BAB 2

1 0 0
                                    


7 Tahun kemudian,

Di pekarangan luar dewan ini begitu sesak dengan suara-suara orang ramai. Semua di sini hadir demi meraikan para graduan yang akan naik ke atas pentas, menerima skrol ijazah mereka. Akhirnya, segalah penat lelah mereka akan terbalas dengan istiadat konvokesyen pada hari ini.

Di barisan tempat duduk keluarga, Alyn khusyuk memandang skrin besar. Dia tidak dapat hadir masuk ke dalam dewan kerana anak-anaknya tidak dibenarkan bawa masuk. Itulah peraturan untuk konvokesyen.

Ibu mertuanya ada tawarkan diri untuk jagakan anak-anaknya tetapi Alyn menolak. Hari ini hari penuh makna buat Nuffaiq. Biar lah ibu bapa suaminya saja yang ada di dalam. Dia boleh je duduk di luar ini. Tambah lagi, dekat luar dewan ada banyak gerai jualan. Anak-anaknya sudah lah kuat lapar! Tak mahu lah ibu mertuanya penat mahu melayan dua beradik ini.

"Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan."

Pembesar suara yang bergema dengan suara pengerusi majlis, menarik perhatian Alyn. Sudah tiba giliran Nuffaiq. Alyn sudah tersenyum bangga.

Di hujung pentas sana, Nuffaiq cuba berkekal tenang. Nafas ditarik panjang, berusaha menenangkan debaran di dadanya. Walaupun sudah berapa kali dia menghadiri konvokesyen tetapi dia tetap rasa gemuruh. Banyak mata yang akan menumpukan padanya. Yang akan menyerahkan skrol pula Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor. Takut juga kalau dia tersalah protokol.

Bibir menyusun zikir dan selawat perlahan. Dia mendongak, memandang ke tempat duduk keluarga dan jemputan. Walaupun tidak nampak dengan jelas tetapi dia tahu insan kesayangannya ada di sana dan dia tahu di luar dewan juga ada yang menyaksikannya.

"Dr. Nuffaiq Hadi bin Ahmad Mazlan."

Dengan lafaz bismillah, bersama langkah kanan dia menghampiri Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor.

"Baba kita lah!" tegur Ayra perlahan sambil menunding jari di skrin besar sana. Alyn turun memandang skrin itu bersama pandangan yang berkaca.

Dadanya mula dihurung rasa sebak. Semuanya seperti dalam mimpi. Hanya dia saja yang tahu bagaimana suaminya berkorban masa dan tenaga demi mencapai impian dan cita-cita ini. Dia lah yang menjadi saksi suka dan duka perjalanan Nuffaiq demi mencapai sijil sarjana ini. Bukan mudah untuk berjaya. Siang bekerja mengajar anak bangsa, malam pula menghabiskan masa dengan kertas kajian. Segala penat lelah sudah terbayar hari ini.

Tamat majlis, perkarangan dewan makin kuat. Semua graduan dan keluarga mereka berkerumun di kawasan ini. Alyn membawa anak-anaknya menunggu jauh sedikit dari orang ramai. Dia tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

Alyn menghantar pesanan pada suaminya dengan mengambil gambar, tanda di mana mereka berada. Ibu bapa Nuffaiq juga ada bersama Alyn.

"Makan elok-elok, sayang," tegur Puan Melinda sambil mengelap mulut cucu-cucunya yang comot dengan sos ayam goreng ini. Dua beradik ni pun tak sudah dengan makanan.

"Nana taknak rasa ke? Sedap!"

"Aah! Sedap betul! Rugi nana dengan dada tak rasa."

Encik Mazlan menggeleng kepala dengan telatah dua beradik ini.. "Abang dan adik makan je dulu. Dada makan nanti."

Nuffaiq bergerak menghampir ke kawasan di mana keluarganya menunggu. Dari jauh dia sudah melihat anak-anaknya yang sedang menikmati ayam goreng.

Nuffaiq tersenyum, menyusun langkah menuju ke arah mereka. Belum sempat dia menghampiri, Ayra sudah menyedari kehadirannya.

"Baba!" jerit Ayra sambil melompat turun dari kerusi.

Adam turut menyusul dari belakang, kedua-duanya berlari ke arah Nuffaiq. Langkah seraya terhenti apabila Nuffaiq mengangkat tangannya.

Beautiful PainWhere stories live. Discover now