19 : hurt

103 9 2
                                        

Setelah habis cuti semester akhirnya semua kembali seperti biasa. Fourth sibuk dengan aktiviti di Building Architecture manakala Gemini pula sibuk dengan club bola yang baru sahaja di naikkan semua oleh Building Engineering.

"Woi, kau tak nampak ke ada aku kat sini!" Jerit Winny selepas kakinya diinjak kuat oleh Gemini kerana matanya tidak lepas menenung cheerleader yang sedang berlatih di padang bola.

"Mata tu jaga sikit." Ucap Gemini sambil menggelengkan kepalanya

"Aku tengok je. Mana tahu ada yang sakit ke apa ke." Ucap Winny yang hanya diterima ketawa kecil oleh Gemini

"Banyak lah kau. Kau ingat aku tak tahu ke lagipun kalau ada yang sakit semua tu bukan tugas tu. Nampak tu?" Kata Gemini sambil menundingkan jarinya ke arah sekumpulan student medic yang ada di tepi padang.

"Ha, kenapa?" tanya Winny

"Itu tugas dorang. Dorang jadi student medic untuk tolong orang sakit jadi kau.. tolong focus" Gemini menggulingkan matanya sebelum berjalan ke arah team bola sepak engineering.

"Guys, disebabkan kita baru baru je mula balik jadi aku akan try hard untuk masukkan nama kita dalam semua event bola yang ada. So, please be prepared for schedule yang padat. We need to be active, aku nak graduate dah ni." Ucap Gemini panjang lebar sambil bercekak pinggang. Tak lama kemudian telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

"Korang boleh sambung practice and kau Winny.. kau jangan nak curi tulang" Gemini memandang Winny tajam sebelum berjalan meninggalkan lelaki tersebut dan mengangkat panggilan yang diterimanya.

Siapa lagi kalau bukan dari kekasih hatinya, Fourth.

"Hello, sweetheart." Gemini boleh mendengar Fourth mendengus kasar

"Sweetheart kepala otak kau, kau kata nak tolong aku angkat barang kan. Kau sidai aku pula ye!" Marah Fourth membuatkan Gemini terkekeh perlahan

"Hahaha sorry aku terlupa lah. Aku on the way kesana tapi pakai baju bola and busuk sikit. Tak apa ke?" Tanya Gemini sambil mengambil beg yang ada di bangku

"Tak apa, cepat sikit. Kotak kotak ni berat." Gemini tersenyum mendengar celoteh Fourth

"Iyalah, kau jangan angkat sendiri. Tunggu aku datang."

Tak lama kemudian Gemini sampai di blok arkitek, melihat Fourth berdiri dengan tangan bersilang sambil memandang kotak-kotak di hadapannya.

"Sweetheart, aku dah sampai. Bau aku okey tak?" Kata Gemini sambil tersenyum nakal dan mendekat sambil sengaja menggoyang-goyangkan baju bolanya ke arah Fourth

"Kau ni! Bau busuk kau boleh buat satu studio ni pengsan, tahu tak?" Fourth mendesah sambil mengelak

"Betul lah kau ni cerewet. Mana kotak berat sangat tu?" Gemini ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya

"Tu, dekat meja. Aku dah cuba angkat, tapi kau lambat sangat." Ucap Fourth menunjuk dengan dagunya

"Ni kotak berat sangat tu? Fourth, kau ni sengaja cari alasan suruh aku datang, kan?" Gemini berkerut sambil mengangkat kotak tersebut tanpa sebarang masalah.

"Eh, kau jangan perasan. Aku betul-betul need your help, okey? Aku tak nak kotak ni rosak." Fourth menyilangkan tangannya dan menjeling Gemini

"Kalau macam tu, kau hutang aku. Lepas ni, belanja aku makan." Kata Gemini sambil meletakkan kotak di tempat yang diarahkan Fourth, kemudian berpaling dengan senyuman nakal

"Kau ni tak habis-habis nak makan je." Fourth memandang Gemini dengan mata yang hampir berguling

"Bukan aku nak makan, saja nak spend time dengan my sweetheart" Gemini mendekat sedikit, menatap Fourth dengan senyuman

[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang