Eliana naik beca hello kitty itu bersama Adelia. Beca itu agak lebar, muat untuk 3 orang duduk.
Elman juga turut naik dan duduk di sebelah Eliana.
Adelia mengeluarkan telefon, app camera ditekan, lantas dia mengambil gambir selfie bersama Eliana. Mereka sama-sama ketawa melihat Elman di belakang mereka yang sedang bengis. Heh, tak dapat naik beca spidermain pun nak merajuk ke?
Dato Ezaan mendekati abang yang menunggang basikal di hadapn mereka. “Berapa ringgit untuk 20 minit?”
“20 ringgit bang,” jawabnya sambil tersenyum.
Dato Ezaan mengeluarkan beg dompetnya, dan mengeluarkan not 50 lalu di berikan kepada abang menunggang basikal itu. “Baki simpan, ya.” Dato Ezaan tersenyum manis.
Mata abang itu membulat. “Serius ke ni? Alhamdulillah, terima kasihlah, bang. Semoga di murahkan rezeki.”
Dato Ezaan mengangguk “Aaminn, terima kasih!”
Abang itu mula mengatur posisinya untuk bersedia membawa beca itu. Tangannya turun menekan butang radio disebelahnya. Beca itu mula bergerak.
“Enjoy your ride!” kata Dato Ezaan seraya melambai tangannya ke arah mereka. Adelia, Eliana, dan Elman turut melambaikan tangan ke arah Dato Ezaan.
Semasa dalam perjalanan, kedengaran lagu Pencuri hati by ayda jebat di radio.
Adelia dan Elman memandang antara satu sama lain sebelum mata mereka membulat dan tersenyum lebar. “Lagu ni!” serentak mereka berdua menjerit.
Eliana yang sedang duduk di tengah antara mereka terpinga-pinga. Dah kenapa pula ni?
“Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari dirku. Menimbus hingga jantung ini terasa agak terhenti,” nyanyi Adelia tiba-tiba. Eliana yang sedang duduk di tengah itu sudah mula faham, diaorang nak berkaroake dalam beca!
“Semua yang ada-ada pada dirimu membuat aku, ku, aku, jatuh cinta! Come on baby, say you love me, love me, say you love me,” nanyi mereka berdua serentak sebelum menghembuskan ketawa. Mereka masih memandang antara satu sama lain.
Eliana memandang Elman dan Adelia lalu menepuk tangan teruja. Abang beca yang sedang mengayuh basikal hanya mengeluh. Dia ingat beca aku ni karaoke ke apa? Nasib baik bapak diaorang bayar mahal.
Tiba-tiba, ada satu beca bercorak minion lalu disebelah mereka. Ada Erfan dan Fahmi di situ. Mereka menoleh memandang beca di sebelah mereka, meriah nampak! Siap bernanyi eh.
“Tak bisa ku sayang-sayang selain dirimu, penjara kamu, mu, kamu dalam hatiku! Come on baby, say you love me, yeah,” sambung mereka lagi lalu meletuskan ketawa lagi. Sempat Erfan mengeluarkan telefon lalu mengambil gambar mereka dan di hantar di dalam group sekolah. Ya, Erfan curi-curi ambil telefon Elman. Lalu, senyuman sinis terukir di bibirnya.
Eliana yang sedang menepuk tanagn tadi menoleh memandang beca di sebelahnya. Abang long dan abang Fahmi! “Abang long, Abang Fahmi!” Eliana melambai-lambaikan tangannya ke arah beca di sebelah becanya.
Erfan memeluk tubuh. “Amboi, seronok eh! Siap bernanyi bagai.”
Adelia dan Elman hanya ketawa. Setelah beberapa minit, mereka sudah sampai ke tempat tadi semula. Kelihatan Datin Rania, Mira, dan Hannah sedang berdiri menunggu mereka. Sebaik saja beca itu berhenti mereka mengucap terima kasih kepada penunggang basikal itu dan keluar dari beca lalu mendekati Datin Rania, Mira, dan Hannah.
“Seronok ke tadi?” soal Datin Rania sambil tersenyum.
“Seronok sangat!” jawab mereka serentak. Tak lama kemudian, beca Erfan dan Fahmi sudah sampai. Lepas itu, beca Hakim dan Dato Ezaan pula sampai. Mereka semua mendekati mereka.
“Lepas ni, kita ada pergi mana-mana lagi ke, bang?” soal Datin Rania kepada Dato Ezaan di sebelahnya.
“Kalau kita pergi Melaka Cruise nak? Pemandangan pun cantik kat situ,” jawab Dato Ezaan.
“Yay, naik cruise!” jerit Eliana.
Mereka sama-sama bergerak ke dataran semula dan sambung bermain belon sehingga habis. Selepas habis, mereka memulangkan semula mangkuk dan tongkat itu kepada pemilik dan bergerak ke kereta untuk pergi ke Melaka Cruise.
Sesampai di Melaka Cruise, mereka ke kaunter untuk membeli tiket. Adelia merenung memandang sungai di sebelahnya, cantik betul! Ada banyak lampu. Selesai membeli tiket, mereka terus menaiki kapal itu, orang lain juga naik, tapi cuma 3 orang sahaja, memandangkan mereka semua ramai.
“Wah cantiknya!” ucap Adelia seraya memandang lampu-lampu di sebelah cruise itu. Dia mengeluarkan telefonnya dari poketnya. Sesekali dia mengambil gambar dan membuat video. Adelia menghalakan telefonnya kepada Mira dan Hannah, dia nak rakam diaorang. “Mira, Hannah!” Adelia melambaikan tangan ke arah mereka. Mira dan Hannah melambaikan tangan ke arah Adelia semula.
Adelia merakam pula Elman yang berada disebelahnya. “Weh, Elman! Kenapa buat muka macam tu? Senyumlah sikit.”
Elman hanya menjeling Adelia. Adelia lantas mengambil gambar Elman yang menjelingnya. Adelia ketawa sinis. “Weh, buruknya muka kau yang ni, tapi nampak lawak!” Sekali lagi, dia ketawakan Elman.
Mata Elman membulat. Dia kelihatan sangat marah.“Woi, bak sini fon kau! Sesuka hati kau je ambik gambar aku.” Dia cuba untuk mengambil telefon dari tangan Adelia.
Adelia menjauhkan telefonnya. “Ish, apa ni! Siapa suruh tak senyum tadi, aku dah suruh kan.”
Elman memasukkan tangannya ke dalam poketnya untuk mencari telefon. Tak ada! Mana pula pergi telefon dia ni? Dia memandnag Erfan. “Abang long ambik fon Angah ke?”
Erfan menegeluarkan telefon dari poket seluarnya lantas di berikan kepada Elman. “Tadi abang pinjam jap.”
Elman mengambil telefon dari tangan Erfan lalu memandang semula Adelia. “Ha, kat mana kita tadi? Ohh,ya! Delete gambar tu balik!”
“Mana boleh! Werkk!” Adelia menjauhkan teefonnya, namun Elman dapat mengambil telefon dari tangan Adelia. Adelia cuba untuk mengambil telefonnya semula. “Woi, fon aku!”
Elman membuka telefonnya, app camera di buka, dia mengambil gambar Adelia yang sedang marah. Elman ketawa terbahak-bahak. “Gambar kau lagi teruk, weh! Nampak garang!” ejek Elman.
Adelia ketap bibir. “Delete balik gambar tu!” Adelia cuba mengambil telefon Elman pula.
“Werk, tak nak! Tulah, ambik lagi gambar aku!”
Klik!
Elman dan Adelia yang sedang bergaduh itu memandang ke arah flash camera di hadapan mereka. Apabila Elman memandang ibunya, sempat Adelia mengambil semula telefon miliknya dari tangan Elman.
Elman tersenyum sinis “Heh, aku dah delete dah gambar tu.”
Adelia hanya buat muka toya.
“Elman, Adelia! Senyum sikit, nak ambil gambar sekali lagi. Gambar tadi buruklah, korang tengah bergaduh,” ucap Datin Rania.
Elman dan Adelia membetulkan posisi mereka, dan memandang ke arah kamera sambil tersenyum manis. Adelia dan Elman sama-sama membuat pose peace.
Klik!
“Okey, comel! Lagi satu gambar pula.”
Kali ini, Adelia dan Elman memeluk tubuh, muka tidak beriak serupa pembunuh bersiri.
Datin Rania hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum nipis.
Klik!
Tak lama kemudian, mereka sudah sampai ke tempat tadi semula. Mereka terus keluar dari cruise sebaik sahaja cruise berhenti.
Elman dan Adelia sama-sama mendekati Datin Rania. “Aunty! Saya nak gambar tadi boleh? Mesti cantikkan!”
“Oh, boleh!” Datin Rania mengeluarkan 3 polaroid dari dalam beg tangannya. 1 gambar mereka sedang bergaduh, 2 gambar mereka membuat peace, dan gambar ketiga pula mereka sedang memeluk tubuh.
“Saya nak gambar ni boleh? Nampak comellah!” Adelia mengambil polaroid gambar mereka sedang membuat peace dari tangan Datin Rania.
“Hah, comel? Thank you do puji aku comel, tapi kenapa tak kata handsome terus?” Elman mengangkat-angkat keningnya.
Adelia menjeling Elman, tajam. “Bila masa aku cakap kau comel? Aku cakap pose tu yang comel! Kalau nak ambil gambar yang tengah berpeluk tubuh tu pula, nampak macam gangstar, lagi-lagi kau!” Sejujurnya, Elman nampak hensem dalam gambar tu. Cuma, tak akan lah nak mengaku kan? Tak pasal-pasal mamat kerek tu ingat Adelia suka dia.
“Nampak cool apa. Aku nak ambil gambar gangstar ni.” Elman mengambil polaroid gambar mereka sedang berpeluk tubuh di tangan Datin Rania.
“Okey, lagi satu ni, ibu ambil je la eh? Nak tampal dekat peti ais rumah kita. Boleh buat kenangan.” Heh, kenangan apa? Kenangan diaorang bergaduh?
Setelah itu, mereka terus masuk ke dalam kereta. Elman memandang screen telefonnya, dah pukul 9:45. Mereka terus bergerak ke homestay A Famosa semula.
Homestay A Famosa.
Semua orang sudah lengkap memakai baju tidur. Elman, Erfan, saudara Elman, Mira, Hannah, dan Adelia sedang duduk di ruang tamu sambil tengok cerita hantu di telivisyen manakala Eliana pula sudah tidur di dalam bilik kerana terlalu penat tadi.
“Arghhh, hantu!” jerit Adelia apabila ada jumpscare.
“Ish, penakutlah kau ni, Adelia! Dari tadi asyik kau je yang menjerit. Kalau hantu tu ada dekat sini, mesti dia yang lari dari kau sebab tak habis-habis menjerit,” sinis Elman.
“Memang lah takut! Sebab muka hantu tu berdarah-darah. Kalau muka dia cantik tak apa lagi.”
Hannah yang berada di sebelahnya ketawa lalu menepuk bahu Adelia. “Mana ada hantu cantik, Adelia!”
“Eh, ada lah!” sampuk Elman.
Hannah memandang Elman. “Cuba bagitau aku, hantu apa je yang cantik?”
Elman memandang Adelia. “Adelia. Iyalah, muka cantik, tapi perangai macam hantu, tak habis-habis nak kacau hidup aku!”
Adelia memandang Elman yang sedang duduk di atas sofa di belakangnya. “Eh, mulut kau tu, nak je aku cilikan. Mana ada aku kacau hidup kau, kau yang kacau hidup aku ada lah!” Tapi, sekejap...maksudnya, dia cakap aku cantiklah? Sebab hantu cantik kan? Muka Adelia mula memerah. Haish, apa ni Adelia? Apasal kau ni nak malu sangat? Dia musuh kau kut! Haish, boleh jadi gila dia macam ni, ini semua salah Elman!
Adelia dan Elman merenung antara satu sama lain sebelum memandang semula televisyen di hadapan mereka.______________________________________
Terima kasih sebab dah baca!
Saya minta maaf sangat kalau ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Dan saya minta maaf sebab lambat update.
![](https://img.wattpad.com/cover/377391342-288-k673782.jpg)
YOU ARE READING
Love you, Akak Pengawas!
Dragoste|| BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦ Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan d...