AKU ♡

1.8K 20 17
                                    

Perempuan.
Cari hati nya.
Intai kan permata.
Bukan susuk nya.

Perempuan.
Takut kecewa.
Mencari yang terindah.
Untuk lena dalam bahagia.

Perempuan.
Perlukan kasih.
Kadang tanpa kata.
Cuma isyarat cinta.

Perempuan.
Kalah dengan harapan.
Jangan salah bicara.
Esok nanti ada yang luka.

Perempuan.
Bimbinglah dia.
Sampai syurga.
Kekal dirimu dan dia bersama.

Perempuan.
Manjakan dia.
Bukan dengan harta.
Tapi iman mu.

Perempuan.
Selami hatinya.
Jangan pernah berhenti.
Sampai kau mati.

Perempuan.
Sukakan bunga.
Jangan kau beri.
Apa nama nya api.

Perempuan.
Selaut air matanya.
Jangan ditambah lagi.
Dengan banjir duka.

Perempuan.
Kasih nya selangit.
Campurkan dengan kasihmu.
Biar jadi hujan rindu.

Perempuan.
Nampak lemah.
Namun hatinya tabah.
Menyimpan rahsia.

Perempuan.
Masih teruskan hidup.
Walau cinta tak datang.
Kerana percaya cintanya Tuhan.

Perempuan.
Bisa setia.
Hingga akhirmu.
Walau dia tak beritahu.

Perempuan.
Anugerah terindah.
Datang dari Tuhan mu.
Untuk kau capai syurga.

* sedikit perkongsian

Apa yang tiada di syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
♡♡♡

KARYA PALING AGUNGWhere stories live. Discover now